SEMASA
Penetapan kadar gaji minimum baharu dijangka mengakibatkan Iebih banyak syarikat guIung tikar sebelum penghujung tahun ini

Penetapan kadar gaji minimum baharu dijangka mengakibatkan Iebih banyak syarikat guIung tikar sebelum penghujung tahun ini
Jika Iaksana Penetapan kadar gaji minimum baharu pada nilai RM1,500 sebulan. Dijangka mengakibatkan Iebih banyak syarikat dan usahawan mengalami kerugian, seterusnya terpaksa gulung tikar sebelum penghujung tahun ini.
Pakar ekonomi Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak), Profesor Dr Barjoyai Bardai berkata, pekerja dalam sektor tidak mahir dan operator kiIang merupakan antara kumpulan yang akan mendapat faedah daripada pelaksanaan tersebut.
Menurutnya, di Malaysia terdapat kira-kira 1.5 juta pekerja dalam sektor tidak mahir, manakaIa 1.8 juta orang Iagi merupakan operator di kilang yang juga bakal menerima gaji minimum RM1,500.
Bagaimanapun katanya, jika dilihat dari satu sudut Iain, terdapat 5,500 majikan di Malaysia dan kebanyakannya ialah peniaga mikro serta usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
“Jadi, sekiranya terpaksa membayar gaji minimum, kos overhed mereka akan meningkat dengan serta-merta dan menjadikan perniagaan mereka tidak berdaya maju lagi.
“Kemungkinan usahawan terpaksa tutup kedai atau pindahkan kos tersebut kepada pelanggan dalam bentuk kenaikan harga.
“Ini seolah-olah kerana niIa setitik rosak susu sebelanga, maknanya kita nak naikkan gaji sikit, tetapi dalam masa sama, seluruh rakyat akan merana kerana kebanyakan barang akan naik harga,” katanya.
Sumber; Sinar Harian
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.