SEMASA
INI PUNCA HARGA AYAM NAIK SEKARANG

INI PUNCA HARGA AYAM NAIK SEKARANG
Dah 16 tahun terjebak dalam bidang ternakan ayam daging sejak 2005. Apa yang berlaku sekarang, harga ayam melonjak naik dan belum ada tanda-tanda nak turun. Ia akan ambil masa untuk turun.
Ini Punca Harga Ayam Naik :
i. Kenaikan harga bahan mentah untuk buat dedak seperti jagung dan lain lain. Bila dedak naik harga, ayam pun automatik akan naik harga.
Ini faktor luaran yang diluar kawalan kita. Jadi saya tak berminat nak hurai panjang.
ii. Harga ayam memang ditentukan antara “Demand Vs Supply”.
Jika demand tinggi, harga akan naik. Confirm.
Jika supply tinggi, harga akan turun. Confirm.
Di Malaysia, jumlah ayam yang diternak adalah sekitar 60 juta ekor. Sehari, keperluan di Malaysia adalah sekitar 2 juta. Di tambah lagi dengan ayam Malaysia yang dieksport ke Singapura, Brunei dan lain lain negara.
Sebenarnya, ayam di Malaysia tidak mencukupi kalau dalam keadaan normal.
Kalau perasan, harga ayam menjunam teruk selepas kerajaan umumkan PKP 3.0 bermula 1 Jun 2021.
Kesannya, banyak aktiviti terkesan. Tiada jamuan, tiada kenduri, tiada makan luar, tiada pelajar di asrama, tiada pelajar di universiti.
Jadi, secara tak langsung, permintaan ayam waktu ni turun mendadak.
Harga ayam JAHANAM !!!!
Player ayam tiada pilihan. Mereka kena kurangkan kemasukan anak ayam bermula June.
Kiranya, kalau ayam dikurangkan kemasukan. Harga akan naik kembali selepas 40 hari. (1 Cycle Ayam) Padahal, waktu tu. Anak anak ayam semua dah pun ditetas. Dah pun dieram dalam mesin di Hatchery.
So, apa jadi dengan anak anak ayam ni? Cuba teka. Saya malas nak cakap. Nanti orang marah saya.
Pihak kerajaan tahu. Tapi mereka buat buat tak tahu. Mereka langsung tak ambil tindakan terhadap “Kehilangan” anak anak ayam ini.
Bila ayam mula dikurangkan secara drastik pada June 2021, makanya kesannya mula terasa pada hujung Julai 2021.
Harga ayam naik naik naik dan terus naik. Big player mula gembira sebab harga ayam naik tinggi dan mereka untung tinggi balik.
Pihak kerajaan buat apa waktu ni? Mereka mula “marah” peniaga di pasar jual ayam mahal mahal.
Padahal, peniaga di pasar tu untung berapa je. Yang makan besar adalah “Big Player” atau orang tengah. Mereka dah supply ayam harga tinggi kepada peniaga di pasar, then kerajaan “expect” peniaga ni jual ayam murah.
STUPID !!!!
Terus terang saya katakan, peniaga di pasar kebanyakkannya orang Melayu. Mereka sangat sangat tersepit. Margin untung mereka sangat tipis. Dan ada yang rugi waktu ni.
Tapi mereka kena terus berniaga sebab kalau mereka berhenti nanti mereka akan kehilangan customer.
Yang untung siapa? Big Player. Big Player ni siapa? Anda tahu sendirilah.
iii. Awal Oktober, kes Covid mula menurun. Dah nampak tanda tanda ekonomi akan berkembang kembali.
Orang akan balik kampung, kawasan pelancongan mula di buka, restoran dah boleh beroperasi macam biasa.
Then apa yang jadi?
Demand ayam naik mencanak gila gila dalam seminggu dua ni.
Kesannya, ramai peniaga peniaga kecil “menggelupur”.
Sebelum ni, mereka beli ayam dari A, dari B, dari C, dari D. Mana yang murah mereka beli.
Bila ayam tak cukup, A,B, C, D hanya beri ayam kepada mereka yang “KONSISTEN” beli dengan mereka saja. Yang lompat lompat beli, mereka tak bagi.
Sejak awal bulan ni, ramai gila peniaga ayam PM saya nak beli ayam direct dari saya.
Which is tak boleh la, sebab saya buat kontrak. Memang kena jual kepada integrator yang kita dah kontrak.
Sekarang ni, ekonomi makin ok. Permintaan ayam semakin tinggi.
Harga pun naik.
Jadi, begitulah yang berlaku dalam situasi bisnes ayam di Malaysia.
Benda macam ni dah berlarutan sejak berpuluh tahun yang lalu.
Kerajaan “TIADA KUASA” nak tentukan harga ayam sebabnya kerajaan “TIDAK BERTINDAK” dari awal.
Pada saya, ini tindakan yang perlu KERAJAAN LAKUKAN :
a. Permudahkan urusan untuk pembinaan reban ayam baru. Sekarang ni, nak buat reban ayam. Bapak susah. Banyak prosedur yang perlu dilalui.
Jadi ramai orang yang minat nak ternak ayam, untuk bantu memastikan bekalan ayam mencukupi di Malaysia tidak mendapat sokongan padu dari kerajaan.
Pihak kerajaan semakin menyusahkan. Bukan dimudahkan.
Kesannya, pembinaan reban ayam baru berkurang sejak tahun 2018.
Pada masa sama, banyak reban reban uzur yang terpaksa dirobohkan.
Ayam semakin berkurang, tapi bila penternak nak buat reban ayam baru. Kerajaan SUSAHKAN !!!!
Memang betul, apa yang kerajaan buat sekarang iaitu susahkan kelulusan untuk menjaga pencemaran lalat dan bau. Itu saya ok.
Tapi, jangan disusahkan yang melampau lampau. Boleh tanya penternak ayam sekarang betul tak apa saya cakapkan ni.
b. Kerajaan perlu mengawal bahan mentah yang diimport seperti jagung, gandum dan soya yang digunakan untuk buat dedak.
Bila dedak ayam naik, tak ada cara nak turunkan harga ayam. Harga ayam akan naik sekali.
Caranya, mungkin kerajaan mula fikir cara nak tanam jagung di Malaysia secara skala besar, Atau, boleh juga kerajaan kurangkan cukai import bahan mentah berunsur makanan.
c. Kerajaan perlu kawal Hatchery anak ayam. Mereka ni ada jumlah minimum dan maksimum yang mereka boleh hasilkan anak ayam.
Kerajaan perlu pantau. Dan ambil tindakan jika mereka “MENGHILANGKAN ANAK AYAM” yang tidak berdosa.
Jika anak ayam ini “dihilangkan” dalam skala yang besar. Harga ayam akan naik dalam tempoh 40 hari.
Saya tak pasti apa yang pihak kerajaan buat untuk pantau situasi ini.
d. Kerajaan perlu buat limit harga ladang ayam. Ini saya tengok Big Player macam suka suki naikkan harga bila ayam kurang.
Bila harga ayam di ladang dah naik, macam mana nak turunkan balik semasa di pasar. Memang tak la kan.
e. Ayam ni pun adakalanya harga akan turun sehingga Big Player ni rugi.
Big Player ni, kalau mereka rugi lama. Mereka akan “mengamuk” lama. Bila mereka “mengamuk”, harga ayam akan naik tak turun turun untuk jangka masa yang lama.
Jadi, semasa harga ayam turun. Pihak kerajaan boleh bantu dengan buat promosi di media sosial untuk meningkatkan pembelian ayam.
Ini masa ayam jatuh harga, kerajaan ambil kredit cakap berjaya stabilkan harga ayam.
Tak usaha pulak untuk bantu Big Player yang rugi masa ni.
f. Idea yang seterusnya macam idea besar sikitlah. Pihak kerajaan melalui institusi GLC besar seperti PNB, Tabung Haji atau yang besar besar boleh melabur dalam industri ayam berskala besar.
Ala, kalau kerajaan nak bagi duit “geran” macam Kak Jat dapat dulu untuk buat lembu pun boleh aih.
Kak Jat dulu dapat RM250 juta wei. Lembu entah ke mana. Projek failed terus.
Kalau kerajaan / badan GLC boleh invest dalam industri ini. Jadi salah seorang Big Player.
Mereka akan ada “Kuasa” untuk tentukan harga ayam. Mereka ada anak ayam sendiri, kilang dedak sendiri, dan boleh buat sistem integrator sendiri untuk cari penternak. Dan saya pasti, banyak penternak Melayu yang berminat nak join dan sokong usaha GLC / Kerajaan ini.
Kalau boleh invest sekitar RM300 juta. Boleh tambah kapasiti 10 juta ekor ayam dalam pasaran tempatan, Atau pun, GLC tak perlu invest sebesar ni. Cukup mereka jadi “BIG PLAYER” jadi integrator.
Mereka akan ada kuasa untuk “KAWAL” jutaan anak ayam. Dan mereka juga ada final say untuk harga ayam.
Mereka boleh jadi integrator. Boleh buat kilang anak ayam sendiri, buat kilang dedak sendiri, buat kilang proses ayam sendiri.
Ayam pula, buat kontrak farming dengan penternak seluruh Malaysia. Kalau GLC / Kerajaan boleh buat ni pun. Rasanya BIG PLAYER ayam akan goyang.
Waktu tu, GLC akan berkuasa untuk tentukan harga ayam agar ia lebih stabil di pasaran dan bantu rakyat Malaysia menikmati ayam pada harga berpatutan.
Percayalah, dari segi kepakaran. Ramai aja mereka yang bekerja dengan BIG PLAYER ni sudi untuk bekerja dengan GLC yang terlibat jika usaha ini dimulakan.
TAPI !!!!!
Sayangnya, kerajaan ambil jalan mudah. Mereka nak suruh BIG PLAYER turunkan harga ayam, mereka ugut dengan nak buka AP IMPORT Ayam dari luar negara.
Hmm. Bab AP ni, tok sah sembang lah. Kalau KRONI yang dapat AP tu jual AP sekor ayam 10 sen pun. Dah kaya KRONI tu.
Dan percayalah, jika AP ni semakin ditambah. Makin ramai penternak Melayu yang kecil kecil akan “Meninggal”.
Bila ini berlaku, tinggallah BIG BIG PLAYER yang akan terus hidup.
Dan selepas itu. BIG PLAYER akan terus “BERKUASA” dan ada FINAL SAY untuk menentukan harga ayam.
Masalah ini bukan masalah baru. Ini masalah dari dulu.
Tak ada pihak / kerajaan / yang cuba nak baiki keadaan ini. Tak kisahlah, BN ka, PH ka, PN ka. Sama ja.
Semua ugut nak tambah AP. Itu ja yang mereka mampu fikirkan.
Posting saya ini sedikit panjang, semoga ia membuka mata kita semua dan menjawab persoalan.
SEMASA
Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan
ALOR PONGSU – Isu remaja pecah tabung masjid kembali menjadi perhatian apabila satu rakaman CCTV tular di media sosial, memaparkan tindakan beberapa individu dipercayai cuba mengambil wang daripada tabung masjid.
Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah masjid sekitar Alor Pongsu itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutamanya apabila ia melibatkan tempat ibadah umat Islam.
Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang remaja menghampiri tabung sebelum bertindak dalam keadaan mencurigakan. Video itu kemudian tersebar luas dan menjadi antara video viral masjid Malaysia yang hangat diperkatakan.
Netizen Luah Kecewa Isu Tabung Masjid Dicuri
Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian yang disifatkan sebagai tidak menghormati kesucian masjid.
Ada yang menyifatkan tindakan ini sebagai satu bentuk kes remaja curi duit masjid yang semakin membimbangkan, malah ada juga yang mengaitkannya dengan kemerosotan nilai dalam kalangan generasi muda.
“Masjid sepatutnya jadi tempat paling selamat, bukan sasaran jenayah,” tulis seorang pengguna.
Isu Sosial Remaja Malaysia Kembali Dipersoal
Kejadian ini sekali lagi membuka perbincangan tentang isu sosial remaja Malaysia, termasuk peranan keluarga, pendidikan dan masyarakat dalam membentuk sahsiah generasi muda.
Walaupun ada yang menuntut tindakan tegas, terdapat juga pandangan yang mencadangkan pendekatan mendidik dan membimbing agar remaja tidak terus tersasar.
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kes remaja pecah tabung masjid tersebut.
Video penuh remaja pecah tabung masjid :
SEMASA
“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam, petang tadi.
Kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika hujan lebat melanda kawasan tersebut.
Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.47 malam.
Susulan itu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 8.13 malam dan segera memulakan operasi mencari dan menyelamat.
“Laporan daripada orang awam mengatakan mangsa jatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat.
“Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.
Perkongsian kejadian ini mengundang rasa risau dan simpati dalam kalangan netizen yang turut mendoakan agar mangsa segera ditemui.
Baca lagi : Kanak-Kanak 4 Tahun Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik Di Manjoi – Majalah Ilmu
Ramai juga mengingatkan tentang bahaya arus deras ketika hujan lebat, terutama di kawasan longkang dan parit yang boleh menjadi sangat berbahaya dalam sekelip mata.
Operasi mencari dan menyelamat Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas masih diteruskan oleh pihak bomba.
Semoga mangsa Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas ditemui segera dan segala urusan dipermudahkan.
SEMASA
“Penonton Selalu Terhibur Dengan Kerenah Atok,Pemergian Ayah Famy Ismail Buat Ramai Sebak”

Pempengaruh TikTok, famy.ismail, sebelum ini sering mencuri perhatian ramai menerusi perkongsiannya menjaga ayah tercinta yang sedang sakit strok.
Melalui video-video yang dimuat naik, ramai penonton mengikuti perjalanan hidup mereka sekeluarga, termasuk rutin harian, rawatan, suasana di hospital dan gelagat ayahnya yang sering memarahi atau berleter kepada Famy.
Walaupun sering dimarahi, Famy tetap sabar melayan kerenah ayahnya. Malah, hubungan mereka membuatkan ramai tersenyum kerana di sebalik kemarahan itu, jelas kelihatan kasih sayang seorang ayah terhadap anak.
Gelagat ayahnya yang kadangkala tegas, lucu dan bersahaja membuatkan ramai penonton terhibur. Ada yang menganggap atok itu seperti ayah atau datuk mereka sendiri kerana sikapnya yang begitu dekat dengan kehidupan ramai orang.
Moto yang sering dikongsikan Famy iaitu “Cipta lah kenangan selagi ianya masih ada” kini menjadi lebih menyentuh hati selepas berita pemergian ayahnya mula tersebar.
Ramai pengikut mengakui mereka terkejut apabila melihat perkongsian ucapan Al-Fatihah dan berita mengenai pemergian ayah Famy.
Ada yang mengatakan mereka baru sahaja melihat video-video ayahnya beberapa hari lalu, malah ada juga yang mengakui masih teringat wajah dan suara ayahnya yang sering muncul dalam kandungan TikTok Famy.
Ruangan komen turut dibanjiri ucapan takziah dan doa daripada orang ramai.
“Terkejut buka Facebook tadi, Al-Fatihah atok.”
“Atok online kami. Semoga tenang di sana, salam takziah kepada keluarga.”
“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan Al-Fatihah… xde dah orang nak hiburkan kami.”
Perkongsian itu membuatkan ramai sedar bahawa setiap momen bersama ibu bapa adalah sangat berharga.
Apa yang dilakukan Famy sepanjang menjaga ayahnya bukan sekadar menghasilkan kandungan di media sosial, tetapi menjadi bukti kasih sayang seorang anak yang sanggup menjaga orang tuanya hingga ke akhir hayat.
Kini, segala gelak tawa, bebelan dan kemarahan kecil ayahnya hanya tinggal kenangan.
Namun kenangan itulah yang akan terus hidup dalam hati keluarga dan para pengikut yang pernah mengikuti perjalanan mereka selama ini.
Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Video :
@famy.ismail Ayah udah laaa! Ayah udah laaaa! Simple ! 😩 #CiptaKenangan #foryourpage #AtokOnline #fypシ゚ #fyp ♬ suara asli – Virgiant 🪬
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah











