SEMASA
Itali sedia menawarkan sebanyak $33,000 (RM138,000) buat sesiapa sahaja yang sudi Menjadi Penduduk Kampung Ini

Itali sedia menawarkan sebanyak $33,000 (RM138,000) buat sesiapa sahaja yang sudi Menjadi Penduduk Kampung Ini
sebuah perkampungan di Calabria, Itali sedia menawarkan sebanyak $33,000 (RM138,000) buat sesiapa sahaja yang sudi menetap di kampung berkenaan.
Difahamkan penawaran tersebut dibuat berikutan kekurangan penduduk yang sudi menetap di kampung berkenaan sejak beberapa tahun lalu. Sebagai rekod, hanya terdapat sekitar 2,000 penduduk yang berada di kampung tersebut ketika ini.
Syarat menetap di perkampungan Calabria
Menerusi inisiatif yang dijalankan, pihak mereka telah meletakkan beberapa syarat sebelum menawarkan jumlah wang yang lumayan buat penduduk yang sudi menetap di kampung berkenaan.
Syarat utama yang ditetapkan kepada orang ramai adalah individu yang sudi menetap di kampung berkenaan mestilah berusia tidak melebihi 40 tahun. Individu tersebut juga perlu membukan perniagaan kecil sama membuka perniagaan baharu atau mengambil alih perniagaan sedia ada.
Mereka yang berjaya diterima untuk menetap di Calabria berada di kampung berkenaan 90 hari selepas menerima tawaran berkenaan. Menariknya, orang ramai berpeluang memilih untuk berada di kawasan berhampiran laut dan gunung atau kedua-duanya sekali.
Menawarkan bayaran secara bulanan atau one-off
Mereka yang memilih untuk berada di kampung berkenaan dimaklumkan berpeluang memilih untuk menerima wang bulanan antara €800 hingga €1,000 iaitu sekitar RM3,800 hingga RM4,900 bagi tempoh dua hingga tiga tahun.
Selain itu, penawaran wang secara one-off turut ditawarkan khusus buat mereka yang mahu membangunkan kawasan tersebut dengan membukan restoran, ladang atau kedai.
Menurut kaunselor negeri, Gianluca Gallo kepada CNN, tawaran dibuat sebagai usaha untuk menarik minat orang ramai untuk menetap di kawasan tersebut sekaligus menaikkan lagi nama kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, penawaran internet berkelajuan tinggi antara yang tidak ditawarkan di kawasan ini.
Tawaran yang dibuat pastinya menambat hati mereka yang mahu mencuba sesuatu yang baharu dalam hidup sambil memperoleh wang di tempat yang indah ini.
Sumber: CNN
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.