SEMASA
“Tahun Ini Mencabar, Tahun Depan Akan Lebih Tertekan,” Nilai Ringgit Jatuh Berbanding Dollar? Yang Miskin Bertambah Melarat…

“Tahun Ini Mencabar, Tahun Depan Akan Lebih Tertekan,” Nilai Ringgit Jatuh Berbanding Dollar? Yang Miskin Bertambah Melarat…
Baru-baru ini kita berbincang soal topik OPR dan mengapa ia boleh memberi pengaruh kepada keadaan inflasi sesebuah negara. Kali ini artikel akan menyentuh sudut pandang yang popular masa ini tentang nilai ringgit jatuh berbanding dollar. Seberapa teruk ia memberi tekanan kepada pemilik dan pengguna? Adakah ia boleh kembali pulih dengan segera atau terus jatuh menjunam sehingga kemiskinan merata-rata dalam masyarakat? Ikuti perkongsiaann ini selanjutnya.
Nilai ringgit jatuh berbanding dollar, sudah cecah RM4.72 setiap 1 USD
Baru diumumkan, nilai ringgit jatuh berbanding dollar dengan nilai tukaran semasa RM4.72 setiap 1 USD berbanding pagi Jumaat lalu (RM4.49 setiap 1 USD). Lantaran itu, banyak pengguna media sosial khususnya Facebook menyuarakan rasa kegusaran yang amat kepada keadaan ekonomi Malaysia saat ini. Jangkaan demi jangkaan yang diramalkan bagaikan lebih teruk setelah ia berlaku.
OPR naik lagi, GST sedang dirangka semula, banyak subsidi minyak ditarik
Memilih untuk bersuarakan isi hatinya di akaun Facebook, seorang juruterbang, Mohd Ezairol Rezan Zainol berkata dia sebenarnya risau memikirkan perihal apa yang bakal berlaku pada Malaysia untuk tahun depan. Ditambah nilai ringgit jatuh berbanding dollar, ia mencatatkan sejarah baru yang sudah tentu memberi impak kepada rakyat.
Ia beralih kepada paras terendah yang pernah dicatatkan semasa krisis kewangan Asia 1998 apabila lebih ramai pelabur memilih mata wang selamat itu ekoran prospek ekonomi global yang tidak menentu.
“Minggu ini bank dijangka akan menaikkan lagi kadar OPR. Ini pastinya akan menyebabkan bayaran ansuran rumah naik lagi. Kerajaan telah pun mula buat perancangan berkenaan GST dan barangkali tahun depan GST akan kembali semula digunakan. Dalam masa yang sama, kajian mekanisme subsidi petrol RON95 sedang giat dilakukan. Jika tiada subsidi petrol, akan banyak harga barangan boleh melambung tinggi,” jelasnya.
Faktor ancaman ini bukan sahaja berlaku dari dalam tetapi diseluruh dunia juga. Isu konflik negara, peperangan dua kuasa besar, inflasi yang teruk, kenaikan harga minyak dunia, dan sekuriti makanan yang mencanak, menyakinkan lagi turun naik nilai ringgit berbanding dollar akan sangat sukar dijangka.
Tahun ini walaupun kita bergelut dengan ekonomi negara dan kos sara hidup yang tinggi, kita masih boleh hidup seperti biasa walau serba kekurangan. Yang pastinya, ini baru permulaan menghadapi sesuatu yang lebih besar lagi. Tahun depan, kita akan ditekan dengan lebih dahsyat dari segala arah baik fizikal atau mental. Banyak akan berlaku bencana dalam masyarakat yang sukar digambarkan saat ini.
Masyarakat masih “tidur” membazir sana sini
Ketika orang “di atas” yang sudah tahu dan tersedar untuk mula mengumpul simpanan sana sini bagi menghadapi kemelut akan datang, masyarakat lain masih sibuk membazir dan berhabis kepada perkara-perkara yang tidak penting. Ketika inilah nafsu kita digoda sedikit demi sedikit.
Konsert sana sini menampilkan artis pujaan, gajet terkini yang lebih mahal dan canggih, trend buruk dari barat, menyusup ke minda masyarakat dan anak muda khususnya. Fikirkan, walau kita sedang dihimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang “mengila” tinggi akibat daripada inflasi, masih ramai juga peminat fanatik yang sanggup beratur seawal 4 pagi semata-mata menonton sebuah konsert.
Tepuk dada, tanya poket seluar anda. Di mana relevannya? Namun, apa-apa pun ia terpulang kepada individu itu sendiri.
Kurangkan hutang, buat simpanan dan tambah pendapatan
Dikesempatan ini juga, Mohd Ezairol sempat berpesan kepada masyarakat untuk kurangkan hutang dengan bank bagi sesuatu yang tidak perlu. Jika ada rumah yang masih selesa untuk dihuni, lupakan impian untuk berhutang demi membeli rumah baru. Begitu juga kereta, gajet, kad kredit, atau sebagainya.
Mula buat simpanan sendiri dan tambahkan pendapatan dengan pekerjaan sampingan untuk tampung kos kehidupan harian. Bagi semua yang sedang mencari rezeki, bersedialah… tahun depan cabarannya pasti lebih sukar. Perancangan atau aturan The Great Reset, itu semuanya di luar kemampuan kita sebagai rakyat biasa.
Fikirkan…
Sumber: Mohd Ezairol Rezan Zainol
SEMASA
Namewee Ditahan Bersama Pil Ekstasi, Positif Pelbagai Jenis Dadah – Polis Sahkan

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Polis Kuala Lumpur mengesahkan bahawa pengarah dan penyanyi kontroversi, Namewee, 42, ditahan di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu selepas dipercayai memiliki dan menggunakan dadah jenis ekstasi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata penahanan dibuat oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sekitar jam 4.30 petang, 22 Oktober lalu.
Ditemui Sembilan Pil Ekstasi di Bilik Hotel
Menurut Datuk Fadil, hasil pemeriksaan dalam bilik hotel berkenaan menemui sembilan biji pil berwarna biru disyaki pil ekstasi, dengan anggaran berat 5.12 gram.
“Suspek telah ditangkap dan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut.
Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif empat jenis bahan terlarang iaitu **amphetamine, methamphetamine, ketamin dan THC (ganja),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ditahan Dua Hari, Dituduh di Mahkamah
Tambah beliau, Namewee direman selama dua hari bagi membantu siasatan sebelum dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 24 Oktober lalu dengan dua pertuduhan berasingan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pertuduhan pertama:
➡️ Mengikut Seksyen 39A(1) atas kesalahan memiliki dadah, yang boleh membawa hukuman penjara antara dua hingga lima tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.
Pertuduhan kedua:
➡️ Mengikut Seksyen 15(1)(a) atas kesalahan menggunakan dadah, dengan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.
“Suspek tidak mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan dibenarkan jaminan RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin tempatan,” ujar Fadil.
Sebutan Semula Kes Disember Ini
Menurut beliau lagi, tarikh sebutan semula kes telah ditetapkan pada 18 Disember 2025 bagi membolehkan pihak pendakwaan dan pembelaan melengkapkan dokumen serta laporan kimia.
Kes ini mendapat perhatian meluas di media sosial memandangkan Namewee (nama sebenar: Wee Meng Chee) sebelum ini dikenali sebagai figura seni yang sering mencetuskan kontroversi menerusi karya muzik dan filemnya, termasuk Nasi Lemak 2.0 dan Babi.
SEMASA
Rakyat Malaysia Maut Ditembak Lapan Kali di Sungai Golok, Disyaki Akibat Masalah Hutang

Rakyat Malaysia Maut Ditembak Lapan Kali di Sungai Golok, Disyaki Akibat Masalah Hutang
PASIR MAS, KELANTAN, 26 Okt – Seorang rakyat Malaysia, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, maut selepas ditembak sebanyak lapan kali dalam satu kejadian di sebuah rumah di Sungai Golok, Thailand, pada petang Sabtu.
Mangsa yang berasal dari Kampung Kepas Apam, Pasir Mas, disahkan meninggal dunia sekitar jam 9 malam ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok akibat kecederaan parah.
“Saya Dapat Dua Panggilan — Satu Beritahu Dia Ditembak, Satu Lagi Kata Dia Sudah Tiada”
Ibu mangsa, Zaiton Abdul Rahman, 64, berkata, dia menerima berita pemergian anak bongsunya itu daripada menantu, Wan Fatihah Mat Hussin, 35, pada malam kejadian.
“Sekitar jam 8 malam, menantu telefon beritahu Fuad kena tembak.
Belum sempat saya tenangkan diri, sejam kemudian saya dapat panggilan lagi… kali ini untuk beritahu anak saya dah meninggal dunia,” katanya dalam nada sebak.
Menurut Zaiton, arwah merupakan seorang anak yang periang dan tidak pernah menunjukkan sebarang tanda mencurigakan sebelum kejadian.
“Dia baru sahaja balik menjenguk saya beberapa minggu lalu. Tak sangka itu kali terakhir saya lihat dia,” ujarnya lagi.
Mangsa Ditembak Lapan Kali
Memetik laporan Sinar Harian Online, kejadian berlaku sekitar jam 6.40 petang (waktu tempatan) ketika mangsa berada di sebuah rumah di Sungai Golok.
Siasatan awal oleh polis Narathiwat mendapati, mangsa ditembak lapan kali di bahagian badan dan dada oleh individu yang masih belum dikenal pasti.
Mangsa sempat dibawa ke Hospital Sungai Golok oleh penduduk setempat, namun disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian.
Punca Dikatakan Berpunca Dari Masalah Hutang
Jurucakap polis Narathiwat memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada masalah hutang berdasarkan keterangan beberapa saksi yang berada berhampiran lokasi kejadian.
“Pihak kami masih menjalankan siasatan menyeluruh termasuk mengenal pasti suspek yang terlibat serta motif sebenar kejadian,” kata jurucakap itu.
Keluarga Tuntut Keadilan & Urusan Bawa Pulang Jenazah
Keluarga kini sedang berusaha membawa pulang jenazah Mohd Fuad Fahmie ke Malaysia untuk dikebumikan di kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan.
“Kami serahkan kepada pihak berkuasa untuk siasat dan bawa keadilan atas apa yang berlaku,” kata ibunya dalam nada pilu.
Difahamkan, pihak Konsulat Malaysia di Songkhla sedang membantu menguruskan proses dokumentasi dan penghantaran jenazah pulang ke tanah air.
Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Fuad Fahmie Ghazali. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan keluarga diberi kekuatan menghadapi kehilangan ini.
SEMASA
Ibu Allahyarham Zayn Rayyan Menangis Ketika Rayuan Hukuman, Peguam Mohon Denda Sahaja Demi Anak Bongsu Autisme

PETALING JAYA, 25 Okt — Suasana di Mahkamah Sesyen hari ini bertukar hiba apabila Ismanira Abdul Manaf, 30, ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, tidak dapat menahan tangis ketika peguamnya membacakan hujahan mitigasi bagi merayu hukuman lebih ringan terhadap kesalahan mengabaikan anak autisme itu dua tahun lalu.
Ismanira, yang hadir berpakaian sopan dan bertudung hitam, dilihat menangis teresak-esak sepanjang prosiding, lebih-lebih lagi apabila peguam bela, Haresh Mahadevan, menyentuh mengenai nasib dan perkembangan anak bongsu pasangan itu, yang kini berada dalam jagaan keluarga saudaranya.
Tangisan Ismanira menjadi semakin kuat sehingga memaksa ibu mentuanya, yang duduk di barisan hadapan galeri awam, menghulurkan tisu bagi menenangkan menantu perempuannya itu.
“Anak Bongsu Juga Autisme, Perlukan Ibu” – Peguam
Dalam rayuan mitigasi, Haresh memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman denda sahaja dan bukan penjara, memandangkan hukuman berat bakal memberi kesan besar terhadap kebajikan anak bongsu Ismanira yang turut menghidap autisme.
“Anak kedua pasangan ini juga merupakan kanak-kanak istimewa seperti Allahyarham Zayn Rayyan.
Disebabkan kes ini, Ismanira hanya dibenarkan bertemu anaknya kurang daripada 48 jam seminggu.Ketika pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengambil kanak-kanak itu, dia menangis dan berpaut kuat pada ibunya kerana enggan dipisahkan,” katanya dalam hujahan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen.
Peguam tersebut menjelaskan bahawa kanak-kanak autisme lazimnya sukar menerima perubahan drastik, apatah lagi perpisahan dengan ibu mereka, dan boleh mengalami gangguan emosi serta kemurungan sekiranya tidak disediakan sokongan psikologi yang sesuai.
“Hukuman penjara terhadap ibu ini bukan sahaja memberi kesan kepada dirinya, tetapi juga menjejaskan kesejahteraan emosi anaknya yang masih kecil.
Dalam kes seumpama ini, hukuman penjara tidak bersifat mandatori — mahkamah mempunyai budi bicara untuk menggantikan dengan hukuman denda, yang lebih berperikemanusiaan,” tambahnya.
Rayuan Masih Berlangsung
Setakat tengah hari Jumaat, prosiding rayuan hukuman masih berjalan dan dijangka disambung semula selepas rehat bagi mendengar hujahan balas daripada pihak pendakwaan.
Kes Ismanira mendapat perhatian umum selepas anak sulungnya, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang merupakan kanak-kanak autisme berusia enam tahun, ditemui meninggal dunia dua tahun lalu dalam keadaan mencurigakan berhampiran kediaman keluarganya di Damansara Damai.
Kematian tragis Zayn Rayyan telah mengundang simpati rakyat Malaysia dan mencetuskan perdebatan besar mengenai tanggungjawab penjagaan kanak-kanak istimewa, tekanan emosi keluarga, serta keperluan sistem sokongan yang lebih menyeluruh bagi ibu bapa yang membesarkan anak-anak autisme.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA6 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA6 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA6 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah












