Connect with us

INFO

Jerung Megalodon Boleh Mencecah Saiz Antara 15 Hingga 20 Meter, Jerung Megalodon Ini Boleh Saja Mencecah Saiz Lebih Besar Jika Berada Di Perairan Yang Lebih Sejuk

Published

on

DGVHERIG

Jerung Megalodon Boleh Mencecah Saiz Antara 15 Hingga 20 Meter, Jerung Megalodon Ini Boleh Saja Mencecah Saiz Lebih Besar Jika Berada Di Perairan Yang Lebih Sejuk

Megalodon atau nama saintifiknya Otodus megalodon wujud di setiap perairan dunia antara 15 hingga 3.6 juta tahun lalu. Mengikut satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Historical Biology, jerung pra-sejarah megalodon. ia boleh mencecah saiz lebih besar jika berada di perairan yang lebih sejuk.

Komuniti saintifik hanya mengetahui tentang haiwan ini menerusi kajian gigi dan fosilnya. Jerung ini boleh mencecah saiz antara 15 hingga 20 meter – satu saiz yang cukup menggerunkan bagi mana-mana haiwan laut pra-sejarah.

Tetapi satu kajian lain mendedahkan semua saiz yang dicadangkan untuk megalodon bersifat spekulasi semata-mata. Ini termasuk imej megalodon dalam The Meg yang menampilkan Jason Statham sebagai protagonis filem tersebut. Dan ini ada kaitan dengan satu peraturan alam yang dikenali sebagai peraturan Bergmann.

Jadi, apa itu peraturan Bergmann? Peraturan Bergmann menerangkan haiwan yang bersaiz besar lebih suka berada di kawasan beriklim sejuk. Ini kerana dengan saiz badan yang besar, ia membantu mereka mengekalkan haba dengan lebih berkesan jika dibandingkan dengan haiwan yang bersaiz kecil. Peraturan ini diperkenalkan oleh ahli biologi Jerman, Max Bergmann pada pertengahan abad ke-19.

Jika teori ini terbukti, ini bermakna megalodon gergasi berkemungkinan hanya berlegar sekitar perairan sejuk seperti Antartika, Artik dan Greenland. Sementara megalodon yang lebih kecil berkeliaran di kawasan perairan yang lebih panas termasuk yang berhampiran dengan garisan Khatulistiwa.

Sebelum ini, penemuan gigi-gigi megalodon yang lebih kecil di beberapa tapak arkeologi menunjukkan ia merupakan kawasan untuk anak-anak jerung tersebut. Tetapi dengan kajian baru ini, saintis mengakui wujud kemungkinan ia milik megalodon dewasa yang bersaiz kecil.

Kajian yang diketuai Profesor Kenshi Shimada ini bukan sekadar membuka lebih banyak kemungkinan tentang megalodon. Tetapi ia juga ibarat cerminan masa depan jerung hari ini termasuk bagaimana ia beradaptasi dengan suhu laut yang semakin panas. Dengan perubahan iklim melanda dunia ketika ini, ia dijangka mengubah banyak aspek termasuk habitat haiwan pemangsa unggul di lautan.

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.