Connect with us

Jawatan Kosong

Jawatan Kosong Bomba & Penyelamat 2023 (SPA) – Seluruh Malaysia

Avatar of Admin NP

Published

on

Jawatan Kosong Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (SPA) - Pengambilan Seluruh Malaysia

Jawatan Kosong Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (SPA) – Pengambilan Seluruh Malaysia

Sukacita dimaklumkan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (Semenanjung, Sabah Dan Sarawak) mempelawa mana-mana individu yang berkelayakan untuk memohon jawatan-jawatan kosong yang ditawarkan. 

Jawatan Kosong Bomba & Penyelamat 2023 (SPA) - Seluruh Malaysia

BACA JUGA: Pengambilan secara besar-besaran jawatan kosong sektor kerajaan 2023

Maklumat Jawatan Kosong Bomba & Penyelamat

Jawatan : Pegawai Bomba Gred KB19

Kekosongan : 209 (Semenanjung = 179, Sabah = 17 Dan Sarawak = 13)

Ringkasan tugas: Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja operasi pemadaman dan penyelamatan, penyelenggaraan harian dan pemanduan jentera bomba serta melaksanakan kerja-kerja pengawasan di bilik kawalan dan pemeriksaan premis.

TARIKH TUTUP: 3 Ogos 2023 (Khamis), jam 11.59 malam

Jawatan Kosong Bomba & Penyelamat

Syarat Kelayakan 

Pastikan anda membaca dengan teliti syarat kelayakan yang ditetapkan sebelum memohon. Rujuk syarat kelayakan yang ditetapkan dibawah.

1. Syarat Lantikan Wajib

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

2. Syarat Lantikan

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KB19 :

  1. Kelayakan Masuk: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  2. Bidang/Kelayakan Khusus: Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  3. Gaji Permulaan: KB19: RM1,360.00

 ATAU

  1. Kelayakan Masuk: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
  2. Bidang/Kelayakan Khusus: Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  3. Gaji Permulaan: KB19: RM1,418.12

 ATAU

  1. Kelayakan Masuk: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
  2. Bidang/Kelayakan Khusus: Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  3. Gaji Permulaan: KB19: RM1,476.24

 ATAU

  1. Kelayakan Masuk: Bekas Tentera
  2. Bidang/Kelayakan Khusus: Bekas anggota tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Prebet yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aero Fireman Driver Class I dan telah menamatkan perkhidmatan dengan baik serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan. Calon hendaklah juga memenuhi syarat lantikan tambahan yang ditetapkan.
  3. Gaji Permulaan: –

DAN

Syarat Lantikan Tambahan – Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

  1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  2. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  4. mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  5. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar;
  8. lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Syarat Bahasa Melayu: Kepujian di peringkat SPM/SVM  

Cara Memohon

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di pautan berikut: https://spa9.spa.gov.my/login 

Maklumat Lanjut

Sila rujuk laman web rasmi SPA untuk maklumat lanjut, atau muat turun PDF berikut: https://imej.spa.gov.my/dev/pdf/iklan2023/IKLAN_SPA9_PK_JBPM_PegawaiBombaGredKB19.pdf 

Atau, rujuk:

https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/klasifikasi/perbekalanskim.asp?id_skim=3LK08 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.