INFO
Nabi Berpesan Kepada Kita, Umat Akhir Zaman Mereka Tidak Peduli Halal Haram Cara Mereka Perolehi Kekayaan Dan Kuasa
Nabi Berpesan Kepada Kita, Umat Akhir Zaman Mereka Tidak Peduli Halal Haram Cara Mereka Perolehi Kekayaan Dan Kuasa
Mencapai akhir zaman sebelum datangnya kiamat manusia akan menghalalkan apa saja perbuatan termasuk cara memperoleh kuasa dan kekayaan seperti yang pernah diisyaratkan oleh Nabi Muhammad SAW. Malah para ulama terdahulu sudah menyatakan hal ini akan terjadi.
“Bakal datang kepada manusia suatu masa, di mana orang tiada peduli akan apa yang diambilnya apakah dari yang halal ataukah dari yang haram. (HR Bukhari Muslim dari Abu Hurairah RA).
Di saat sebahagian rakus mengejar harta dan kekayaan sebahagian lagi bingung dengan keadaan yang terjadi. Kita yang hidup di zaman ini akan menjad penuh tanda tanya di saat sebahagian lagi berlelah-lelah mencari nafkah untuk menampung keluarga agar tak kelaparan.
Berdasarkan riwayat hadis Bukahari di atas, ia membuatkan sebahagian masyarakat menjadi keliru kerana kita berbeza-beza persepsi. Ketika tangan kita cuba melindungi harta yang ada, boleh jadi ada tangan lain yang akan merebut kekayaan kita itu. Dan kerana tamak, kita cuba merampasnya kembali tanpa sedar ianya halal atau haram cara ia diperoleh.
Sebuah kisah diceritakan dalam buku Kasyful Mahjub karya Ali ibn Utsman Al-Hujwiri tentang Abu Halim Habib bin Salim Al-Ra’i, seorang sufi sahabat Salman Al-Farisi. Ia boleh menjinakkan segerombolan serigala yang sedang menitiskan air liur ketika melihat biri-birinya yang sedang ia gembala di tepi Sungai Eufrat.
Antara kebolehannya ia mampu mengeluarkan air susu dan madu dari sebongkah batu untuk tetamunya. Saat ditanya kepandaiannya, kata sufi ini, ia dapat melakukan atas kehendak Allah dan kerana taat dirinya kepada Rasulullah.
Ketika seorang syeikh memintanya mengajar hal ini agar dia dapat melakukannya, Al-Ra’i berkata: ”Jangan jadikan hatimu dipenuhi keinginan hawa nafsu dan mengisi perutmu dengan barang-barang haram. Kerana azabnya di akhirat kelak tidak tertanggung oleh mu.
Melihat kepada apa yang berlaku hari ini, manusia akhir zaman sudah tidak mempedulikan semua itu terutama minum arak, mengamalkan riba pinjaman bank, mengamalkan rasuah, menggadai maruah serta mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.
Majalah ilmu: Semoga kita sama-sama muhasaba diri. Teruskan memperbaiki diri semoga Allah mengampuni segala dosa kita.
Sumber: Harian Republika / Kashoorga
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.