Connect with us

Kisah

“Suami Isteri Hidup Berdua Di Bilik Sewa RM100 Hanya Mampu Makan Nasi 50 Sen”, Kisah Suami Kehilangan Isteri Cinta Yang Kekal Sehingga Akhir Hayat

Published

on

kisah suami kehilangan isteri

“Suami Isteri Hidup Berdua Di Bilik Sewa RM100 Hanya Mampu Makan Nasi 50 Sen”, Kisah Suami Kehilangan Isteri Cinta Yang Kekal Sehingga Akhir Hayat

Ramai yang mampu kahwin, tetapi tidak ramai yang boleh bertahan dari sebuah penceraian. Ramai yang mampu untuk menjalani rumah tangga sehingga berpuluh-puluh tahun, tetapi tidak ramai yang boleh membawa cinta kekal hingga akhir hayat. Dari semenanjung, nun jauh kita terbang ke Sabah. Ada sebuah kisah suami kehilangan isteri yang boleh mengalirkan air mata kita tentang hakikat sebuah cinta sejati.

Kisah suami kehilangan isteri duduk berdua di dalam bilik sewa kecil

kisah suami kehilangan isteri

Kita tidak akan nampak susahnya seseorang sebelum kita sendiri menyaksikan dengan dua biji mata. Siapa sangka satu panggilan bantuan untuk mendapatkan sehelai kain kafan rupa-rupanya membawa kepada hakikat sebuah kisah suami kehilangan isteri yang paling membuat kita terharu.

Sehelai kain putih tidak bermakan bagi orang yang tidak memerlukan. Namun bagi sepasang suami isteri yang miskin dan sangat daif, ianya cukup bermakna untuk menguruskan pengebumian seseorang yang sudah meninggal dunia.

Dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Abam Botak, katanya ketika sampai sahaja di rumah tersebut, suami arwah terus memelukya dengan rasa sungguh terharu atas kesudian bantuan yang diberikan.

“Terima kasih banyak kerana sudi bantu saya dan arwah isteri,” kata lelaki tua itu.

Apabila ditanya dimana isterinya akan dikebumikan?

“Di seberang jalan Kg.Seng Kee,” jawabnya.

Siapa pula yang akan memandikan jenazah itu?

“Ada jiran tetangga yang sudah tunggu untuk menguruskan urusan pengebumian arwah,” balasnya.

Lega, setidaknya jenazah sudah tentu akan diuruskan dengan baik selepas ini. Suasana kembali suram masih terkesan pemergian arwah isterinya ketika itu.

Beli nasi putih 50 sen di pasar makan bersama isteri

kisah suami kehilangan isteri

Entah bagaimana, dalam tidak sedar suami arwah dengan tiba-tiba mula bersuara perlahan tetapi masih mempu untuk didengar di telinga.

“Kau tengoklah dapurku, apa pun tiada. Gas memasak pun tiada. Tiada apa-apa yang dapat aku berikan kepada kamu sebagai balasan membantu aku,” ucapnya ikhlas tetapi perasaan yang masuk di jiwa itu sungguh luar biasa selepas mata menyaksikan sendiri keadaan dalam rumah tersebut.
kisah suami kehilangan isteri
Memang tiada apa yang boleh dibanggakan dari segi harta atau kebendaan. Tiada anak, tiada saudara mara, tiada harta, hanya tinggal berdua. Dan kini isterinya sudah meninggal, tinggallah dia sebatang kara meneruskan hidup.

Untuk makan sahaja, dia dan arwah isterinya hanya membeli nasi putih yang berharga 50 sen di pasar. Jika ada duit baru lidah ini boleh menjamah lauk-pauk seperti telur atau ikan.

Tuan rumah tidak berkira dengan pasangan suami isteri ini

Mujur dalam setiap kesusahan yang perlu ditempuhi olehnya, Allah SWT hadirkan bantuan dari bentuk kemudahan tempat tinggal dan jiran tetangga yang prihatin. Walaupun harga sewa bilik itu RM 100 sebulan tetapi tuan rumah tidak pernah memaksanya untuk bayar dengan jumlah yang sedemikian.

Apa yang diberikannya, maka itulah yang diterima dengan ikhlas hati oleh tuan rumah. Sekiranya ada seringgit di tangan, maka seringgit itu jugalah yang dibuat untuk membayar sewa bilik tersebut.

Setia hingga hujung nyawa, biar jasad memisahkan hati tetap bersatu terus mencintai

kisah suami kehilangan isteri

Bukan kerana harta sesebuah perkahwinan itu kekal setia. Bukan juga kerana rupa ianya kekal bahagia, Tetapi makna kahwin yang membawa erti bahagia yang sesungguhnya apabila dua hati saling berkasih sayang dan cinta mencintai denga bahasa mereka sendiri.

Kadang kala kita melihat sesuatu yang mewah dan besar itu suatu kebahagiaan. Namun apabila difikirkan dengan logik akal yang jernih, sungguh sekali rasa bahagia itu kita sendiri yang cipta. Walau sedaif mana keadaan kita, sekiranya ada bahagia yang dijalani sepanjang hidup, rasa tenang sentiasa, maka itulah maksud bahagia yang sebenar-benarnya.

Seperti mana kisah si suami dan arwah isterinya ini yang susah senang, gembira dan sedih bersama tanpa jemu dan lelah. Itulah dua insan yang mampu mempertahankan cinta dan rumah tangga sehingga ke akhir hayat.

Sumber: Abam Botak

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah

Anak Suhaimi Saad Pernah Dibuli, Dipaksa Makan Rumput & Dicampak Dalam Kolam

Published

on

Anak Suhaimi Saad

Anak Suhaimi Saad Pernah Dibuli, Dipaksa Makan Rumput & Dicampak Dalam Kolam

Anak kepada arwah penyanyi nasyid popular, Suhaimi Saad, iaitu Ehmad Hadie Elfardie, baru-baru ini berkongsi pengalaman pahit ketika zaman sekolah.

Dalam siaran langsung di TikTok, peserta program Talk To My Manager itu mendedahkan dia pernah dibuli teruk sewaktu belajar di sebuah sekolah tahfiz bersama adiknya, Sallman.

Anak Suhaimi Saad Dipaksa Makan Rumput & Ditolak Ke Dalam Kolam

Hadie cerita, kejadian itu bermula masa dia hanya nak tengok pelajar lain memancing waktu riadah petang. Tapi tiba-tiba, seorang pelajar senior suruh dia makan rumput.

Bila dia cuba lari, pelajar tu berjaya tahan dan campak Hadie terus ke dalam kolam ikan.

“Ada yang tarik rambut sampai luka kat kepala. Kami memang tak ada kawan kat situ. Rasa macam terasing sangat,” katanya.

Pengalaman itu memang tinggalkan kesan mendalam, sampai dia rasa takut dan tak berdaya nak teruskan belajar di situ.

@kidsshop_4 Replying to @zackl111 sedih dengar dan sebagai seorang ayah arwah Suhaimi dah buat yang terbaik untuk anak anak nya, semoga mrnjadi kekuatan kita amin 🤲 #viral #haidi #inanaim #videoviral #sekolah ♬ original sound – mommy sue

Naluri Arwah Ayah Jadi Penyelamat

Menurut Hadie lagi, arwah ayahnya sebenarnya dapat rasa ada sesuatu yang tak kena. Malah, beliau sampai tak boleh tidur lena kerana hati tak sedap.

Bila ayah dan ibu datang melawat, mereka dapat lihat wajah anak-anak muram walaupun cuba disembunyikan.

“Ayah tanya, ‘Sekolah best tak?’ Sallman diam je. Saya pun terus cakap jujur, ‘Kat sini tak okay la ayah…’”

Selepas dengar luahan itu, arwah terus minta mereka kemas pakaian dan keluar dari sekolah berkenaan.

Sejak itu, Hadie dan adiknya beralih ke pembelajaran di rumah (homeschooling).

Anak Suhaimi Saad

Rupa-Rupanya Ada Sebab Anak Suhaimi Saad tak ke sekolah…

Ramai yang baru tahu, rupanya ada kisah di sebalik keputusan arwah Suhaimi Saad mendidik anak-anaknya sendiri di rumah.

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Continue Reading

Kisah

Eksklusif! 30 Tahun Pengasas Al-Ikhsan Tak Pernah Naikkan Harga – Pengasas Dedah Strategi

Published

on

By

Eksklusif 30 Tahun Al Ikhsan Tak Pernah Naikkan Harga

Eksklusif! 30 Tahun Al-Ikhsan Tak Pernah Naikkan Harga – Pengasas Dedah Strategi

Dalam dunia perniagaan yang sentiasa berubah dan menghadapi tekanan ekonomi, jarang sekali kita menemui syarikat yang berjaya mengekalkan harga produknya selama berpuluh-puluh tahun. Namun, Tuan Haji Ali Hassan, pengasas empayar Al-Ikhsan, telah berjaya melakukan perkara yang luar biasa ini. Sejak 30 tahun lalu, beliau telah berdedikasi untuk tidak menaikkan harga barangan di kedainya, walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran perniagaan.

Sejarah Al-Ikhsan dan Misinya

Al-Ikhsan bermula sebagai sebuah perniagaan kecil yang berhasrat untuk menawarkan pakaian dan peralatan sukan kepada rakyat Malaysia pada harga mampu milik. Sejak penubuhannya, Tuan Haji Ali Hassan telah komited untuk memenuhi keperluan pengguna daripada pelbagai latar belakang, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah. Kedai Al-Ikhsan tidak hanya menjual barangan berjenama terkenal, tetapi turut menawarkan pilihan barangan yang lebih murah namun tetap berkualiti.

Dalam sebuah temubual bersama pengguna TikTok, @FahdiGhazali, Haji Ali berkongsi falsafah perniagaannya yang berfokus kepada membantu orang ramai, bukan semata-mata keuntungan. Falsafah ini jelas terbukti dalam strategi harga Al-Ikhsan, yang bertujuan menyediakan pelbagai pilihan kepada pembeli tanpa mengorbankan kualiti. Beliau berkata:

“Yang mahal ada di Football Republic, yang sederhana pula di Al-Ikhsan Sports, dan yang lebih murah ada di Sport Warehouse.”

Kedai Al-Ikhsan memenuhi pelbagai keperluan dan keinginan pembeli, tidak kira tahap kemampuan mereka. Ini penting dalam memastikan bahawa setiap lapisan masyarakat dapat menyertai aktiviti sukan, sesuatu yang dipromosikan secara meluas dalam negara untuk kesihatan dan kesejahteraan fizikal.

Barangan Tulen dan Persepsi Awam

Sepanjang perjalanan perniagaan Al-Ikhsan, terdapat cabaran besar yang perlu dihadapi, termasuklah tuduhan menjual barangan tiruan. Namun, Haji Ali menegaskan bahawa semua barangan yang dijual di kedai Al-Ikhsan adalah tulen dan berkualiti tinggi. Walaupun kedainya mungkin tidak mempunyai penampilan mewah seperti kedai-kedai sukan lain, beliau tidak sesekali mengorbankan integriti produknya.

“Kita hanya jual barangan tulen. Walaupun tidak nampak premium, kita mahu pastikan pengguna mendapat produk yang berfungsi dengan baik,” jelasnya.

Dengan pengalaman beliau sendiri dalam mengharungi kehidupan yang sukar sebelum mencapai kejayaan dalam perniagaan, Haji Ali bertekad untuk mengekalkan harga barangan yang berpatutan. Pendekatan ini membolehkan golongan berpendapatan rendah turut menikmati barangan berkualiti, tanpa perlu bimbang tentang kemampuan kewangan.

Al-Ikhsan

Strategi Perniagaan yang Mementingkan Masyarakat

Salah satu sebab utama kejayaan Al-Ikhsan selama tiga dekad adalah kerana falsafah perniagaannya yang tidak hanya berfokus pada keuntungan dan Al-Ikhsan Tak Pernah Naikkan Harga. Haji Ali menekankan bahawa niat beliau adalah untuk memberi manfaat kepada masyarakat, terutamanya mereka yang kurang berkemampuan. Harga yang berpatutan dan strategi penawaran pelbagai jenama di kedainya adalah bukti nyata usaha beliau dalam mengurangkan jurang antara pengguna berpendapatan tinggi dan rendah.

Falsafah ini juga mendapat pengiktirafan luas di kalangan netizen, terutamanya dalam video TikTok yang mendapat sambutan hangat di mana ramai pengguna berkongsi pengalaman positif membeli barangan di Al-Ikhsan. Beberapa komen menyatakan bahawa mereka dapat membeli kasut sukan berkualiti ketika masih belajar di kolej, dengan harga yang sangat berpatutan. Kehadiran Al-Ikhsan di pasaran membolehkan lebih ramai orang menyertai aktiviti sukan dan menjaga kesihatan mereka.

Kecekalan dalam Menjalani Perniagaan

Dalam perniagaan, tekanan ekonomi, kenaikan kos bahan mentah, dan perubahan permintaan pasaran sering memaksa peniaga menaikkan harga untuk mengekalkan margin keuntungan. Namun, Haji Ali telah berjaya mengelak daripada langkah ini. Menurut beliau, pengalaman hidupnya yang sukar telah menjadi motivasi untuk mengekalkan harga berpatutan sepanjang tempoh perniagaan.

“Saya faham perasaan susah itu, sebab saya pun pernah melaluinya. Bila saya nak beli barang, saya tahu betapa susahnya,” jelasnya mengenai falsafah perniagaannya.

Kisah perniagaan beliau ini memberikan inspirasi kepada ramai peniaga lain untuk berusaha membantu masyarakat, bukan hanya mengejar keuntungan semata-mata. Dengan menjalankan perniagaan yang lebih mementingkan nilai kemanusiaan, beliau berasa bahagia kerana dapat memberi manfaat kepada orang ramai, terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah yang mungkin sukar untuk membeli barangan sukan berkualiti di tempat lain.

Pengiktirafan Masyarakat

Perkongsian pengalaman Haji Ali melalui platform media sosial seperti TikTok telah menarik perhatian ramai, terutamanya di kalangan mereka yang terkesan dengan pandangan dan prinsip keusahawanan beliau. Banyak maklum balas positif yang diterima daripada pengguna yang berterima kasih kerana dapat membeli barangan sukan pada harga yang berpatutan.

Ramai juga yang menyatakan bahawa perniagaan Al-Ikhsan telah membuka peluang kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk terlibat dalam aktiviti sukan, yang penting untuk kesihatan dan gaya hidup aktif. Dalam era di mana kos barangan sukan sering dianggap mahal, kehadiran Al-Ikhsan jelas memainkan peranan penting dalam mengurangkan beban kewangan pembeli.

 Al-Ikhsan Tak Pernah Naikkan Harga

Kesimpulan

Keputusan Haji Ali untuk mengekalkan harga barangan di kedai Al-Ikhsan selama 30 tahun tanpa menaikkan harga adalah langkah yang luar biasa dalam dunia perniagaan. Ini bukan sahaja menunjukkan kecekalan dan komitmen beliau terhadap kemaslahatan masyarakat, tetapi juga menggambarkan prinsip keusahawanan yang tinggi.

Dengan mengambil kira pengalaman hidup dan kepentingan untuk membantu golongan berpendapatan rendah, Al-Ikhsan telah membina reputasi sebagai kedai yang bukan hanya menjual barangan sukan, tetapi juga menyediakan peluang kepada semua orang untuk menikmati gaya hidup sihat.

Ali Hassan Mohd Hassan

Sumber : hmetro

Pada akhirnya, Haji Ali Hassan telah membuktikan bahawa kejayaan dalam perniagaan tidak semestinya hanya bergantung pada keuntungan semata-mata. Sebaliknya, dengan memberi manfaat kepada masyarakat, perniagaan boleh mencapai kejayaan yang lebih bermakna dan berkekalan.

Baca Juga Kisah Menarik Ini:

Pelajar UMS Daftar Masuk Bawa Bagasi ” KARUNG”. Semoga Kau Berjaya Dik!

Kasih Seorang Abang, Gigih Naik Motor Hantar Adik Dari Melaka Ke UUM

 

 

 

Continue Reading

Kisah

Rahsia Kejayaan SPM: Fifi Nurfatin Pelajar Orang Asli Peroleh Keputusan Cemerlang SPM

Published

on

Rahsia Kejayaan SPM

Rahsia Kejayaan SPM: Fifi Nurfatin Pelajar Orang Asli Peroleh Keputusan Cemerlang SPM

Rahsia Kejayaan SPM

Kecekalan dan pengorbanan seorang pelajar Orang Asli dari Kampung Sungai Segenting Chenderiang, berkongsi rahsia kejayaan SPM 2023 di mana dia sanggup bangun seawal 4 pagi untuk mengulang kaji pelajaran, nyata membuahkan hasil yang manis. Fifi Nurfatin Marjaidi Hirwan, 17, dari suku Semai, berjaya meraih keputusan cemerlang dengan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Rahsia Kejayaan SPM

Dengan linangan air mata kegembiraan, Fifi dan ibu bapanya menyemak keputusan secara dalam talian di rumah. Anak sulung daripada empat beradik ini memperoleh A+ bagi subjek Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah, dan Matematik serta A dalam Bahasa Inggeris, Fizik, dan Kimia dan A- dalam Matematik Tambahan serta Biologi.

Rahsia Kejayaan SPM

Tidak percaya dengan kejayaannya, Fifi segera bergegas ke Sekolah Menengah Sains Tapah untuk mendapatkan slip keputusan SPM secara fizikal. “Saya sangat bersyukur atas kejayaan ini dan berharap lebih ramai Orang Asli akan mencapai kecemerlangan dalam pelajaran selepas ini,” katanya ketika ditemui pemberita di rumah neneknya.

Fifi berkongsi rahsia kejayaan SPM nya bahawa dia tidak menghadiri kelas tuisyen sebaliknya memberi tumpuan penuh ketika sesi pembelajaran dan kelas tambahan di sekolah. Fify juga bercita-cita menjadi warga pendidik, dia mengetepikan perasaan rendah diri dan berusaha mendapatkan bantuan guru secara peribadi apabila tidak memahami sebarang topik dalam mata pelajaran.

“Saya sering mengulang kaji pelajaran sehingga lewat malam dan bangun seawal 4 pagi untuk sambung belajar demi mencapai kejayaan ini. Memang tidak sangka saya berjaya memperoleh A dalam semua mata pelajaran kerana semasa percubaan SPM, saya hanya mendapat 3A,” katanya yang juga aktif dalam sukan bola keranjang sehingga mewakili daerah dan catur ke peringkat negeri. Bijak mengatur masa belajar dengan aktiviti kokurikulum juga antara rahsia kejayaan SPM yang telah membantunya mencapai keputusan cemerlang.

Bapanya, Marjaidi Hirwan Sinak, yang bekerja sebagai tukang kebun, sering berpesan supaya tidak meninggalkan solat manakala ibunya mengingatkan supaya tidak membandingkan diri dengan orang lain, menjadi antara dorongan kuat untuk berjaya. Marjaidi, 40, amat bersyukur dan gembira selepas menghadapi pelbagai cabaran sepanjang anaknya bersekolah.

“Dia memang rajin belajar sejak kecil lagi dan didedahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk aktif dalam sukan. Bantuan yang diterima menerusi biasiswa Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sebanyak RM700 ketika dia memasuki tingkatan lima sedikit sebanyak membantu membiayai perbelanjaan dan keperluan sekolah,” katanya.

Continue Reading

Trending