Jawatan Kosong
Jawatan Kosong: Pengambilan Jawatan Guru Tabika Perpaduan Jun 2024
Jawatan Kosong: Pengambilan Jawatan Guru Tabika Perpaduan Jun 2024
Ramai yang berminat untuk menjadi guru tabika, kini berpeluang dalam pengambilan jawatan Guru Tabika Perpaduan di bawah kerajaan Malaysia. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) mengumumkan kekosongan jawatan Guru Tabika Perpaduan bagi bulan Jun 2024. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian dan mesti mematuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
Maklumat Jawatan Guru Tabika Perpaduan Jun 2024
Berikut adalah maklumat mengenai tawaran jawatan kosong Guru Tabika Perpaduan Gred S29 yang dibuka untuk permohonan secara manual dan dalam talian:
Tempoh Permohonan
Permohonan dibuka sekarang dan mesti dihantar sebelum tarikh tutup iaitu pada 21 dan 24 Jun 2024, bergantung kepada lokasi.
Skop Tugas
Guru Tabika Perpaduan S29 bertanggungjawab menguruskan pendaftaran kanak-kanak, melaksanakan tugas mengajar, mengurus rekod dan dokumentasi pengajaran, merancang aktiviti tahunan, menyiapkan laporan bulanan, mengendalikan fail ISO, dan membuat penilaian berterusan tentang perkembangan kanak-kanak.
Syarat Kelayakan
– Warganegara Malaysia.
– Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
– Memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan.
– Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM.
– Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menetap di lokasi berkenaan.
Untuk maklumat lanjut, rujuk laman rasmi JPNIN.
Cara Memohon Guru Tabika Perpaduan:
Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan yang boleh diperolehi di mana-mana Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah/Negeri atau melalui laman sesawang JPNIN. Permohonan daripada pegawai kerajaan atau yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21.
Borang permohonan yang lengkap beserta gambar terkini berukuran pasport hendaklah dikepilkan bersama:
– Salinan kad pengenalan.
– Salinan sijil kelahiran.
– Salinan sijil berhenti sekolah.
– Salinan sijil diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang diiktiraf oleh kerajaan (beserta transkrip akademik).
– Cetakan slip pengiktirafan MQA.
– Salinan sijil SPM yang diperakui sah oleh pegawai kerajaan yang menjawat jawatan Kumpulan ‘A’ atau Gred 41 ke atas atau Penghulu dan Ketua Kampung sebanyak dua salinan.
Permohonan hendaklah dihantar ke alamat yang berkenaan mengikut lokasi yang diinginkan. Selepas membuat permohonan, calon boleh membuat persiapan sekiranya terpilih untuk menjawat jawatan yang dipohon.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah