INFO
Ilmu Buat Pinjaman Bank Untuk Orang Yang Bekerja Sendiri. Insyallah Jamin Lulus.

Ilmu Buat Pinjaman Bank Untuk Orang Yang Bekerja Sendiri. Insyallah Jamin Lulus.
Tingkatkan peluang anda mendapat Pinjaman Perumahan dan kenderaan. Kegagalan mendapatkan pinjaman perumahan daripada satu bank akan merugikan masa anda selama 3-6 bulan untuk memohon pinjaman berikutnya.
Pihak bank lagi suka berurusan dengan orang yang bekerja bawah orang, sebab mereka lebih terjamin.
Tiap-tiap bulan, pasti dapat gaji, Tak kisahlah bagaimana prestasi kerja anda, tetapi apa yang pasti hujung bulan pasti dapat gaji.
Dengan gaji bulanan itu, pihak bank “confirm” dapat bayaran ansuran bulanan daripada peminjam. Ini sebab utama mereka lebih utamakan golangan ini buat pinjaman.
Hakikatnya, bank cuma mahu buat untung melalui pinjaman yang kita buat. Tak usah rasa bank baik hati nak tolong korang dengan ikhlas.
Cuma, kita tak boleh elakkan diri 100% dari berurusan dengan bank untuk urusan pinjaman. Jalan terbaik adalah belajar bagaimana gunakan bank untuk manfaat kita.
Tip ini akan buat bank senang hati luluskan pinjaman anda.
Tuan Abdul Rahim Mohd Sabri berkongsi tips dapatkan pinjaman untuk mereka yang bekerja sendiri, atau kerja sambilan tapi tak ada rekod duit keluar masuk.
Dokumen biasa yang pihak bank akan minta sebelum buat pinjaman.
Ada 3 jenis dokumen yang pihak bank perlu dapatkan daripada kita:
- Slip gaji.
- Penyata KWSP, atau penyata cukai.
- Salinan kad pengenalan.
Kat sini, korang boleh nampak kekurangan orang yang kerja sendiri, kerja sambilan, atau yang buat bisnes online. Golongan ini tak ada dokumen no.1 dan no.2.
Kalau tak ada dua dokumen penting ini, macamana nak buat pinjaman bank?
Itu sebab korang nak belajar dan baca sampai sini kan?
Korang boleh ikut panduan mudah dibawah ini dengan hati yang tenang:
- Daftar bisnes korang di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Selesai? Buat cop syarikat selepas itu.
- Buka akaun semasa untuk syarikat korang (saranan Tuan Abdul Rahim Mohd Sabri, buat melalui Maybank paling senang).
- Tetapkan gaji yang korang inginkan (ikut kemampuan syarikat masing-masing).
- Daftar syarikat korang di KWSP.
- Kemudian, carum diri sendiri sebagai pencarum syarikat.
- Setiap bulan, korang bayar caruman di KWSP. Untuk gaji bawah RM5000, potongan adalah sebanyak 13% dari majikan, 11% dari pekerja.
- Cetak slip gaji anda setiap bulan. Templet slip gaji ada berlambak di Internet. Untuk ini, pakcik Google boleh tolong.
- Lepas ini, lebih senang nak buat loan rumah dan kereta.
- Lepas guna tip ini, korang boleh buat loan macam orang yang kerja bawah orang. Korang dah ada kelebihan yang dahulunya tak ada. (Sumber : Gilahartanah)
Majalah ilmu : Kesimpulannya, Selagi tak perlu buat loan, lebih baik elakkan. Hati-hati daripada jebakkan diri korang untuk buat loan untuk Honda model terbaru. Semata-mata nak tunjuk jiran sebelah. Kalau buat juga, sendiri mahu ingat. Biar orang nampak kita kelihatan biasa-biasa sahaja tapi hidup kita aman bebas hutang. Insyallah admin majalah ilmu doakan supaya para pembaca di murahkan rezeki, Aamiin..
Jangan lupa komen like dan share artikal kami. Sekian terima kasih.
INFO
Tragedi KKEC UiTM Jengka: Seorang Pelajar Meninggal Dunia, 8 Tidak Sedarkan Diri

INFO
Kanak-Kanak 2 Tahun Berlumuran Darah Digigit 5 Anjing Liar Di Batu Pahat

Kanak-Kanak 2 Tahun Berlumuran Darah Digigit 5 Anjing Liar Di Batu Pahat
Tragedi menyayat hati menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, Nur Hairah Watikah Mohammad Hamizi, selepas ditemui berlumuran darah akibat diserang lima ekor anjing liar.
Kejadian yang amat membimbangkan itu dipercayai berlaku di Kampung Tambak, Peserai, Batu Pahat. Menurut sumber, mangsa ditinggalkan sementara di bawah jagaan neneknya kerana ibu bapa kanak-kanak tersebut mempunyai urusan kerja di Johor Bahru.
Sungguh tidak disangka, dugaan berat melanda keluarga ini apabila kanak-kanak sekecil itu terdedah kepada ancaman kawan anjing liar.
Insiden ini menjadi peringatan mendalam buat kita semua tentang bahaya haiwan liar yang berkeliaran di kawasan kediaman.
LANGKAH KECEMASAN JIKA DIGIGIT ANJING LIAR
Sekiranya berdepan situasi digigit atau diserang anjing, tindakan pantas amat penting untuk mengelakkan risiko jangkitan serius atau rabies:
- Cuci Luka Segera: Basuh kawasan gigitan menggunakan air mengalir dan sabun selama sekurang-kurangnya 15 minit.
- Kawal Pendarahan: Tekan bahagian luka dengan kain bersih untuk menghentikan pendarahan.
- Dapatkan Rawatan Segera: Bawa mangsa terus ke hospital atau klinik terdekat bagi mendapatkan suntikan rawatan tetanus, vaksin rabies, dan rawatan pembersihan luka secara profesional.
PERANAN KOMUNITI DAN KESELAMATAN
- Pastikan Pintu Pagar Sentiasa Ditutup: Awasi pergerakan anak-anak kecil dan pastikan persekitaran rumah selamat.
- Laporkan Anjing LiarBerkeliaran: Hubungi pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan kawalan anjing liar di kawasan perumahan.
- Didik Langkah Keselamatan: Ingatkan ahli keluarga agar tidak mendekati, mengusik, atau berlari secara mendadak apabila ternampak kumpulan anjing liar.
Sama-sama kita mendoakan agar adik Nur Hairah Watikah diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan rawatan. Semoga keluarga beliau diberikan ketabahan hadapi ujian ini.
Kredit: Portal Buletin TV3 via kisah dunia
INFO
Misteri Parcel Berbau Busuk: Jiran Minta Tolong Angkat, Rupanya Berisi Mayat Wanita Dibalut Rapi

Misteri Parcel Berbau Busuk: Jiran Minta Tolong Angkat, Rupanya Berisi Mayat Wanita Dibalut Rapi
Pengalaman diminta membantu jiran pada awal pagi bertukar menjadi detik paling mengerikan apabila sebuah parcel yang kelihatan biasa rupa-rupanya menyembunyikan rahsia satu kes pembunuhan kejam.
Kejadian yang gempar ini bermula apabila seorang jiran mengetuk pintu rumah untuk meminta bantuan memindahkan sebuah parcel yang panjang dan sangat berat. Pembungkusannya kelihatan agak mencurigakan kerana dibalut rahim dengan pita pelekat (sellotape) berlapis-lapis.
Bila ditanya mengenai isi kandungan parcel berkenaan, jiran tersebut hanya menjawab dengan tenang bahawa ia hanyalah besi dan pakaian-pakaian lama.
Tangan Terkeluar Dari Kotak
Satu lagi pendedahan daripada pemandu yang diminta menghantar barang tersebut menyatakan bahawa dia sudah terhidu bau busuk yang amat menyengat sepanjang perjalanan. Kerana rasa takut dan ragu-ragu untuk membukanya sendiri, pemandu berkenaan bertindak meninggalkan parcel tersebut di tepi jalan.
Namun, misteri itu akhirnya terbongkar sepenuhnya apabila tangan mangsa tiba-tiba terkeluar dari kotak berkenaan. Identiti mayat wanita yang sudah membusuk itu kemudiannya disahkan sebagai Siti Maimunah, berumur 41 tahun.
Suspek Berjaya Ditangkap Dalam Masa 6 Jam
Bertindak atas maklumat dan penemuan ngeri itu, pihak polis segera menjalankan siasatan secara pantas. Hasil kecekapan pasukan keselamatan, suspek utama kes pembunuhan ini berjaya ditangkap hanya dalam tempoh 6 jam selepas mayat mangsa ditemui.
Kejadian ini menjadi peringatan keras kepada masyarakat agar sentiasa berwaspada dengan persekitaran dan tidak mudah terpedaya dengan permintaan bantuan yang mencurigakan.
Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga mangsa. Semoga proses keadilan untuk mendiang dapat ditegakkan dengan seadil-adilnya.
Kredit Infomasi: Portal Liputan6 & Detik News via kisah dunia
Keluarga7 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA7 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA7 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah



