Connect with us

SEMASA

PM Umum Harga Petrol RON95 Turun Kepada RM1.99, Subsidi Terhad 300 Liter Sebulan Mulai 30 September

Published

on

Harga Petrol RON95

Kabar gembira buat rakyat Malaysia! Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan harga petrol RON95 akan diturunkan daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter bermula 30 September 2025.

Pengumuman itu dibuat sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada rakyat.

Namun begitu, Anwar menjelaskan bahawa subsidi hanya akan diberikan kepada warganegara Malaysia. Manakala bukan warganegara serta syarikat besar akan dikenakan kadar RM2.60 seliter tanpa subsidi.

“Mulai 30 September, bukan warganegara dan syarikat besar tidak layak terima subsidi kerana ia mengikut perseorangan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) pagi Isnin.

Subsidi Bersasar BUDI95

Harga baharu ini dilaksanakan menerusi program Budi Madani RON95 (BUDI95).
Antara mekanisme yang ditetapkan:

  • Had 300 liter sebulan bagi setiap rakyat Malaysia.

  • Pemandu e-hailing dikecualikan daripada had ini dan boleh mohon kuota lebih tinggi.

  • Pengguna perlu sahkan kelayakan melalui MyKad dan rekod JPJ.

Mesin pembaca MyKad akan ditempatkan di stesen minyak. Alternatif digital pula boleh digunakan menerusi aplikasi Setel dan Touch ‘n Go.

Anwar turut mengingatkan rakyat supaya menyemak lebih awal cip MyKad dan lesen memandu untuk elak masalah teknikal ketika mengisi minyak.

Pelaksanaan Berperingkat

Kerajaan juga memilih pendekatan berperingkat untuk memastikan sistem berjalan lancar:

  • 27 September – Polis dan tentera sebagai kumpulan pertama.

  • 28 September – Golongan B40 dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

  • 30 September – Pelaksanaan penuh untuk semua warganegara.

Manfaat Untuk Rakyat

Langkah ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 16 juta pengguna di seluruh negara.

Bagi pemandu e-hailing yang berjam-jam di jalan raya, ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah, atau pekerja harian yang bergantung kepada motosikal dan kereta kecil untuk mencari rezeki – kadar RM1.99 seliter walaupun terhad kepada 300 liter tetap dianggap ruang bernafas.

Mungkin angka kecil di papan tanda stesen minyak, tetapi cukup besar maknanya buat rakyat yang sedang bergelut dengan kos sara hidup.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMASA

“Baru Nak Mulakan Langkah Sebagai Guru” – Guru Pelatih Maut Dalam Perjalanan Pulang Dari Sekolah

Published

on

Guru Pelatih Maut Dalam Perjalanan Pulang Dari Sekolah

“Baru Nak Mulakan Langkah Sebagai Guru” – Guru Pelatih Maut Dalam Perjalanan Pulang Dari Sekolah

Hasrat seorang guru pelatih wanita untuk meneruskan perjalanan hidup dan kerjaya sebagai pendidik berakhir dengan tragedi apabila dia dilaporkan maut dalam kemalangan di Jalan Bandar Sri Indah, Tawau pada Jumaat.

Mangsa dikenali sebagai Amierah Aqeelah Arbin, 25, yang juga merupakan penuntut tahun akhir di sebuah universiti.

670419466 122162933582849525 4908508634077403177 n

Difahamkan, Amierah ketika itu sedang menjalani latihan praktikum sebagai guru pelatih di Sekolah Menengah Kebangsaan Balung.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan pulang dari sekolah sebelum kereta jenis Perodua Kenari yang dipandunya terbabas ke tepi jalan.

668311622 1465914515576649 5083682331491315429 n

n sumber : bomba

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Jemishin Ujin, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.26 tengah hari.

Seramai enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 17 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau.

668580380 122162907692849525 6755510757597094303 n

“Menurut laporan, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kenari yang telah terbabas sendiri ke tepi jalan.

“Terdapat seorang mangsa dikeluarkan oleh pasukan perubatan sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian. Mangsa disahkan telah meninggal dunia di lokasi,” katanya.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Perkongsian berita itu mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen yang rata-ratanya turut bersimpati dengan nasib menimpa mangsa.

Ramai menyifatkan pemergian Amierah sangat menyedihkan kerana dia baru sahaja memulakan langkah untuk menjadi seorang guru.

Lebih menyentuh hati, mangsa dikatakan sedang menjalani latihan praktikum dan berada di fasa akhir pengajian sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

668769810 1465914918909942 8631912035095801737 n

Ramai turut menitipkan doa agar roh Amierah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan keluarga diberikan kekuatan menghadapi kehilangan yang berat ini.

Kadang-kadang, ada insan yang pergi terlalu awal ketika mereka baru sahaja mahu memulakan perjalanan hidup yang sebenar.

Continue Reading

SEMASA

Kad Asing Di Pam RON95 Disekat Mulai 1 April, Sistem Baharu Akan Tapis Transaksi Secara Automatik

Published

on

Kad Asing Di Pam RON95 Disekat Mulai 1 April, Sistem Baharu Akan Tapis Transaksi Secara Automatik

Kad Asing Di Pam RON95 Disekat Mulai 1 April, Sistem Baharu Akan Tapis Transaksi Secara Automatik

PUTRAJAYA – Bermula 1 April ini, penggunaan kad kredit dan kad debit asing di pam petrol RON95 akan disekat secara berperingkat di seluruh negara.

Langkah baharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu dilihat sebagai usaha memperketat kawalan subsidi bahan api serta mengelakkan ketirisan yang berlaku selama ini.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, sistem baharu tersebut akan menghubungkan pam minyak dengan pangkalan data identiti seperti MyKad serta sistem perbankan bagi menapis transaksi secara automatik.

Kad Asing Di Pam RON95 Disekat Mulai 1 April Sistem Baharu Akan Tapis Transaksi Secara Automatik 1

Menurut beliau, pendekatan itu membolehkan transaksi menggunakan kad asing terus dikesan tanpa memerlukan pekerja stesen minyak memantau setiap pam secara manual.

“Selepas 1 April ini, sistem secara automatik akan menapis transaksi. Ini juga dapat mengurangkan beban pekerja stesen untuk ‘menjaga’ pam secara fizikal,” katanya.

Beliau menjelaskan, beberapa stesen minyak sudah bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan mekanisme berkenaan dan pelaksanaannya akan dibuat secara berperingkat di seluruh negara.

Walaupun penggunaan kad asing masih dibenarkan, ia hanya boleh digunakan di kaunter dan bukan lagi secara terus di pam minyak.

Ini bermakna pelancong asing atau pengguna yang menggunakan kad luar negara masih boleh membeli petrol, namun perlu berurusan di kaunter stesen minyak bagi tujuan pengesahan dan pemantauan.

KPDN menegaskan bahawa langkah ini bukan bertujuan menyusahkan pengguna asing, sebaliknya bagi memastikan subsidi RON95 benar-benar dinikmati oleh rakyat tempatan yang layak.

Pada masa sama, sistem baharu itu dijangka membantu pihak penguat kuasa membanteras penyalahgunaan subsidi petrol, termasuk kes melibatkan kenderaan asing yang cuba mendapatkan petrol bersubsidi secara tidak sah.

Perubahan ini dijangka memberi kesan besar terutama di kawasan sempadan dan lokasi tumpuan pelancong asing, di mana isu penyalahgunaan RON95 sering menjadi perhatian.

Bagi rakyat Malaysia, penggunaan kad tempatan dan MyKad dijangka menjadi elemen penting dalam sistem baharu ini bagi memastikan transaksi di pam berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Continue Reading

SEMASA

Ilmuwan Ulung Negara Syed Muhammad Naquib Al-Attas Meninggal Dunia

Published

on

Syed Muhammad Naquib Al-Attas Meninggal Dunia

Ilmuwan Ulung Negara Syed Muhammad Naquib Al-Attas Meninggal Dunia

Syed Muhammad Naquib Al-Attas Meninggal Dunia

Dunia ilmu tanah air hari ini kehilangan seorang tokoh besar apabila ilmuwan ulung negara, Syed Muhammad Naquib Al-Attas, dilaporkan meninggal dunia pada petang tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 95 tahun, meninggalkan legasi ilmu dan pemikiran Islam yang sangat besar kepada dunia akademik, khususnya di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.

Berita pemergian tokoh pemikir Islam itu dimaklumkan oleh beberapa pihak termasuk pendakwah terkenal, Syed Abdul Kadir Aljofree.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas Meninggal Dunia

Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas Dikurnia Gelaran Profesor Diraja

Menurut beliau, jenazah Allahyarham dijangka akan disolatkan pada Isnin pagi di Masjid Al-Taqwa TTDI sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Pemergian Allahyarham pastinya memberi kesan besar kepada dunia keilmuan Islam. Sepanjang hayatnya, beliau dikenali sebagai tokoh yang banyak menyumbang kepada perkembangan pemikiran Islam moden serta konsep Islamisasi ilmu.

Nama Naquib Al-Attas bukan sahaja dihormati di Malaysia, malah karya dan pemikirannya turut menjadi rujukan di universiti serta institusi akademik di seluruh dunia.

Ramai tokoh akademik dan masyarakat kini menzahirkan ucapan takziah atas pemergian ilmuwan yang disifatkan sebagai antara pemikir Islam paling berpengaruh dari rantau ini.

Pemergian beliau bukan sekadar kehilangan seorang sarjana, tetapi juga sebuah khazanah ilmu yang sukar dicari ganti.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman.

Al-Fatihah. 🤲

sumber

Continue Reading

Trending