Connect with us

SEMASA

Misteri Penemuan Ribuan Ba̷ngkai Ikan Terdampar Memenuhi Kawasan Pantai, Punca Ribuan Ikan Naik Ke Darat Terus Jadi Misteri

Published

on

iiytfyittf

Misteri Penemuan Ribuan Ba̷ngkai Ikan Terdampar Memenuhi Kawasan Pantai, Punca Ribuan Ikan Naik Ke Darat Terus Jadi Misteri

Pantai di semenanjung Coliumo, Biobio sememangnya terkenal dengan pemandangannya yang cantik dan perairan di situ biasanya menjadi tumpuan ikan sardin dan bilis.

Namun, baru-baru ini sebuah rakaman memaparkan ribuan ba̷ngkai ikan memenuhi kawasan pantai menimbulkan persoalan di kalangan penduduk setempat.

Menurut seorang wanita, beliau menemui kejadian itu ketika dia berjalan bersama anaknya di P𝚊ntai Caliumo, Chile pada Sabtu Pagi (19 Februari).

fish

Kisah penemuan ribuan ba̷ngkai ikan terdampar tersebut yang sudah menjadi tular di media sosial menjadi perbualan ramai dan tiada seorang pun tahu secara pasti penyebab sebenar atau bagaimana keadaan itu terjadi.

fish2

Nelayan tempatan serta beberapa pengunjung yang pergi ke pantai tersebut pada pagi Sabtu melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Susulan itu, Perkhidmatan Pertanian dan Perikanan Kebangsaan (Sernapesca) telah menghantar pasukan pakar bagi menyiasat punca sebenar fenomena itu.

fish3

Sebelumnya, pada tahun lepas kejadian seperti ini pernah berlaku di wilayah Biobio dan hasil siasatan mendapati punca utama kema̷tian ikan pada waktu itu adalah kerana kandungan oksigen yang rendah di dalam air.

Menurut penduduk tempatan, kemungkinan kejadian serupa yang berlaku pada Sabtu adalah disebabkan punca yang sama. Ikan-ikan tersebut berenang menghampiri pantai untuk mencari oksigen dan nutrien.

Sumber : [Dailystar]

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.