Petua
Tips Dari Wanita Cina 72 Tahun Rahsia Petua Bersihkan Buah Pinggang
Tips Dari Wanita Cina 72 Tahun Rahsia Petua Bersihkan Buah Pinggang
Kesihatan badan adalah benda terpenting kepada kita. Bukan sahaja kesihatan luaran malah di dalaman juga amat penting seperti buah pinggang. Menjaga kesihatan buah pinggang seringkali dianggap remeh apabila kita tidak menyedari kepentingannya.
Buah pinggang antara organ terpenting dalam badan kerana ia menapis kekotoran seperti toksin.
MENGAPA PERLU MENJAGA KESIHATAN BUAH PINGGANG?
Toksin boleh menjadi bahaya di mana jika tidak dikeluarkan boleh memudaratkan kesihatan.
Apabila toksin keluar melalui perkumuhan, maka seseorang itu dapat menjalani kehidupan dengan sihat untuk jangka masa yang lama.
Sebab itu, pentingnya kita menjaga kesihatan buah pinggang.
Menjaga kesihatan buah pinggang
Petua ini diajar oleh seorang wanita cina. Umur dah 72 tapi dia tiada apa-apa penyakit yang selalu dihidapi oleh orang di zaman moden ini. Dia menjaga kesihatan buah pinggang, sekali gus darah akan jadi bersih dan badan jadi sihat. Amalan dia dari muda dia kongsikan. Mudah je.
Caranya:
- Sediakan satu ikat daun sup
- Bersihkan
- Potong halus
- Masuk dalam periuk
- Masuk air
- Didihkan sepuluh minit
- Sejukkan
- Tapis
- Masuk dalam botol
- Simpan dalam peti ais
- Minum segelas sehari pagi
Segala garam dan racun dalam badan akan keluar melalui air kencing. Darah akan bersih. Buah pinggang akan terjaga. Badan akan sihat. Bagus juga untuk yang mengalami kencing kotor
1. MINUM AIR KOSONG DENGAN BANYAK
Cecair yang banyak membantu membersihkan buah pinggang dengan efektif. Semua toksin yang terkumpul dalam badan akan dikeluarkan.
Minum air dengan banyak iaitu lebih daripada lapan gelas sehari jika cuaca panas. Minum air juga membantu mengatasi masalah batu karang.
2. KURANGKAN MAKANAN TINGGI GULA DAN GARAM
Kurangkan pengambilan makanan sudah proses, tinggi kandungan gula dan garam.
Ambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.
3. BANYAKKAN MINUM JUS EPAL
Selain air masak, elok juga amalkan minum air jus epal segar yang kaya dengan vitamin C untuk membersihkan buah pinggang.
Lagi bagus ‘blend’ sendiri kerana jika dibeli, kandungan gulanya pula tinggi.
4. MAKAN BUAH TEMBIKAI
Mengandungi banyak air, anda boleh juga amalkan makan buah tembikai untuk mencuci buah pinggang.
Lebih banyak anda berkumuh, lebih banyak toksin akan keluar daripada badan.
5. MASUKKAN IKAN DALAM MENU HARIAN
Makan ikan yang tinggi kandungan Omega-3 seperti salmon, kembung dan sardin.
Makanan ini mengandungi asid lemak yang baik untuk menjaga kesihatan buah pinggang.
6. ELAK MEROKOK
Asap rokok boleh menyebabkan buah pinggang rosak.
Ia bukan saja memberi kesan kepada perokok tegar, tetapi juga kepada mereka yang sentiasa terdedah kepada asap rokok.
Jadi, sayangilah diri anda dan cuba elakkan merokok di tempat awam.
7. JALANI HIDUP YANG AKTIF
Selain mengawal makan, anda juga perlu selalu bersenam untuk mengelakkan obesiti yang boleh menjadi penyebab kepada pelbagai penyakit.
Ini adalah kunci kepada pencegahan pelbagai penyakit!
PERLUNYA MENJAGA KESIHATAN BUAH PINGGANG SEJAK AWAL
Sementara ia masih berfungsi sepenuhnya, amalkan cara hidup yang sihat sedari awal. Sekali ia rosak, sudah tidak berguna lagi.
Majalah ilmu: Amalkan gaya hidup sihat harian. Terutama masa zaman kini zaman pande mik. Minum air secukupnya. Jaga pemakanan dan kerap lakukan senaman. Insyallah kesihatan bertambah dengan izin allah.
Sumber: MajalahSinar
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah