Petua Mujarab orang dulu-dulu Hilangkan Kayap

Petua Mujarab orang dulu-dulu Hilangkan Kayap

Kayap lebih dikenali dalam istilah perubatan sebagai herpes zoster adalah sejenis jang kitan viral pada kulit.

Ia menyebabkan radang dengan tompok-tompok merah atau gelembung air pada permukaan kulit yang kadangkala amat menya kitkan.

Jang kitan kayap pada kulit berupaya membuatkan orang yang mengalaminya berasa sangat tidak selesa, terasa kulit seperti terbakar, panas, pedih, gatal-gatal dan berbisa.

Secara umumnya, tiada ubat atau penawar khas untuk penya kit kayap. Doktor mungkin akan memberi preskripsi ubat antiviral yang boleh memendekkan tempoh jangkitan dan mengawal atau mengurangkan simptom kayap.

Bergantung kepada individu dan jenis-jenis kayap yang dialami, tempoh penyembuhan mungkin mengambil masa beberapa minggu atau lebih.

Namun begitu, kaedah mengurangkan komplikasi simptom kayap tidak terhad hanya melalui kaedah perubatan sahaja.

Mungkin beberapa kaedah rawatan semulajadi berikut juga sesuai dan boleh diamalkan untuk mengatasi simptom kayap pada kulit.

Antara petua untuk merawat kayap adalah seperti berikut:-

Petua 1 (Ubat Makan, Sapu / Cucuk)

Ubat makan dan ubat sapu, cucuk pun ada. penya kit ni sesiapa pun boleh dapat termasuk doktor juga. Doktor saya kata stress pun boleh menjadi penyebab. Saya memula terkena tak tahu pun itu kayap dan memangla masa tu tengah stress sesangat, jumpa doktor barulah tahu. Alhamdulillah seminggu dah kering.

Petua 2 (Daun Pokok Duit-Duit)

Menggunakan daun pokok duit2 yang ditumbuk hancur kemudian ambil daunnya serta air perahannya ditekap pada tempat yang kena kayap dan dibengkung semalaman.

Petua 3 (Daun Cili Dan Kapur Makan)

Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.

Petua 4 (Untuk kayap setompok) (Daun Delima + Bedak Sejuk)

Menggunakan daun delima ditumbuk lumat + bedak sejuk (tanpa pewangi) tampal kat tempat kayap itu. 3 Hari je dah kering, alhamdulillah. Tapi makan kena jaga-jaga sakit takut nanti rasa berbisa dan gatal. Yang penting skali bila dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan kembali merebak.

Petua 5 (Pucuk Daun Bunga Melur, Delima, Setawar & Mambu)

Pucuk daun bunga melur , Pucuk daun buah delima , Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas di tumbuk atau di belender dan di campurkan dengan bedak sejuk dan di bancuh pekat. Di sapu atau tampal pada kayap tersebut.(tampal 2-3 jam sekali) lakukan setiap hari sehingga baik. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makan gatal, goreng-goreng tak boleh makan, hanya rebus, stim atau bakar.

Petua 6 (Ubi Bemban)

Guna jenis ubi, lupa plak nama ubi tu seakan2 keledek di gosok kat simen/lesung batu, ambil pati dia dan sapu di tempat kayap tersebut, alhamdulillah kering 2,3 hari lepas tu..cuba rujuk orang2 tua tentang ubi.

Petua 7 (Akar Rumput Kerbau)

Guna akar rumput kerbau, basuh dan celup dalam bedak sejuk sapu pada tempat yang kena tu.

Petua 8 (Garam Bukit)

Menggunakan garam bukit (rock salt). cara merawat dengan ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. amal 2 kali sehari sebelah pagi dan malam. Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah rasul).. ini adalah rawatan secara dalaman & luaran, insaAllah penyakit kayap sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk jerawat, gatal serta penya ki-paya kit kulit yang lain.

Petua ke 9 (Keladi Candik)

  • ¬†Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah.
  • Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi tu.
  • Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijang kiti kayap.

Jika tiada aral melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik .

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Petua Ibu via myinfomaya

Apa Kata Anda? Lontar kan pendapat dan pandangan anda di ruang komen dibawah. Segala pandangan dan pendapat anda kami hargai. Terima kasih. @Majalah ilmu.

Artikal Popular

About majalahilmu 551 Articles
Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*