INFO
Baja Semulajadi Untuk Kuatkan Akar! Taburkan Saja KULIT TELUR Keliling Pokok Seminggu Sekali

Baja Semulajadi Untuk Kuatkan Akar! Taburkan Saja KULIT TELUR Keliling Pokok Seminggu Sekali
Ramai yang tidak tahu kulit telur sebenarnya ada kelebihannya. Kulit telur ini ada punyai banyak khasiatnya yang tersendiri untuk menyuburkan tanaman dan tumbuhan di halaman rumah. Dari buang dengan begitu saja sebenarnya kulit telur ini boleh dijadikan baja semulajadi dan mampu menguatkan akar pokok. Tetapi ada cara-caranya untuk membuat kulit telur kisar ini, malah perlu ditaburkan di pokok setiap seminggu sekali.
Mahu tahu caranya, fahamkan perkongsian dari Puan Liyana Mohd Poad ini sebagai sumber rujukan:
Ini kulit telur yang telah saya tumbuk kasar. Basuh dulu bersih bersih luar dan dalam sebelum dikeringkan selama sehari. Selepas betul-betul kering baru ditumbuk.
Saya tidak kisar halus supaya dapat menghalang serangga tanah daripada datang. Sakit kalau kene kulit telur yang tajam ni. Boleh juga dikisar sehingga halus supaya lebih cepat mnyerap ke dlam tanah. Dalam 8 biji telur jugak ni.
Banyak ini saja hasilnya. Hanya cukup untuk 3 pokok.
Kulit telur kaya dengan kalsium, fosforus, kalium dan magnesium yang dapat membantu.
- Mengurangkan simptom bunga gugur.
- Menguatkan akar.
- Tangkai kuat.
- Sebagai baja semulajadi.
- Bunga lekat dan membentuk buah.
- Menghalang serangga perosak.
Caranya :
Tabur keliling pokok seminggu sekali. Saya selalu tabur pada pokok cili dan tomato yang sedang rancak berbunga dan berbuah. Kesan boleh dilihat seawal 10 hari.
Menarik tip ni. Banyak khasiat kulit telur pada tanaman rupanya. Daripada dibuang begitu sahaja, elok tabur pada tanaman sebagai baja semulajadi agar pokok lebih subur dan masalah serangga perosak pun tiada.
Majalah ilmu: Anda boleh cuba nanti dirumah ya. mana tahu tips ini berkesan.
Selamat mencuba!
Sumber : Liyana Mohd Poad / Mingguanwanita
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.