Pendidikan
Hasil Usaha Warga UUM telah Menjadikannya sebagai Universiti Awam Terbaik di Malaysia

Hasil Usaha Warga UUM telah Menjadikannya sebagai Universiti Awam Terbaik di Malaysia
Universiti Utara Malaysia (UUM) naik ke tangga ke-71 sebagai universiti terbaik oleh Times Higher Education (THE) Young University Rankings 2024 berbanding tahun lalu dimana universiti ini berada di tangga ke-95 tahun lalu. Pencapaian ini telah menjadikannya universiti awam nombor satu di Malaysia.
Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Mohd Foad Sakdan, menyatakan bahawa prestasi ini adalah hasil daripada usaha semua warga Universiti Utara Malaysia untuk mengukuhkan kedudukan universiti tersebut di peringkat nasional dan antarabangsa. Prestasi ini membuktikan ketokohan UUM dalam bidang pengurusan, perniagaan, perakaunan, dan sains sosial. Penarafan ini diperolehi melalui kualiti penyelidikan yang tinggi, sementara pengajaran dan persekitaran penyelidikan juga mendapat markah tinggi. Ini menjadikan Universiti Utara Malaysia seiring dengan universiti ternama dunia yang mencipta rekod tersendiri.
Penarafan THE Young University Rankings 2024 ini melibatkan 673 universiti dari seluruh dunia, berdasarkan 17 indikator dalam lima kategori bagi menentukan penarafan universiti setiap tahun.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.