Connect with us

Petua

Nikmati Timun Jepun Yang Ditanam Sendiri

Avatar of farhan nizam

Published

on

timun jepun

Nikmati Timun Jepun Yang Ditanam Sendiri

timun jepun

 

Timun Jepun memang sedap untuk dijadikan ulam kerana lebih rangup tetapi harganya agak mahal. Bagi mengurangkan perbelanjaan yang banyak, anda boleh cuba tanam timun jepun sendiri. Selain lebih jimat, anda juga akan lebih puas hati. Cara penanamannya pun tidaklah susah, hanya mengambil masa dua bulan sahaja untuk berbuah.

Cara penanamannya juga ringkas:

1. Semai biji benih menggunakan cocopeat, siram dengan air, dan letakkan di tempat teduh.

2. Setelah bercambah empat daun, pindahkan ke dalam polibeg. Siram pokok pada waktu pagi dan petang.

timun jepun
3. Setelah pokok tumbuh besar, buatkan pancang dan ikat dengan tali rafia supaya pokok dapat menjalar. Letakkan di depan halaman rumah.

timun jepun

4. Pokok timun jepun akan berbuah banyak apabila diletakkan di tempat yang mempunyai cahaya matahari yang mencukupi seperti halaman rumah.

5. Untuk baja, gunakan jenama Chitosan dan taburkan satu sudu setiap dua minggu. Jika kawasan rumah anda banyak siput babi, beli racun siput jenama Siputox dan taburkan waktu lewat petang.

6. Untuk elakkan pokok layu akibat panas, gunakan auto drip watering dengan meletakkan botol 1.5L dan titisan air boleh diatur.

Hasil tanaman sendiri pastinya memuaskan dan seronok apabila petik dan makan hasil tanaman sendiri. Semoga tips ini bermanfaat untuk anda.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.