Connect with us

Petua

Ingin pokok rosemary tumbuh subur dengan mudah? Siram dengan banyak air dan pastikan letaknya di tempat yang panas!

Published

on

WhatsApp Image 2024 05 04 at 12.52.51 PM

Ingin pokok rosemary tumbuh subur dengan mudah? Siram dengan banyak air dan pastikan letaknya di tempat yang panas!

pokok rosemary

Menanam pokok rosemary atau pokok herba ini sebenarnya tidaklah susah seperti yang disangka. Walaupun namanya kedengaran Barat, pokok ini mampu tumbuh subur dalam cuaca di negara kita.

Cukup dengan menanam satu pokok, ia sudah mencukupi kerana pokok ini mudah membiak dengan syarat penjagaan yang betul.

pokok rosemary

Berikut adalah tips untuk menanam pokok rosemary agar hidup subur dan membiak:

1. Beli anak pokok dari nurseri, tanam dahulu pokok kecil ini dan biarkan ia membesar untuk membiak.

2. Apabila pokok rosemry sudah besar,potong beberapa keratan batang pendek dan cucuk pada tanah untuk tumbuh anak pokok baru.

3. Elakkan penempatan pokok di tempat teduh seperti garaj atau dalam rumah kerana ia boleh membuat pokok kehilangan kelembapan dan daunnya menjadi kekuningan. Oleh itu letakkan pokok ini di tempat yang mendapat cahaya matahari agar ia kekal sihat dan segar.

4. Siram pokok sekurang-kurangnya satu kali sehari atau sekurang-kurangnya sekali dalam dua hari dengan air yang cukup untuk membuat tanah menjadi basah.

5. Beri baja sekali sebulan dengan dos yang disyorkan seperti 1 sudu teh sahaja. Baja yang sesuai boleh didapati di Kedai Eco.

Daun rosemary tidak hanya baik untuk masakan atau perapan, malah boleh dimasukkan dalam air teh untuk dinikmati.

pokok rosemary

Semoga tips ini bermanfaat bagi anda yang ingin menanam pokok rosemary!

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.