Petua
Petua, Jika Kacang Botor Yang Ditanam Tak Mahu Berbuah Cuma Lebat Daun
Petua, Jika Kacang Botor Yang Ditanam Tak Mahu Berbuah Cuma Lebat Daun
Kacang botor atau kacang kelisa ialah sejenis tanaman jangka masa pendek untuk dapatkan hasil. tanaman ini antara yang selalu kita tanam di rumah.
Biasanya minggu ke 10-12 dari dari hari semai sudah pun boleh menikmati ulam kacang botor ini. Tapi satu masalah yang selalu dihadapi bila menanam sayur ini ialah daunnya lebat tapi tak berbuah atau dipanggil mabuk daun.
Kalau hadapi masalah yang sama boleh ikut tip penjagaan yang dikongsi oleh Jabatan Pertanian Malaysia dan juga Hashimah Mohamad Shariff untuk pastikan pokok subur elok dan kacang botor berbuah lebat. Insya-Allah akan berbuah lebat macam ini;
1. Siram 2 kali sehari, pagi dan petang. Anak pokok perlukan air yang banyak untuk membesar.
2. Bila anak benih sudah naik, atau berusia 2 minggu buat junjung atau letak pancang kayu untuk bantu pokok memanjat/menjalar.
Foto: Facebook Rosnah Binti Hamid
3. Kena cabut rumput untuk elakkan persaingan dengan pokok untuk dapatkan zat makanan, cahaya dan air.
4. Guna baja organik/baja asli seperti tahi ayam atau kompos. Baja boleh dibuat selepas pungut hasil atau bila lihat kesuburan pokok merosot.
5. Jika kacang botor tak berbuah dan mabuk daun boleh praktik petua ini, buang daun-daun tua dan tunas di pangkal pokok supaya cukup nutrien untuk pembentukan buah. Insya-Allah pokok akan mula berbuah lebat.
Foto: Facebook Hashimah Mohamad Shariff
6. Biasanya kacang botor boleh dikutip hasilnya dalam tempoh 2 bulan lepas disemai. Kutip setiap 2-3 kali sehari untuk elak buah tua.
Sumber : Jabatan Pertanian Malaysia
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.