Connect with us

SEMASA

Pembukaan sempadan negara yang akan dilakukan tidak lama lagi, pelancong Indonesia teruja untuk kembali melancong ke Malaysia sambil bertemu dengan ahli keluarga dan mendapatkan rawatan perubatan

Avatar of kidin

Published

on

ucfj

Pembukaan sempadan negara yang akan dilakukan tidak lama lagi, pelancong Indonesia teruja untuk kembali melancong ke Malaysia sambil bertemu dengan ahli keluarga dan mendapatkan rawatan perubatan

Tinjauan di Tourism Malaysia di ‘Astindo Hybrid Travel Fair’, Bernama melaporkan bahawa pelancong Indonesia teruja untuk kembali melancong ke Malaysia sambil bertemu dengan ahli keluarga dan mendapatkan rawatan perubatan di sini.

Keterujaan mereka ini ditambah dengan laporan berita mengenai pembukaan sempadan negara yang akan dilakukan tidak lama lagi. Menurut pengurus pemasaran Tourism Malaysia di Jakarta, Niko Johan Tanosa, rakyat Indonesia kini mensasarkan beberapa lokasi utama sebagai tempat pelancongan seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Genting Highland.

indonesia

Niko dalam temubualnya bersama Bernama berkata, “Kita menjelaskan Malaysia setakat ini belum membuka sempadan sepenuhnya. Namun, pelancong boleh ke Malaysia melalui program Langkawi International Travel Bubble (LITB).”

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercadang untuk mengumumkan tarikh pembukaan sempadan negara minggu hadapan. Perkara itu disahkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin selepas kabinet yang bersidang semalam bersetuju dengan tarikh pembukaan sempadan itu, lapor Berita Harian.

indonesia3

“Semalam Kabinet sudah bersetuju dengan tarikh berkenaan, tinggal mahu diumumkan sahaja. Perdana Menteri akan umumkan dan tidak bermaksud ia akan dibuka terus minggu depan, tetapi pengumuman ini akan memberi sedikit masa kepada pihak dalam sektor dan industri pengembaraan dan pelancongan,” kata Khairy.

Sumber : [Realmerah]

 

Advertisement
1 Comment

1 Comment

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Trending

    2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.