Connect with us

INFO

Imej Permukaan Planet Zuhrah Berjaya Dirakam Oleh NASA Dari Angkasa Lepas Buat Pertama Kalinya (video)

Avatar of kidin

Published

on

kfjdghawru

Imej Permukaan Planet Zuhrah Berjaya Dirakam Oleh NASA Dari Angkasa Lepas Buat Pertama Kalinya (video)

buat pertama kalinya Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan NASA memaklumkan bahawa mereka telah berjaya merakam imej permukaan planet Zuhrah (Venus). Kejayaan rakaman imej hebat itu dibuat menerusi satelit NASA Parker Solar Probe yang membuat pemerhatian ke atas planet itu dari angkasa lepas.

NASA menyatakan, kejayaan rakaman imej permukaan Zuhrah ini sebagai sesuatu yang menakjubkan kerana mereka berjaya mendedahkannya disebalik atmosferanya yang tebal menutupi planet tersebut.

Brian Woody, ahli fizik di Makmal Penyelidikan Naval, Washington, D.C. menjelaskan, suhu permukaan Zuhrah walau di sebelah malamnya adalah dianggarkan sekitar 860 darjah selsius.

“Ia begitu panas sehinggakan permukaan berbatu Zuhrah kelihatan bercahaya seperti ia baru selepas ditempa” Brian Woody.

Jadi, bagi membolehkan mata kasar manusia melihat imej permukaan Zuhrah, satelit NASA Parker Solar Probe mengimbasnya dengan menggunakan teknologi Wide-Field Imager (WISPR) dalam bentuk gelombang cahaya.

NASA menerangkan cara mereka merakam imej permukaan Zuhrah di dalam saluran akaun YouTube mereka.

Berikut dikongsikan sedikit fakta-fakta menarik tentang planet Zuhrah:-

– Planet Zuhrah (Venus) juga dikenali dengan nama “Bintang Kejora” oleh masyarakat Nusantara

– Merupakan planet kedua terdekat dengan Matahari selepas planet Utarid (Mercury)

– Planet yang paling dekat dengan Bumi.

– Jarak purata Zuhrah dengan Matahari pula adalah 108.2 juta kilometer

– Zuhrah dianggap “kembar” kepada Bumi kerana saiz dan strukturnya yang hampir sama dengan Bumi

– Zuhrah berputar sangat perlahan pada paksinya, iaitu satu hari di Zuhrah mengambil masa selama 243 hari Bumi.

– Satu tahun di Zuhrah hanya mengambil masa kira-kira 225 hari di Bumi.

– Planet yang paling panas dalam Sistem Suria.

– Berbeza dengan Bumi, Matahari di Zuhrah akan terbit dari arah barat dan terbenam di arah timur.

Sumber: NASA, Inverse, MySa

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.