Connect with us

INFO

Rawatan Untuk Redakan Masalah Ulser Mulut Dengan Cepat

Published

on

Rawatan Untuk Redakan Masalah Ulser Mulut Dengan Cepat

Rawatan Untuk Redakan Masalah Ulser Mulut Dengan Cepat

Ianya hanya kecil di mulut tetapi sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu betapa perit untuk ditanggung apabila terkena ulser. Pada waktu untuk menunggu ia sembuh seminggu dua ramai kalangan kita yang mencuba bermacam cara dan petua untuk hilangkannya. Terutama apabila ubat yang kita beli dari farmasi dilihat macam tidak berkesan.

Tersangat seksa ialah petua letak garam pada ulser. Memang mengalir air mata menahan sakit tapi hairannya ramai yang sanggup melakukannya kerana cara ini dikatakan paling cepat menyembuhkan ulser.

Walaumacamana pun kalau anda tidak sanggup melakukan petua tersebut ada cara yang lebih selamat dan tak menyakitkan untuk meredakan masalah ulser dengan cepat. Bahan-bahannya boleh cari di rumah sahaja.

1. Berkumur dengan air kelapa

manfaat minum air kelapa 20181018 201644 07 15 510051

Berkumur dengan air kelapa kemudian sapukan sedikit minyak kelapa terus pada ulser. Minyak kelapa ialah pelembap semula jadi. Ia membantu mengekalkan kelembapan dan mencegah dehidrasi. Ia juga membantu mengurangkan parut dan mempercepatkan proses pertumbuhan tisu baru.

2. Madu

madu

Sapu sedikit madu pada ulser atau campur dengan sedikit kunyit. Madu bersifat antimikrob yang dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut.

3. Aloe Vera

Sapu gel aloe vera pada ulser. Tumbuhan ini adalah sumber anti bakteria dan anti keradangan yang boleh membantu menghilangkan masalah ulser secara semula jadi. Kalau ulser terasa menyakitkan boleh sapukan gel aloe vera ini untuk menghilangkan rasa sakit hampir serta merta.

4. Uncang teh

04 tea home remedies for canker sores 563873983 happy cake happy cafe 1024x683 07 03 255277 1024x683 1

Boleh juga gunakan uncang teh yang telah digunakan lalu ditekap ada ulser. Bahan beralkali yang ada dalam teh dapat membantu meneutralkan asid yang menyebabkan rasa sakit akibat ulser.

5. Air garam

Kalau tak berani guna garam, boleh buat larutan air garam dan berkumur-kumur dengannya lebih kurang 30 saat. Yang ni takdelah sakit sangat. Lakukan 2 atau tiga kali sehari.

Info

Dapatkan rawatan doktor berhampiran jika ulser mulut berlanjutan dan tidak sembuh melebihi tiga minggu atau kerap berulang. Begitu juga jika ulser menjadi lebih menyakitkan dan berwarna merah bagi mengenal pasti sekiranya terdapat masalah lain.

Majalah ilmu: Penyakit ulser kadang ada berlaku dikalangan kita. Harap tips ini dapat membantu anda untuk mengurangkan rasa sakit ulser itu. Jikalau sakit masih berlarutan sila dapatkan rawatan dari doktor dengan segera.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Vanillakismis

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.