Connect with us

SEMASA

Ebit Lew telah memberikan sedikit sumbangan kepada makcik Rafiah

Published

on

ebit lew 12

Sejak semalam, tular di media sosial gambar seorang warga emas duduk di batu melihat rumahnya yang telah tiada kerana hanyut dibawa arus banjir di Kampun Ajai Ulu Dong Pahang.

tular di twiter semalam

Pastinya gambar diperoleh dari Bernama dan dikongsikan semula oleh wartawan berita itu menyentuh hati warganet kerana sayu melihat kediaman yang hanya tinggal tapak serta serpihan-serpihan sisa rumah tersekat di pokok-pokok tidak jauh dari tapak asal rumah.

Sehubungan dengan itu, pendakwah muda yang sememangnya tidak asing lagi dalam urusan membantu masyarakat iaitu Ustaz Ebit Lew telah tampil menziarahi wanita terbabit yang dikenali sebagai Rafiah Jamaludin.

Menurut Ebit Lew, ketika beliau sampai, wanita warga emas itu sedang mengutip barangan yang masih boleh dipakai untuk membina rumah di kebunnya di kawasan lain.

136455198 3885165098180373 1013534172805790742 o

Sayu hati tadi tengok rumah makcik Rafiah di kg Ajai Ulu Dong Pahang. Ramai tag saya di Metro dan media lain. Rumah di bawa arus banjir dan rumah tersangkut di pokok besar.Ujian makcik yer. Berat rasanya. Masa sampai makcik ini sedang mencari barang boleh pakai bersama anak-anak.

Makcik teringin nak bina rumah di kawasan lain di kebunnya. Mereka nak ambil kayu yang masih elok. Saya beri sedikit sumbangan duit tadi dan nanti akan belikan barang-barang kayu dan lain-lain untuk membina rumah semula. Selesai musim banjir ini. Makcik Rafeah tiba-tiba sebak.

Makcik Rafeah kata, jika tiada musibah ini tak dapat jumpa ustaz. Rezeki dapat jumpa ustaz. Sempat berbual semuanya ini ujian kasih sayang Allah pada kita semua. Berat ujian makcik-ebitlew

Dikesempatan itu, Ebit Lew telah memberikan sedikit sumbangan kepada makcik Rafiah bagi membolehkannya membeli barangan untuk membina kembali rumahnya yang sudah ranap itu.

Walau bagaimanapun, wanita berusia 69 tahun terbabit tetap bersyukur kerana dengan musibah ini, dia dapat bertemu dengan pendakwah yang menjadi kesayangan warga Malaysia.

Sumber:Mohd Redzuan Abdul Manap, Ebit Lew

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.