INFO
Makanan Perlu Dielakkan Jika Dimakan Mentah
Makanan Perlu Dielakkan Jika Dimakan Mentah
Tahukah anda bahawa terdapat makanan yang dilarang untuk dimakan secara mentah kerana membahayakan tubuh badan? Daging ayam dan makanan mentah lain sudah tentu dilarang kerana adanya bakteria yang merbahaya.
Seringkali, semasa memasak, kita spontan memasukkan bahan-bahan mentah ke dalam mulut. Betul tak mak-mak? Jom semak senarai ini. Ada di antaranya yang kita makan secara mentah untuk rasa lebih segar. Jangan ambil mudah, cegah sebelum terlambat. Semoga bermanfaat.
1. Terung
Terung mentah mungkin mengandungi toksik solanin. Anda boleh mengalami angin, kembung perut, dan keracunan makanan.
2. Susu
Susu yang diminum terus dari lembu tanpa ditapis atau dipasteur mengandungi bakteria merbahaya seperti E. coli dan Salmonella. Minum susu mentah boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan. Jangan bahayakan nyawa anda.
3. Taugeh
Taugeh kaya dengan vitamin dan kebaikan untuk kesihatan. Namun, taugeh tumbuh dalam kawasan lembab yang mudah membiak bakteria. Pastikan anda membeli taugeh yang segar dan bukan yang direndam selama beberapa hari.
4. Tepung
Tepung mentah yang dicampur air dan dimakan begitu sahaja berpotensi memberi masalah kesihatan. Tepung mungkin membawa patogen seperti E. coli yang hanya hilang apabila dimasak. Sangat berbahaya.
5. Sosej
Sosej bukanlah makanan yang berkhasiat tetapi ada yang makan ia secara mentah kerana rasanya sudah direbus separuh masak. Pembungkusan sosej boleh terdedah kepada bakteria Listeria yang boleh dibunuh dengan memasak sosej tersebut. Basuh dan rebus atau goreng dahulu sosej sebelum makan.
6. Kentang
Kentang mentah boleh menyebabkan kesan angin dalam badan seperti banyak gas dalam perut, kerap kentut, dan kembung perut. Kentang yang dibiarkan lama dalam keadaan panas atau kawasan basah akan bertukar warna hijau dan menghasilkan toksik solanin yang mengakibatkan keracunan makanan. Jangan makan kentang yang bertompok hijau.
Kesimpulan Makanan Perlu Dielakkan
Makanan mentah boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan. Pastikan anda sentiasa memasak makanan dengan sempurna sebelum dimakan.
FAQ Makanan Perlu Dielakkan
1. Mengapa terung mentah Makanan Perlu Dielakkan?
Terung mentah mengandungi toksik solanin yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
2. Apa risiko minum susu mentah?
Susu mentah mengandungi bakteria seperti E. coli dan Salmonella yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan.
3. Mengapa taugeh mentah Makanan Perlu Dielakkan?
Taugeh mentah tumbuh dalam kawasan lembab yang mudah membiak bakteria.
4. Adakah tepung mentah selamat dimakan?
Tidak, tepung mentah boleh mengandungi patogen seperti E. coli yang hanya hilang apabila dimasak.
5. Mengapa kentang mentah tidak selamat dimakan?
Kentang mentah boleh menyebabkan angin dalam badan dan keracunan makanan jika bertukar warna hijau.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.