SEMASA
Lebih 250,000 jemaah warga Palestin mengimarahkan Masjid Al-Aqsa bagi menunaikan solat Tarawih pada malam ke-27 Ramadan
Lebih 250,000 jemaah warga Palestin mengimarahkan Masjid Al-Aqsa bagi menunaikan solat Tarawih pada malam ke-27 Ramadan
Menurut laporan Jabatan Wakaf, Lebih 250 Ribu Rakyat Palestin Penuhi Masjid Aqsa Untuk Menunaikan Solat Tarawih pada malam ke-27 Ramadan. Jemaah ini berkumpul menunaikan solat sunat Tarawih di masjid berkenaan menjelang malam-malam akhir Ramadan selain berharap dipertemukan dengan Lailatul Qadr.
Orang ramai mula berkumpul bermula dari petang lagi dengan ada keluarga dilapor hadir lebih awal serta memilih untuk tidur dan bersahur di kawasan perkarangan masjid bagi mengelak daripada tidak mendapat tempat untuk mengejarkan solat di sana.
“Pasukan kesel4matan, pasukan perubatan dan sukarelawan telah disediakan di kawasan tersebut bagi memudahkan urusan keluar masuk para jemaah untuk menunaikan solat di masjid Al-Aqsa itu. Jalan-jalan masuk dan keluar turut ditetapkan untuk membezakan laluan jemaah lelaki dan wanita di kawasan masjid berkenaan,” jelasnya lagi.
Memetik Ma’an News, Imam besar masjid tersebut ketika mengakhiri Solat Tarawih dengan Solat Witir turut berdoa agar Allah melindungi seluruh warga Palestin daripada tipu daya selain memelihara kesejahteraan masjid ketiga tersuci umat Islam itu.
Selepas selesai Solat tarawih dan Witir, para jemaah memulakan perarakan dari ruang solat ke kawasan dataran berdekatan masjid dengan memegang bendera Palestin sambil melaungkan kalimah syahadah ‘Tiada Tuhan Selain Allah.’
Ketika umat Islam baru menyambut Ramadan, polis Isr4el dilapor menyerbu masjid berkenaan ketika umat Islam mahu menunaikan Solat Subuh dan menanti waktu Solat Jumaat. Insiden berkenaan menyaksikan ratusan jemaah dilapor c3dera dan terpaksa dik3jarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.
Sumber: enews27.com
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah