SEMASA
P3rginya dua beranak selang seminggu yang merupakan permata al-Quran dan Tarannum yang banyak berjasa kepada negara

P3rginya dua beranak selang seminggu yang merupakan permata al-Quran dan Tarannum yang banyak berjasa kepada negara
Selang seminggu ayah dan anak permata al-Quran dan Tarannum p3rgi untuk selamanya bersama dengan ilmu mereka. Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga dan didoakan semoga roh arwah di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Hilangnya seorang lagi permata al-Quran dan tarannum…
Salam takziah buat keluarga Allahyarham Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Jaafar bin Nik Ismail yang telah kembali ke rahmatullah pada 23 Mac 2022. Seminggu yang lalu anakanda beliau iaitu Allahyarham Ustaz Nik Azizan bin Dato’ Nik Jaafar terlebih dahulu kembali ke rahmatullah pada 16 Mac 2022. Moga seluruh ahli keluarga tabah menghadapi kehilangan kedua-dua insan tersayang.

Allahyarham merupakan seorang tokoh al-Quran dan guru tarannum yang pernah menjadi Hakim Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Beliau juga telah dinobatkan sebagai Tokoh Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M.
Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya ke atas beliau dan anakandanya serta ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman.
Daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM.
Pemergi4n tokoh al-Quran dan guru taranum Ustaz Nik Azizan Nik Jaafar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sepertimana yang dikongsikan melalui laman berita Harian Metro. Pem3rgian seorang tokoh yang banyak menabur bakti dan membimbimg pelajar mengenali dan membaca al-Quran dengan baik sudah tentunya merupakan satu kehilangan besar buat negara. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan yang beriman dan beramal soleh. Al Fatihah.
Putrajaya: Tokoh al-Quran dan guru taranum, Ustaz Nik Azizan Nik Jaafar meningg4l duni4 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi.
Berita pem3rgian Allahyarham dikongsikan ahli keluarga yang menyatakan arwah mengh3mbuskan n4fas terakhirnya jam 7.30 pagi.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhum Ustaz Nik Azizan.
Menurutnya, Allahyarham adalah tokoh al-Quran dan ilmu taranum yang banyak memberi didikan kepada qari termasuk kanak-kanak dan remaja di sekolah.

Katanya, sebelum ini Allahyarham aktif menyampaikan ilmu al-Quran melalui pelbagai saluran sebagai pembimbing rancangan Jom Taranum di TV9 dan rancangan Tartil di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim).
“Beliau juga banyak menyumbang bakti sebagai Ahli Jemaah Hakim Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
“Semoga Allah SWT memberi keampunan serta merahmati segala jasa bakti Almarhum sepanjang berbakti dalam bidang pembangunan ilmu al-Quran dan dakwah di negara ini, “katanya.
Sumber: JAKIM & Harian Metro
SEMASA
PR Singapura Tutup Plat Nombor Kereta Dengan Pita Hitam Untuk Isi RON95, Didenda RM9,000 Oleh Mahkamah

PR Singapura Tutup Plat Nombor Kereta Dengan Pita Hitam Untuk Isi RON95, Didenda RM9,000 Oleh Mahkamah
Seorang lelaki yang menetap di Singapura sebagai pemegang status Penduduk Tetap (PR) didenda oleh Mahkamah Majistret Kulai hari ini kerana mengubah suai nombor pendaftaran kenderaannya bagi membolehkan dia mengisi petrol RON95.
Menurut laporan The Star, lelaki berusia 64 tahun, Long Sa Kow, didakwa mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan yang bukan milik kereta buatan Jerman berwarna peraknya di sebuah stesen minyak di Batu 21/4, Jalan Johor Bahru–Air Hitam kira-kira jam 10.30 malam pada 2 Januari.
Didakwa menutup awalan plat Singapura untuk guna RON95 bersubsidi di Johor
Ditegur hakim kerana mengganggu prosiding
Semasa prosiding, Long meminta pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Inggeris kerana dia tidak memahami Bahasa Malaysia atau Mandarin.
Beliau kemudiannya mengaku bersalah di hadapan Majistret R. Salini.
Ketika fakta kes dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, Long mula mempersoalkan butiran kes, menyebabkan hakim menegurnya sebanyak dua kali:
“Biarkan jurubahasa menghabiskan pembacaan fakta terlebih dahulu. Jangan ganggu.”
Apabila Long menyatakan beliau tidak bersetuju dengan fakta kes, mahkamah menangguhkan prosiding selama 30 minit bagi membolehkan penjelasan dibuat dalam bahasa Inggeris.
Didenda RM9,000
Selepas rehat, mahkamah dimaklumkan bahawa Long didakwa mengubah suai nombor pendaftaran kenderaannya dengan menutup beberapa huruf supaya dia boleh mengisi petrol RON95, yang hanya diperuntukkan kepada rakyat Malaysia.
Polis menjalankan siasatan selepas satu rakaman video perbuatannya tular, dan mendapati nombor enjin serta casis kenderaan tersebut didaftarkan di Singapura.
Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman denda antara RM5,000 hingga RM20,000, atau penjara antara satu hingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.
Timbalan pendakwa raya S. Thiviya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang boleh memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam.
“Mahkamah juga perlu mengambil kira niat tertuduh yang mengubah nombor pendaftaran kenderaannya untuk menikmati hak dan keistimewaan yang dikhaskan kepada penduduk tempatan serta kenderaan berdaftar Malaysia.
“Ini seharusnya menjadi pengajaran kepada semua dan peringatan supaya tidak sewenang-wenangnya mengubah nombor pendaftaran kenderaan demi kepentingan peribadi,” katanya.
Peguam Long, Sharmaine Fairuz Mohd Zulkifli daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, merayu agar denda diringankan dengan alasan anak guamnya seorang pesara, mempunyai tiga orang anak dan tidak mempunyai pendapatan tetap.
Long kemudian diperintahkan membayar denda RM9,000, atau sembilan bulan penjara jika gagal membayar. Beliau membayar denda tersebut di tempat kejadian.
SEMASA
Telur Dadar Cecah RM50 Lebih? Pasar Terapung Thailand Dikecam Pelancong

Telur Dadar RM50 Lebih Undang Amarah, Pasar Terapung Thailand Dikecam Pelancong
Pasar Terapung Damnoen Saduak di wilayah Ratchaburi, Thailand yang terkenal sebagai tarikan pelancongan kini terpalit kontroversi apabila seorang pelancong mendakwa dicaj sehingga 400 baht (sekitar RM50+) hanya untuk telur dadar kosong. Lebih mengejutkan, hidangan nasi goreng bersaiz besar yang hanya mengandungi telur dan sayur turut didakwa dijual pada harga 1,400 baht, sekali gus mencetuskan kemarahan ramai.
Aduan tersebut tular di media sosial apabila pengadu mempersoalkan kewajaran harga makanan yang disifatkan terlalu melampau, walaupun di kawasan pelancongan. Isu ini akhirnya menarik perhatian pihak berkuasa tempatan yang terus menjalankan pemeriksaan ke atas restoran terbabit.
Pemilik restoran berkenaan mengakui harga yang dikenakan sememangnya tinggi, namun mendakwa ia berpunca daripada kos operasi yang besar termasuk sewaan, gaji pekerja, harga bahan mentah serta bayaran kira-kira 900 baht bagi setiap bot pelancong yang singgah. Walaupun menu memaparkan harga dengan jelas, pihak berkuasa menasihatkan restoran itu supaya menurunkan harga, dan pemilik bersetuju untuk berbuat demikian.
Difahamkan, restoran sama sebelum ini juga pernah menerima aduan apabila menjual pad thai pada harga 900 baht, sebelum menurunkannya kepada 500 baht selepas diberi amaran. Sepanjang cuti Tahun Baharu lalu sahaja, 14 kedai di pasar tersebut didakwa kerana gagal memaparkan harga menu. Kes ini turut mengingatkan orang ramai kepada kontroversi telur dadar ketam cef selebriti Jay Fai di Bangkok yang pernah didenda selepas pelanggan terkejut dikenakan bayaran sehingga 4,000 baht.
SEMASA
Pelajar Kolej Maut Dirempuh Kereta Hilang Kawalan di Lebuhraya Senai–Desaru

Satu kemalangan tragis meragut nyawa seorang pelajar kolej apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam pertembungan dengan sebuah kereta di Kilometer 67.4 Lebuhraya Senai–Desaru, malam tadi. Mangsa, Intan Darwiena Abdullah, 20, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.
Allahyarham merupakan pelajar jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Kolej Vokasional ERT Azizah, Johor Bahru. Pemergian mengejutnya mengundang rasa pilu dalam kalangan ahli keluarga, rakan serta warga institusi pendidikan yang mengenali arwah sebagai seorang pelajar yang baik dan berdedikasi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman memaklumkan, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu wanita tempatan berusia 35 tahun hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal Honda Beat yang ditunggang mangsa. Pemandu kereta dilaporkan mengalami sakit dada dan sedang menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi.
Menurut beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati di jalan raya dan mematuhi peraturan trafik bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Pemergian Intan Darwiena menjadi peringatan bahawa keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab bersama.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA6 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah













