KESIHATAN
Dr Amalina Perli ‘Kepercayaan’ Tak Masuk Akal Kerana Mempercayai Beberapa Mitos Karut Dalam Masyarakat Melayu Terutamanya Ketika Kehamilan
Dr Amalina Perli ‘Kepercayaan’ Tak Masuk Akal Kerana Mempercayai Beberapa Mitos Karut Dalam Masyarakat Melayu Terutamanya Ketika Kehamilan
Para ibu yang telah melahirkan anak pasti berpantang mengikut petua orang dulu-dulu. Namun ada sesetengah pihak yang mula mempersoalkan kesahihan cara tradisional tersebut dan membandingkannya dengan amalan moden. Dr Amalina Che Bakri antara doktor yang sangat prihatin kepada masalah kesihatan dan pengambilan produk kecantikan.
Tidak dapat dinafikan ada yang mempercayai beberapa mitos karut dalam masyarakat Melayu terutamanya ketika kehamilan. Dr Amalina Bakri telah menjawab beberapa persoalan mengenai kemelut tersebut menerusi laman sosialnya berserta beberapa kenyataan sokongan pakar.
“Berpantang yang boleh bawa kebaikan tak apalah”
Jelasnya, tidak salah jika golongan wanita ingin mengikut petua tradisional sekiranya tidak memudaratkan kesihatan. Walau bagaimanapun, si ibu perlu tahu membezakann apakah perkara yang baik atau tidak untuk tubuh badan. Antara mitos yang sering dipercayai masyarakat kita adalah tubuh badan akan masuk angin apabila tidak memakai stokin sewaktu berpantang. Walhal sebenarnya, perkara itu cuma sekadar untuk faktor keselesaan sahaja.
Obses sangat nak anak kulit putih
Pernah atau tidak anda mendengar kepercayaan orang tua-tua terhadap pemakanan yang diambil para ibu semasa mengandung hingga memberi kesan terhadap warna kulit bayi. Dr Amalina menerusi status di Twitter menegur beberapa kenyataan mengenai mitos pemakanan yang di ambil para ibu ketika mengandung.
Dr Amalina respon kepada status salah seorang pengguna Twitter sebelum kenyataan itu dipadamkan.
Jangan minum kopi, nanti anak keluar jadi hitam.
Minum air bandung, anak jadi Pink Panther agaknya
Respon santai dari Dr Amalina ini turut mendapat perhatian netizen dan menganggap kenyataan tersebut sesuatu yang melucukan. Dr Amalina turut ‘melayan’ beberapa kerenah dari status netizen terhadap pengambilan air warna minuman yang memberi kesan kepada bayi dalam kandungan ibu.
Netizen turut berkongsi beberapa pengalaman dan mitos pemakanan untuk para ibu semasa mengandung.
Menjawab soalan anda tentang angin
Kenyataan itu disangkal oleh Dr. Amalina sambil menyelitkan perkongsian daripada Dr Imelda Balchin yang juga seorang pakar obstetrik dari PPUM. Sebelum ini, pakar tersebut pernah menjelaskan masalah angin dalam badan berpunca daripada masalah penghadaman yang tidak sihat. Bukannya angin masuk melalui kulit atau tapak kaki dan sebagainya. Sistem penghadaman setiap individu bukan sahaja berlainan, malah turut mempunyai reaksi atau tindak balas yang berbeza-beza terhadap setiap jenis makanan.
Betul ke makan kicap nanti anak hitam?
Mungkin anda pernah mendengar pantang larang seperti “jangan makan kicap, nanti anak jadi hitam” atau “jangan minum kopi, minum soya sahaja untuk anak putih”. Itulah mitos yang sering kita dengar dalam fasa kehamilan. Kononnya, pengambilan minuman dan pemakanan sedemikian mempengaruhi warna kulit bayi.
Air soya bagi anak cerah?
Minum kopi anak jadi Black Panther gamaknya
Masyarakat kita mudah percayai terhadap mitos pengambilan minuman dan kesan terhadap warna kulit bayi kelak. Perkara ini menunjukkan mereka terlalu obses untuk memiliki warna kulit putih.
Sumber: Twitter Dr Amalina Bakri & Facebook Dr Imelda Bachin
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah