Kaedah Betul untuk membuang kesan lilin pada buah Anggur Atau Epal

Kaedah Betul untuk membuang kesan lilin pada buah Anggur Atau Epal

Buahan-buahan seperti anggur dan epal yang diimport dari luar negara biasanya disalut dengan lilin (wax) bagi memastikan buah-buahan tersebut kekal segar biarpun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh.

Wax berfungsi bagi menjadikan lapisan luar kulit buah-buahan kelihatan segar, licin dan baik serta melindungi buah dari serangan kulat yang boleh menyebabkan ia cepat busuk. Oleh itu anda harus mencuci buah-buahan yang dibeli dengan teliti bagi menghilangkan kesan wax tersebut.

Namun ada cara mudah yang dikongsi oleh saudari Azleen Azlinda yang boleh anda cuba. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

BAHAN-BAHAN:

  • Anggur
  • Tepung gandum secukupnya

CARA-CARA:

  • Masukkan anggur ke dalam bekas yang bersesuaian.
  • Taburkan tepung gandum dengan secukupnya. Gosok buah dengan perlahan-lahan bagi menanggalkan kesan wax.
  • Bilas dengan air bersih. Hasilnya buah anggur anda akan lebih bersih dan berkilat.
  • Mudahkan jom lepas ni kalau beli boleh buat macam ni jangan terus basuh makan je tau

Kredit Info & Foto: Azleen Azlinda via Masak Apa Hari Ni ( MAHN)

Artikal Popular

About majalahilmu 551 Articles
Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*