KESIHATAN
Ilmu Berharga Untuk Wanita,Jangan Makan 4 Makanan Ini Kalau Tak Nak Kulit Berkedut

Ilmu Berharga Untuk Wanita,Jangan Makan 4 Makanan Ini Kalau Tak Nak Kulit Berkedut
Dah Bermacam-macam jenama produk kecantikan dicubanya, lumrah wanita kalau sehari tak belek kulit berkedut di depan cermin. Setiap wanita pasti mahukan kulit yang cantik dan tampak awet muda. Kalau boleh nak kulit mulus macam baby. Tapi ramai wanita yang lakukan kesilapan dengan mengambil makanan yang cepatkan penuaan.
Saya sendiri pun tidak menyedari kesilapan ini sehinggalah terbaca fakta yang dikongsikan dalam web di luar negara. Makanan berkhasiat membekalkan nutrien yang diperlukan tubuh, ia membantu kita sihat dan sangat bermanfaat merawat kecantikan.
Namun terdapat juga makanan yang tidak baik diambil secara berlebihan. Bukan sahaja bahaya untuk kesihatan malah ia juga mempercepatkan proses penuaan. Jom kenali empat jenis makanan tersebut.
Makanan Pedas
Tidak dinafikan makanan pedas dan berempah dikatakan baik untuk meningkatkan metabolisme tubuh namun ia memberi kesan negatif kepada kulit. Makanan pedas boleh mengembangkan salur darah terutama bagi yang mengalami menopaus. Kapilari ini menyebabkan kulit kelihatan kusam, lesu dan tua.
Gula Berlebihan.
Tahukah anda gula boleh menambahkan laluan insulin yang memberi kesan kepada salur darah seterusnya mempercepatkan proses penuaan. Perkara ini diakui oleh Pakar Kulit, Doris J.Day. Pengambilan gula tanpa kawalan juga menyebabkan penya kit merbahaya seperti kencing manis dan boleh menyebabkan kegemukan atau obesity.
Elakkan makanan yang manis terutama minuman bergas dan pencuci mulut seperti ais krim serta kek. Gantikan dengan snek sihat seperti buah-buahan. Jika kita kurangkan pengambilan gula, kulit akan menjadi lebih segar dan berseri. Amalkan dalam masa seminggu, anda dapat melihat hasilnya.
Kopi
Pengambilan kopi dikatakan dapat memberi kesegaran pada mata dan menjadi terapi untuk sesetengah orang. Tetapi faktanya, pengambilan kopi yang keterlaluan akan menyebabkan gigi menjadi kuning. Selain itu, kopi juga mengeringkan tubuh.
Akibatnya kulit mudah menjadi kering dan penuaan berlaku dengan cepat. Kedutan mudah kelihatan di bahagian mata dan tepi bibir. Sebaik-baiknya, untuk tampak awet muda tinggalkan kopi. Gantikan dengan jus buah-buahan segar dan air putih yang sangat baik untuk kecantikan dalaman serta luaran.
-
AGAMA1 year ago
Ilmu Pagar Rumah Dengan Surah Yassin Ayat 9
-
Petua1 year ago
Air Nanas Panas boleh menyelamatkan Anda seumur hidup
-
Resepi Viral10 months ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
-
Keluarga1 year ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
-
AGAMA2 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
-
Keluarga1 year ago
Bahagiakan isteri adalah sedekah terbaik seorang suami, Rugi Tak Amalkan.
-
AGAMA2 years ago
Jgn lupa amalkan Doa Nabi Yunus, Semoga dipermudahkan keluar dari kesul1 tan hidup.
-
Keluarga3 months ago
Caranya ‘Packing’ Duit Baki Beli Lauk Ikut Tarikh, Elak Boros Berbelanja.