SEMASA
Pak Arab Tak Kesah “Halal atau Haram,” Halloween Arab Saudi Tanda Petanda Akhir Zaman, Ulama Nasihat Kembali Pada Islam

Malam tadi menyaksikan sambutan Halloween di pelbagai negara. Kebanyakkan negara Barat, Eropah, Asia, dan Timur juga tidak ketinggalan untuk meraikan sambutan untuk memperingati orang yang telah mati ini. Tidak terkecuali Halloween Arab Saudi yang disambut kali kedua tahun ini semakin diterima secara terbuka bahkan secara besar-besaran dan turut disokong oleh kerajaan Islam mereka.
Sambutan Halloween Arab Saudi meriah dibuat terbuka
Baru-baru ini heboh di media sosial dan berita Arab mengenai sambutan meriah Halloween Arab Saudi yang diadakan di Riyadh. Boulevard telah diubah menjadi pesta pakaian seram yang berlangsung sejak pada hari Khamis dan Jumaat lalu. Tarikan diberikan pas percuma ke Boulevard dengan syarat wajib pakai pakaian yang menakutkan rupanya telah menarik ramai masyarakat Islam di Arab Saudi.
Arab berubah menjadi rumah hantu. Sambutan Halloween gah dirayakan hari ini oleh masyarakat muda khususnya walaupun satu ketika dulu pernah ditentang dan diharamkan kerana bertentangan dengan agama Islam.
“Soal haram atau haram, saya tidak tahu tentang itu”
Seorang pengunjung, Abdulrahman hadir memeriahkan acara itu sambil mengayakan pakaian makhluk mitologi Amerika Utara Wendigo.
“Ia satu sambutan yang hebat. Jujurnya, saya dapat rasa semangat dan keseoronokan. Dari segi haram atau halal, saya tidak tahu mengenainya. Kami meraikannya hanya untuk keseoronokan dan tidak ada yang lain. Kami tidak percaya apa-apa,” katanya kepada wartawan Arab News.
Seorang lagi pengunjung acara tersebut iaitu Khaled Alharbi turut mengemukakan pendapatnya,
“Tindakan berdasarkan niat. Saya di sini hanya untuk berseronok.”
Alharbi datang meraikan Halloween Arab Saudi bersama seluruh keluarganya yang lengkap berpakaian seperti doktor, jururawat, ahli sihir perunding berdarah.
Golongan generasi muda Arab Saudi tampaknya sangat teruja dengan doktirn barat yang telah disuntik dalam fikiran dan mata mereka.
“Arab Saudi sudah berubah,” kata pelajar jurusan kewangan, Abdulazi Khaled, 23 tahun kepada wartawan The New York Times.
Sementara itu, pasangan saudara iaitu Yaser Al Hazzazi dan Yahya, masing-masing sudah lama menantikan perayaan ini dan telah pun menyediakan sendiri kostum yang menakutkan untuk dipakai.
Mereka turut mengaku selama 21 tahun membesar di Arab Saudi mereka tidak pernah meraikan Halloween, atau apa-apa perayaan yang tidak berkaitan dengan agama dan budaya Islam.
Sejarah perayaan Halloween
Perayaan Halloween Arab Saudi adalah sesuatu yang memeranjatkan semua orang khususnya umat Islam sendiri. Umumnya, Hari Halloween atau disebut juga Hallowe’en, All Hallow Eve, atau All Saints’ Eve adalah perayaan yang disambut setiap kali tiba 31 Oktober. Mengikut tradisi tahun ini, Halloween disambut pada malam 31 Oktober hingga 1 November iaitu pada malam Isnin hingga Selasa. Tujuan sambutan ini adalah untuk memperingati orang yang telah mati.
Mereka yang mahu menyambut perayaan ini akan memakai kostum dan topeng, melukis muka, mengukir wajah sesuatu yang seram, dan menakutkan antara satu sama lain. Makhluk-makhluk yang biasa dikaitkan dengan perayaan ini adalah syaitan, ahli sihir, Goblin, dan pelbagai makhluk mitos yang yang menjadi cerita seram rakyat.
Dari rujukan yang dikaji, perayaan Halloween memang berkait rapat dengan tradisi paganisme sempena musim menuai mereka. Bahkan perayaan malam All Hallows mempunyai persamaan dengan Festival Samhain iaitu dengan api unggun besar, parade, dan memakai kostum malaikat atau iblis. Mereka yang beragama Kristian yang biasa menyambut perayaan ini.
Hukum menyambut Halloween menurut Islam
Sambutan Hari Halloween bukanlah budaya dalam masyarakat Islam dan ia dilarang untuk dilakukan. Rasulullah SAW telah melarang kita dari menyerupai orang kafir. Baginda bersabda dari hadis Ibn Umar R.Anhuma:
Maksudnya: “Telah berkata Rasululalh SAW: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolong dalam golongan itu.” – (Hadis Riwayat Abu Daud)
Al-Imam al-San’ani Rahimahullah berkata bahawa hadis di atas menunjukkan barang siapa yang menyerupai orang-orang fasiq ataupun kafir ataupun orang yang melakukan bid’ah dalam apa jua perkara yang dikhaskan padanya dari segi pemakaian, tunggangan ataupun gerak-geri tingkah laku maka dirinya tergolong dalam kalangan mereka. – (Subul al-Salam. Dar al-Hadis, 2/647).
Disebutkan juga pendapat lain yang mengatakan bahawa tasyabbuh itu juga berlaku dalam perkara-perkara dalaman bersifat i’tiqad, iradat (kemahuan dan kehendak) dan perkara-perkara luar dari segi perkataan, perbuatan yang boleh menjadi ibadat dan adat. – (Faydh al-Qadir. Al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, 6/104).
Perkara ini nampak macam tiada apa-apa seperti sambutan biasa. Namun yang demikian, cubalah fikir sejenak negara Islam terbesar seperti Arab Saudi pun boleh berubah secara drastik sebegini rupa. Lalu bagaimana masa depan akidah generasi muda Islam nanti.
Sumber: Arab News, Tik Tok @sumaiyaibrahimemu
SEMASA
Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan
ALOR PONGSU – Isu remaja pecah tabung masjid kembali menjadi perhatian apabila satu rakaman CCTV tular di media sosial, memaparkan tindakan beberapa individu dipercayai cuba mengambil wang daripada tabung masjid.
Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah masjid sekitar Alor Pongsu itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutamanya apabila ia melibatkan tempat ibadah umat Islam.
Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang remaja menghampiri tabung sebelum bertindak dalam keadaan mencurigakan. Video itu kemudian tersebar luas dan menjadi antara video viral masjid Malaysia yang hangat diperkatakan.
Netizen Luah Kecewa Isu Tabung Masjid Dicuri
Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian yang disifatkan sebagai tidak menghormati kesucian masjid.
Ada yang menyifatkan tindakan ini sebagai satu bentuk kes remaja curi duit masjid yang semakin membimbangkan, malah ada juga yang mengaitkannya dengan kemerosotan nilai dalam kalangan generasi muda.
“Masjid sepatutnya jadi tempat paling selamat, bukan sasaran jenayah,” tulis seorang pengguna.
Isu Sosial Remaja Malaysia Kembali Dipersoal
Kejadian ini sekali lagi membuka perbincangan tentang isu sosial remaja Malaysia, termasuk peranan keluarga, pendidikan dan masyarakat dalam membentuk sahsiah generasi muda.
Walaupun ada yang menuntut tindakan tegas, terdapat juga pandangan yang mencadangkan pendekatan mendidik dan membimbing agar remaja tidak terus tersasar.
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kes remaja pecah tabung masjid tersebut.
Video penuh remaja pecah tabung masjid :
SEMASA
“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam, petang tadi.
Kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika hujan lebat melanda kawasan tersebut.
Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.47 malam.
Susulan itu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 8.13 malam dan segera memulakan operasi mencari dan menyelamat.
“Laporan daripada orang awam mengatakan mangsa jatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat.
“Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.
Perkongsian kejadian ini mengundang rasa risau dan simpati dalam kalangan netizen yang turut mendoakan agar mangsa segera ditemui.
Baca lagi : Kanak-Kanak 4 Tahun Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik Di Manjoi – Majalah Ilmu
Ramai juga mengingatkan tentang bahaya arus deras ketika hujan lebat, terutama di kawasan longkang dan parit yang boleh menjadi sangat berbahaya dalam sekelip mata.
Operasi mencari dan menyelamat Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas masih diteruskan oleh pihak bomba.
Semoga mangsa Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas ditemui segera dan segala urusan dipermudahkan.
SEMASA
“Penonton Selalu Terhibur Dengan Kerenah Atok,Pemergian Ayah Famy Ismail Buat Ramai Sebak”

Pempengaruh TikTok, famy.ismail, sebelum ini sering mencuri perhatian ramai menerusi perkongsiannya menjaga ayah tercinta yang sedang sakit strok.
Melalui video-video yang dimuat naik, ramai penonton mengikuti perjalanan hidup mereka sekeluarga, termasuk rutin harian, rawatan, suasana di hospital dan gelagat ayahnya yang sering memarahi atau berleter kepada Famy.
Walaupun sering dimarahi, Famy tetap sabar melayan kerenah ayahnya. Malah, hubungan mereka membuatkan ramai tersenyum kerana di sebalik kemarahan itu, jelas kelihatan kasih sayang seorang ayah terhadap anak.
Gelagat ayahnya yang kadangkala tegas, lucu dan bersahaja membuatkan ramai penonton terhibur. Ada yang menganggap atok itu seperti ayah atau datuk mereka sendiri kerana sikapnya yang begitu dekat dengan kehidupan ramai orang.
Moto yang sering dikongsikan Famy iaitu “Cipta lah kenangan selagi ianya masih ada” kini menjadi lebih menyentuh hati selepas berita pemergian ayahnya mula tersebar.
Ramai pengikut mengakui mereka terkejut apabila melihat perkongsian ucapan Al-Fatihah dan berita mengenai pemergian ayah Famy.
Ada yang mengatakan mereka baru sahaja melihat video-video ayahnya beberapa hari lalu, malah ada juga yang mengakui masih teringat wajah dan suara ayahnya yang sering muncul dalam kandungan TikTok Famy.
Ruangan komen turut dibanjiri ucapan takziah dan doa daripada orang ramai.
“Terkejut buka Facebook tadi, Al-Fatihah atok.”
“Atok online kami. Semoga tenang di sana, salam takziah kepada keluarga.”
“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan Al-Fatihah… xde dah orang nak hiburkan kami.”
Perkongsian itu membuatkan ramai sedar bahawa setiap momen bersama ibu bapa adalah sangat berharga.
Apa yang dilakukan Famy sepanjang menjaga ayahnya bukan sekadar menghasilkan kandungan di media sosial, tetapi menjadi bukti kasih sayang seorang anak yang sanggup menjaga orang tuanya hingga ke akhir hayat.
Kini, segala gelak tawa, bebelan dan kemarahan kecil ayahnya hanya tinggal kenangan.
Namun kenangan itulah yang akan terus hidup dalam hati keluarga dan para pengikut yang pernah mengikuti perjalanan mereka selama ini.
Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Video :
@famy.ismail Ayah udah laaa! Ayah udah laaaa! Simple ! 😩 #CiptaKenangan #foryourpage #AtokOnline #fypシ゚ #fyp ♬ suara asli – Virgiant 🪬
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
















