Connect with us

SEMASA

M4yat seorang lelaki yang sudah tinggal r4ngka dengan topi keledar masih lagi di kepala ditemukan di dalam longkang di tengah-tengah Lebuhraya Utara Selatan

Published

on

rfdbd

M4yat seorang lelaki yang sudah tinggal r4ngka dengan topi keledar masih lagi di kepala ditemukan di dalam longkang di tengah-tengah Lebuhraya Utara Selatan

M4yat lelaki yang hanya tinggal rangka ditemui orang awam di Kilometer 281.8 laluan arah utara pada jam 12 tengah hari sebelum dimaklumkan kepada polis.

M4yat seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang telah reput dengan topi keledar masih lagi di kepala, ditemui dalam longkang di tengah-tengah Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar, berkata siasatan awal mendapati lelaki berkenaan berasal dari Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka.

Katanya, m4yat ditemui terlentang dalam longkang selebar 0.6 meter serta dengan tahap kedalaman kira-kira 0.76 meter, masih lengkap berpakaian baju T dan seluar panjang warna hitam selain masih memakai topi keledar.

Screenshot 493

“Pemeriksaan ke atas beg pinggang berwarna hitam yang ditemui pada satu bahagian beg galas, menjumpai satu kad pengenalan dan lesen memandu serta wang tunai lebih kurang RM150, dipercayai milik si mati,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hasil siasatan pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang senj4ta atau kenderaan yang boleh dikaitkan dengan kem4tian lelaki terbabit.

“Punca kem4tian belum dapat dipastikan dan m4yat sudah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJ) untuk bed4h sias4t,” katanya sambil menambah, kejadian dipercayai tiada unsur jenay4h dan k3s setakat ini diklasifikasi sebagai m4ti mengejut. “Keluarga si mati juga ada membuat laporan polis mengenai kehilangannya,” katanya.

Beliau menjelaskan, keluarga mangs4 telah dihubungi dan memaklumkan, kali terakhir mereka melihat si m4ti adalah pada 23 Feb lalu ketika dia keluar dari rumah menaiki motosikal untuk berjumpa kawan di Kuala Lumpur.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.