Connect with us

Pendidikan

IKBN : Senarai Lengkap IKBN Dan Kursus Yang Ditawarkan

Published

on

IKBN

IKBN : Senarai Lengkap IKBN Dan Kursus Yang Ditawarkan

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) adalah sebuah institusi yang menawarkan pelbagai kursus kemahiran teknikal dan vokasional untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan dalam pasaran kerja.

IKBN berperanan dalam melatih golongan belia agar lebih berdaya saing dengan memberikan latihan berkualiti yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Tenaga Manusia dan Kementerian Belia dan Sukan. 

IKBN turut memberi penekanan kepada latihan kemahiran praktikal menggunakan peralatan dan teknologi terkini yang digunakan dalam industri. Ini menjadikan para pelajarnya sentiasa mempunyai kemahiran yang relevan dalam industri pekerjaan semasa. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.

BACA JUGA: ILP – Senarai lengkap ILP Dan Program Yang Ditawarkan


Institut Kemahiran Belia Negara – Pengenalan

Institut Kemahiran Belia Negara atau singkatannya IKBN merupakan sebuah institusi pengajian yang memfokuskan kepada bidang kemahiran. Institusi pengajian ini terletak di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Selain itu, terdapat juga Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) yang turut bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Search: Ikbn Logo PNG Vectors Free Download

Tujuan penubuhan IKBN adalah untuk memantapkan lagi kemahiran golongan belia agar mereka boleh mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dalam sektor swasta atau bekerja sendiri. Matlamat awalnya adalah untuk menangani masalah pengangguran dengan menawarkan program latihan kemahiran di kalangan belia tercicir.

IKBN (Institut Kemahiran Belia Negara) menawarkan pelbagai jurusan kemahiran teknikal di pelbagai lokasi seluruh Malaysia.

Setiap lokasi IKBN menawarkan jurusan pengajian kemahiran yang berbeza dan oleh itu anda mesti memilih terlebih dahulu bidang pengajian yang diingin sebelum memilih lokasi IKBN yang ingin dipohon dan didaftarkan.

IKBN: Senarai Lokasi Seluruh Negara & Kursus Ditawarkan

Antara kursus yang diajar adalah seperti elektronik industri, audio video dan teknologi komputer. Kursus latihan ini biasanya mengambil masa di antara 18 bulan hingga 36 bulan mengikut bidang kemahiran dari Tahap 1 sehingga Tahap 5.

Pelatih yang berjaya akan mendapat sijil dari Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. Ia juga menyediakan peluang latihan kemahiran dalam pelbagai bidang kepada belia lepasan sekolah mengikuti program Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma dan Diploma Lanjutan. Memberikan pendedahan keusahawanan dalam bidang kemahiran yang diperolehi.


Tempoh pengajian

Tempoh pengajian pula berbeza antara 18 hingga 36 tahun bergantung pada bidang pengajian yang diambil. Pelajar yang menamatkan pengajian akan diberikan sijil dari Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan.

Pengiktirafan

Program-program yang ditawarkan mendapat pengiktirafan seperti:

  • Diploma MQA
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM/DKM/DLKM) Tahap 1 hingga 5
  • Persijilan JKKP
  • Pensijilan Suruhanjaya Tenaga (ST)

Senarai Lengkap IKBN di Malaysia & Kursus Ditawarkan

Setiap IKBN menawarkan bidang kemahiran yang berbeza, jadi penting untuk anda memilih bidang pengajian yang diminati terlebih dahulu sebelum menentukan lokasi IKBN yang ingin dipohon dan didaftarkan.

NOTA: Kemungkinan terdapat perubahan nama kursus dan jenis kursus yang ditawarkan oleh setiap IKBN. Sila rujuk IKBN tertentu untuk mengetahui lebih lanjut kursus yang ditawarkan pada tahun (sesi) terkini. 

1. Institut Kemahiran  Belia Negara Peretak 

IKBN PERETAK

  • Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Roti)
  • Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Pastri)
  • Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyajian)
  • Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Makanan)
  • Sijil Lanjutan Teknologi Personal (Terapi Kecantikan)
  • Sijil Lanjutan Teknologi Personal (Perekaan Gaya Rambut)
  • Sijil Lanjutan Teknologi Tekstil (Jahitan Pakaian Lelaki)
  • Sijil Lanjutan Teknologi Tekstil (Jahitan Pakaian Wanita)
  • Diploma Teknologi Tekstil (Rekaan Fesyen)

2. Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai

IKBN WAKAF TAPAI

  • Kursus Teknologi Awam
  • Kursus Elektrikal
  • Kursus Mekanikal
  • Kursus Tekstil & Apperal

3. Institut Kemahiran Belia Negara Jitra 

IKBN

  • Kursus Kimpalan (Arka) – SKM 3 (Jabatan Teknologi Mekanikal)
  • Kursus Operasi Pemesinan – SKM 3 (Jabatan Teknologi Mekanikal)
  • Kursus Lukisan Mekanikal – SKM 3 (Jabatan Teknologi Mekanikal)
  • Kursus Pendawaian Elektrik Satu Fasa (PW2) (Jabatan Teknologi   Elektrikal)
  • Kursus Jahitan Pakaian Wanita – SKM 3 (Jabatan Teknologi Tekstil)
  • Kursus Penyelenggaraan Kereta -SKM 2 (Jabatan Teknologi Automatif)

4. Institut Kemahiran Belia Negara Miri 

  • Penyelenggaraan Kereta
  • Penyelenggaraan Jentera Berat
  • Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan
  • Semburan Cat (Automotif)
  • Penyelenggaraan Industri
  • Penyediaan Makanan
  • Penyajian
  • Penyediaan Pastri

5. Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut 

IKBN

  • Sijil Teknologi Eleketrik (PPU-Komersial)
  • Sijil Teknologi Elektrik (PPU-Domestik)
  • Sijil Teknologi Awam (Lukisan Senibina)
  • Sijil Teknologi Elektrik (Pendawaian Elektrik Satu Fasa – PW2)
  • Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik (Pendawaian Elektrik Tiga Fasa – PW4)
  • Diploma Teknologi Elektrik (Penjaga Jentera – A1)
  • Diploma Teknologi Elektrik (Penjaga Jentera – A4)

6. Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar

IKBN

  • Kursus Health, Safety & Enviroment (HSE)
  • Kursus Inspection in Welding
  • Sijil Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Makanan)
  • Sijil Teknologi Hospitaliti (Penyajian)
  • Sijil Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Pastri)
  • Sijil Teknologi Hospitaliti (Pengemasan – Housekeeping)
  • Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Kaunter Hadapan)

7. Institut Kemahiran Belia Negara Pekan

IKBN

  • Kursus Operasi Fabrikasi Paip (Pemasangan Paip Dan Gas)
  • Kursus Boiler Maker
  • Kursus Penyelenggaraan Struktur Pesawat (Sheet Metal)
  • Kursus Penyelenggaraan Struktur Pesawat (Komposit)
  • Sijil Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Pastri)
  • Sijil Teknologi Hospitaliti (Pengemasan – Housekeeping)
  • Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Kaunter Hadapan)

8. Institut Kemahiran Belia Negara Naka

IKBN

  • Penyejukbekuan dan Penyaman Udara (Komersil & Domestik)
  • Diploma Penyejukbekuan dan Penyaman Udara
  • Penyejukbekuan
  • Teknologi Pemprosesan Makanan

9. Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik 

  • Hospitaliti (Penyediaan Roti)
  • Hospitaliti (Penyediaan Pastri)
  • Hospitaliti (Penyediaan Makanan)
  • Multimedia (Penerbitan Video / Filem)
  • Perhotelan (Operasi Pengemasan)
  • Perhotelan (Operasi Kaunter Hadapan)
  • Perkhidmatan Personal (Perekaan Gaya Rambut)
  • Perkhidmatan Personal (Terapi Kecantikan)

10. Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat 

IKBN

  1. DIPLOMA TEKNOLOGI HIASAN DALAM
  2. SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI PEMBUATAN PERABOT
  3. SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI LANDSKAP PEMBINAAN
  4. SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA INTERAKTIF
  5. SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI FOTOGRAFI
  6. SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI URUTAN SUKAN

11. Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis 

  1. Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Kereta)
  2. Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Semburan Cat)
  3. Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan)
  4. Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Jentera Berat)
  5. Sijil Lanjutan Teknologi Maritim (Penyelenggaraan Marin)
  6. Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Lukisan Senibina)
  7. Sijil Teknologi Awam (Scaffolding-Tubular)

12. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar

  1. Elektronik Industri
  2. Juruteknik Elektrik Rendah
  3. Rangkaian Komputer
  4. Perekabentuk Multimedia Pengarangan
  5. Pendawaian Elektrik Satu Fasa – Pw2

13. Institut Kemahiran Belia Negara Tanah Merah

  1. Teknologi Tekstil

Kursus Untuk Lepasan SPM Sesi 1 2025

Rujuk PDF untuk senarai Kursus Untuk Lepasan SPM yang ditawarkan untuk Sesi 1 2025

Muat turun>> SENARAI TAWARAN KURSUS ILKBS BAGI LEPASAN SPM Sesi 1 2025


Kursus Untuk Lepasan SKM/ST

Rujuk PDF untuk senarai Kursus Untuk Lepasan SKM/ST yang ditawarkan untuk Sesi 1 2025

Muat turun >> SENARAI TAWARAN KURSUS ILKBS BAGI LEPASAN SKM-ST Sesi 1 2025


Syarat Kelayakan

Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) melalui Institusi Kemahiran Belia dan Sukan (IKBS) menyediakan latihan kemahiran untuk mempersiapkan golongan belia yang berkelayakan untuk mereka menempuhi kerjaya pilihan masing-masing.

Berikut merupakan syarat am kelayakan pemohon:

  1. Warganegara Malaysia: Pemohon mesti merupakan warganegara Malaysia.
  2. Kemahiran Asas: Mampu membaca dan menulis.
  3. Umur: Berusia antara 18 hingga 30 tahun semasa memohon.
  4. Taraf Perkahwinan: Belum berkahwin atau bujang.
  5. Kesihatan: Sihat tubuh badan dan tidak menghidap penyakit kronik.
  6. Kelulusan Akademik: Sekurang-kurangnya tamat pengajian Tingkatan 5 atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  7. Rekod Jenayah: Tidak pernah terlibat dalam jenayah atau penyalahgunaan dadah.
  8. Latihan Sebelumnya: Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di institut lain, kecuali pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang ingin menyambung pengajian.

NOTA: Untuk syarat khusus bagi setiap program/kursus, sila rujuk IKBN yang dipohon. 


Yuran Pengajian

Yuran pendaftaran di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) berbeza mengikut program. 

Secara umum, berikut adalah anggaran yuran:

  • Yuran Pendaftaran: RM200 hingga RM300.
  • Yuran Asrama: RM300 hingga RM500 per semester.
  • Yuran Pengajian: RM1,000 hingga RM1,500 per semester, bergantung kepada kursus yang dipilih.

BACA JUGA: Pendidikan Di Norway Terbaik di Dunia, Wanita Melayu Ini Kongsi Mereka Gantikan Kipas Kepada Pam Haba Dalam Kelas


Cara Memohon IKBN

Permohonan ke IKBN adalah melalui sistem eKampus. Rujuk langkah-langkah untuk memohon di bawah. 

A. Daftar sebagai Pemohon

  1. Layari Sistem eKAMPUS berikut: http://ekampus.kbs.gov.my
  2. Di bahagian menu atas, klik pautan Daftar Sebagai Pemohon.
  3. Isi semua maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran. Masukkan semua maklumat yang diperlukan dan klik butang Daftar.
  4. Setelah pendaftaran berjaya, pemohon boleh log masuk ke dalam Sistem eKAMPUS

B. Log Masuk ke dalam Sistem eKAMPUS

  1. Layari Sistem eKAMPUS, di bahagian menu atas, klik pautan Log Masuk.
  2. Masukkan No. KP Pemohon dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  3. Klik butang Log Masuk.
  4. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk log masuk, rujuk bahagian Bantuan/Soalan Lazim dibawah yang mungkin boleh membantu anda.

C. Permohonan Baru

  1. Di bahagian menu atas, klik pautan Menu, dan dalam submenu Permohonan Baru, klik menu Program Lepasan SPM/SKM/ST. 
  2. Pilih Sesi Pengambilan dan dalam ruangan Tindakan, klik pautan POHON.
  3. Dalam tab Profil, isi maklumat profil pemohon. Klik butang Simpan dan Seterusnya.
  4. Dalam tab Alamat, isi maklumat alamat. Klik butang Simpan dan Seterusnya.
  5. Dalam tab Akademik, masukkan maklumat akademik. Bahagian Akademik ini  bergantung samada anda pilih Lepasan SPM atau Lepasan SKM dalam ruangan Status  Pemohon semasa mengisi bahagian Profil. Klik butang Simpan dan Seterusnya.
  6. Dalam tab Kursus, masukkan pilihan Kursus pertama, kedua dan ketiga.
  7. Semak dan pastikan semua maklumat telah diisi dengan betul sebelum klik butang  Hantar Permohonan.
  8. Apabila kembali ke skrin Sesi Pengambilan, dalam ruangan Tindakan, status  permohonan PERMOHONAN DITERIMA dipaparkan.
  9. Pemohon boleh klik pada pautan PERMOHONAN DITERIMA dan dibenarkan mengemaskini maklumat permohonan sehingga tarikh permohonan ditutup.

MUAT TURUN PANDUAN PERMOHONAN >> panduan_ringkas_permohonan_kemasukkan


Tarikh Permohonan IKBN Terkini

Tarikh Permohonan: Permohonan dibuka dua kali setahun. Tarikh permohonan IKBN 2025 sesi 1 2025 telah dibuka melalui laman permohonan ekampus KBS bermula 1 Oktober 2024 sehingga 15 November 2024. 

Jadi, pastikan anda memohon sebelum tarikh akhir, 15 November 2024. 


Kelebihan Belajar Di IKBN

1. Fokus pada Latihan Kemahiran

IKBN memberi penekanan khusus kepada latihan vokasional dan kemahiran teknikal. Ini membolehkan pelajar memperoleh kemahiran praktikal yang diperlukan industri.

2. Pengiktirafan Program

Program-program di IKBN mendapat pengiktirafan penting seperti:

  • Diploma MQA
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM/DKM/DLKM)
  • Persijilan JKKP
  • Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST)

Pengiktirafan ini meningkatkan nilai kelayakan yang diperolehi.

2. Kos Pengajian Berpatutan

IKBN menawarkan kos pengajian yang lebih rendah berbanding institusi pengajian tinggi lain, menjadikannya pilihan yang lebih mampu milik.

3. Tempoh Pengajian Fleksibel

Tempoh pengajian antara 18-36 bulan memberi fleksibiliti kepada pelajar untuk memilih program mengikut keperluan mereka.

4. Kemudahan Pembelajaran Lengkap

Pelajar mendapat akses kepada kemudahan pembelajaran yang lengkap seperti makmal dan bengkel yang dilengkapi peralatan industri terkini.

5. Peluang Latihan Industri

IKBN menyediakan peluang latihan industri yang memberi pendedahan kepada persekitaran kerja sebenar.

6. Kebolehpasaran Graduan

Fokus pada kemahiran yang diperlukan industri meningkatkan kebolehpasaran graduan IKBN dalam pasaran kerja.

7. Pembangunan Holistik

Selain kemahiran teknikal, IKBN juga memberi penekanan kepada pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah pelajar.


Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai IKBN, sila layari portal Kementerian Belia dan Sukan di pautan berikut:  http://kemahiran.kbs.gov.my/.

Untuk menghubungi IKBN tertentu, anda boleh rujuk PDF (klik pautan) untuk mengetahui maklumat perhubungan yang boleh dihubungi >> Hubungi ILKBS

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.