Connect with us

SEMASA

Pesawat Terhempas di Ladang Sawit: Jurulatih Penerbangan dan Pelatih Cedera Dalam Insiden

Published

on

Pesawat Terhempas

Pesawat Terhempas di Ladang Sawit: Jurulatih Penerbangan dan Pelatih Cedera Dalam Insiden

Pesawat Terhempas

Pesawat terhempas pada 4 mei 2024 adalah insiden tragis melibatkan pesawat ringan Cessna 172 (9M ADA) telah menggemparkan kawasan ladang kelapa sawit di ladang Besout 2 Tambahan, Sungkai. Dalam kejadian tersebut, dua individu yang didakwa sebagai jurulatih penerbangan dan pelatih iaitu Kapten Shahrul Imran Surea, 26 dan Ho Jia Lee, 20, masing-masing telah mengalami kecederaan.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, Kapten Shahrul Imran Surea didakwa mengalami patah kaki kanan, manakala Ho Jia Lee mengalami bengkak muka di sebelah kanan. Pesawat yang terhempas dikenal pasti sebagai milik Syarikat Layang-Layang Aerospace Sdn Bhd, Ipoh.

Pesawat Terhempas

“Pesawat bergerak dari Ipoh ke Tg Karang pada 7.59 pagi tadi untuk latihan penerbangan, kemudian berpatah balik ke Ipoh dan terhempas di lokasi pukul 9.30 pagi,” katanya.

Pesawat Terhempas

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon, mengesahkan kedua-dua mangsa telah dibawa keluar dari lokasi kejadian dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat.

“Terdahulu, video kejadian itu tular melalui aplikasi WhatsApp,” katanya.

Mohd Yusri juga menyatakan bahawa pihak polis kini mengawal lokasi kejadian, dan siasatan lanjut akan dijalankan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) melalui Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan.

Kejadian pesawat terhempas ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat setempat dan pihak berkuasa, serta menjadi perhatian utama dalam keselamatan penerbangan di kawasan tersebut.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.