Connect with us

SEMASA

Jual Kucing Liar Afrika Menguntungkan, Boleh Mencecah Harga RM62,800 Seekor Di Pasaran GeIap

Avatar of kidin

Published

on

wegfawe

Jual Kucing Liar Afrika Menguntungkan, Boleh Mencecah Harga RM62,800 Seekor Di Pasaran GeIap

Anggaran bagi seekor kucing liar Afrika (Leptailurus serval) yang diseludup masuk ke negara ini. Harganya mampu menyamai sebuah kereta model baru di pasaran. Berdasarkan maklumat, seekor kucing liar boleh mencecah harga AS$15,000 atau (RM62,800) seekor di pasaran geIap.

Terbaru sepasukan anggota penguatkuasaan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bersama lima anggota Unit Perisikan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas (PGK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) melakukan risikan dan serbuan susulan maklumat berhubung pemiIikan haiwan liar dilindungi ini secara ha’ram.

Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, operasi itu adalah antara kerjasama membabitkan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) bagi membenteras aktiviti membabitkan je’nayah hidupan liar.

Beliau berkata, serbuan dilakukan terhadap sebuah kediaman mewah di Seri Kembangan pada jam 9.30 malam kelmarin.

“Hasil dari pemeriksaan dilakukan, pihak kami menemui tiga ekor kucing liar Afrika atau Serval Cat diletakkan di daIam sangkar.

“Turut ditemui dua ekor monyet spesies Blue Monkey yang dipercayai berasal dari benua Afrika. Haiwan Iiar itu turut ditempatkan di dalam sangkar kecil di kediaman berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, dua penghuni kediaman itu berusia 20-an dan 30-an ditahan untuk soal siasat awal.

“Pasangan itu gagaI menunjukkan lesen menyimpan semua hidupan liar dilindungi berkenaan.

“Susulan itu, semua hidupan liar itu dirampas dan dibawa ke Ibu Pejabat Perhilitan Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

“Laporan polis turut dibuat di Balai Polis Seri Kembangan dan kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716),” katanya.

Kadir berkata, siasatan akan dijalankan bagi mendapatkan maklumat bagaimanapun haiwan Iiar dilindungi itu dibawa masuk suspek ke negara ini.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius aktiviti menyimpan dan menjual hidupan Iiar dilindungi termasuk spesies kucing hutan tempatan atau nama saintifiknya Prionailurus Planiceps.

Sebelum ini, dua ekor kucing hutan spesies Flat Headed Cat bernilai sekitar RM50,000 berjaya dirampas Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuching di sebuah rumah daerah Bau, Sarawak.

133 penjen,ayah hidupan Iiar ditahan dalam OBK

Seramai 133 individu yang terbabit dengan jenayah hidupan liar diberkas sepanjang Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dilakukan sejak tahun lalu.

Semua mereka diberkas dan disiasat atas pelbagai kesalahan pemilikan, penyimpanan hidupan liar, pemburuan, penyeludupan, pemilikan sen,jata api, pencerobohan hutan dan lain-lain kesaIahan berkaitan.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, semua individu terbabit dituduh atas pelbagai kesaIahan mengikut akta perlembagaan negara terutamanya Akta 716, Akta Perhutanan Negara 1984, Akta Senjata Api 1960, Enakmen Perbadanan Taman Negara 1989, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sebagainya.

Beliau berkata, selain hidupan liar yang dirampas, OBK turut melakukan rampasan terhadap kenderaan, sen,jata api, peluru, jerat dan pelbagai barangan milik penjena,yah.

“Sehingga kini, pihak kami melakukan rampasan membabitkan nilai RM31.9 juta hasil OBK dilakukan.

“Sebanyak 59 khemah digunakan golongan penjenayah hidupan liar ini berjaya ditemui dan 303 jerat dimus,nahkan.

“Individu yang didakwa di mahkamah membabitkan 121 warga Malaysia, 5 (Kemboja), 4 Myanmar dan 3 individu masing-masing Indonesia, Pakistan dan Thailand,” katanya,

OBK adalah operasi penguatkuasaan di bawah Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (BP3) yang mula dilaksanakan sejak September 2019.

OBK adalah kerjasama antara Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ), Perbadanan Taman Negeri Perak dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sumber; Harian Metro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU