Connect with us

KESIHATAN

Jikalau sayang Buah pingang Anda,7 tips penjagaan berkesan.

Avatar of majalahilmu

Published

on

Jikalau sayang Buah pingang Anda7 tips penjagaan berkesan.

Jikalau sayang Buah pingang Anda,7 tips penjagaan berkesan.

Menjaga kesihatan buah pinggang seringkali dianggap remeh pabila kita tidak menyedari kepentingannya. Buah pinggang antara organ terpenting dalam badan kerana ia menapis kekotoran seperti toksin.

Mengapa Perlu Menjaga Kesihatan Buah Pinggang?

Toksin boleh menjadi bahaya di mana jika tidak dikeluarkan boleh memudaratkan kesihatan. Apabila toksin keluar melalui perkumuhan, maka seseorang itu dapat menjalani kehidupan dengan sihat untuk jangka masa yang lama.

Sebab itu, pentingnya kita menjaga kesihatan buah pinggang. 7 Cara Menjaga Kesihatan Buah Pinggang:

  • Elak Merokok

Asap rokok boleh menyebabkan buah pinggang rosak. Ia bukan saja memberi kesan kepada perokok tegar, tetapi juga kepada mereka yang sentiasa terdedah kepada asap rokok. Jadi, sayangilah diri anda dan cuba elakkan merokok di tempat awam.

  • Banyakkan Minum Jus Epal

Selain air masak, elok juga amalkan minum air jus epal segar yang kaya dengan vitamin C untuk membersihkan buah pinggang. Lagi bagus ‘blend’ sendiri kerana jika dibeli, kandungan gulanya pula tinggi.

  • Makan Buah Tembikai

Mengandungi banyak air, anda boleh juga amalkan makan buah tembikai untuk mencuci buah pinggang. Lebih banyak anda berkumuh, lebih banyak toksin akan keluar daripada badan.

  • Masukkan Ikan Dalam Menu Harian

Makan ikan yang tinggi kandungan Omega-3 seperti salmon, kembung dan sardin. Makanan ini mengandungi asid lemak yang baik untuk menjaga kesihatan buah pinggang.

  • Minum Air Kosong Dengan Banyak

Cecair yang banyak membantu membersihkan buah pinggang dengan efektif. Semua toksin yang terkumpul dalam badan akan dikeluarkan.Minum air dengan banyak iaitu lebih daripada lapan gelas sehari jika cuaca panas. Minum air juga membantu mengatasi masalah batu karang.

  • Jalani Hidup Yang Aktif

Selain mengawal makan, anda juga perlu selalu bersenam untuk mengelakkan obesiti yang boleh menjadi penyebab kepada pelbagai penyakit.Ini adalah kunci kepada pencegahan pelbagai penyakit!

Perlunya Menjaga Kesihatan Buah Pinggang Sejak Awal. Sementara ia masih berfungsi sepenuhnya, amalkan cara hidup yang sihat sedari awal. Sekali ia rosak, sudah tidak berguna lagi.

Bayangkan, kalau terpaksa melalui proses dialisis tentu menyeksakan. Bukan itu saja, malah memakan belanja ribuan ringgit untuk ‘menapis’ kekotoran dalam darah gara-gara buah pinggang gagal berfungsi.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : myinfomaya

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU