Connect with us

SEMASA

Ebit Lew bergambar mesra bersama beberapa samseng jalanan Rio De Janeiro

Published

on

Ebit Lew bergambar mesra bersama beberapa samseng jalanan Rio De Janeiro

Pendakwah terkenal Ebit Lew meneruskan perjalanannya ke satu kawasan yang dikatakan bahaya di Rio De Janeiro, Brazil baru-baru ini dengan menziarahi penduduk-penduduk setinggan di kawasan Favela. sebuah kawasan setinggan yang bahaya dan senjata api bagaikan ‘permainan’ di kawasan itu.

Menerusi satu hantaran di Facebooknya, beliau bergambar mesra bersama beberapa samseng jalanan yang juga penduduk di sekitar kawasan itu.

Selain itu, beliau menganggap kawasan itu hanya kisah filem ‘Fast Furious’ semata-mata, tetapi wujud di alam nyata seperti di Rio.

“Senjata api ini biasa sahaja di kawasan Favela. Tiada orang berani masuk dan memang bahaya.

“Masa turun misi dan lawatan terjumpa secara tak sengaja dengan anak muda ini dijalanan, mereka ajak bergambar,” tulisnya di Facebook hari ini.

Jelasnya, seperti kebiasaan, janggut dan kopiah atau jubah yang dipakainya pasti akan menimbulkan kehairanan kepada mereka sehingga sepanjang perjalanan ke sebuah Masjid An Nur di Rio, beliau dipandang dan diperhatikan oleh penduduk sekitar.

“Saya berkongsi sebab apa simpan janggut dan kopiah serta saya ceritalah tentang kasih sayang Allah dan Sunah Nabi SAW.

“Walau seram tengok mereka ini, berkat sunah dan niat membantu orang susah mereka sambut saya dengan sangat baik sehingga ramai juga yang tiada agama berminat dan tanya pasal Islam,” katanya.

Sumber : kosmo

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!