Connect with us

AGAMA

Doa memulakan perjalanan Sebelum Balik Kampung halaman ketika Hari Raya.

Published

on

Doa memulakan perjalanan

Doa memulakan perjalanan Sebelum Balik Kampung halaman ketika Hari Raya.

Pesanan arwah ayah captain dahulu, baca doa-doa ini untuk berulang alik ke tempat kerja dan Perjalanan Pulang ke Kampung halaman ketika Hari Raya.

Jika berlaku kemalangan, Allah SWT akan melindungi kamu serta memelihara dari sebarang kecederaan. Pernah suatu hari pada tahun 1992, captain terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Sidam Kanan ke Sungai Petani.

Kereta yang dipandu oleh captain berpusing beberapa kali dan merempuh tiang letrik serta jatuh ke dalam parit yang dalam selepas hilang kawalan kerana jalan basah selepas hujan lebat.

Jika dilihat pada kereta yang remuk itu, memang sah pemandunya ma ut atau pun cedera parah sekiranya hidup. Insyaallah captain selamat dan tiada sedikit pun kecederaan dan tiada sebarang calar atau luka kena serpehan kaca. Seperti bangun dari tidur selepas mimpi ngeri. Itulah hebatnya kuasa Allah SWT. Kata arwah selepas sampai di rumah. Allah sayang kamu.

Untuk pembaca setia, bacalah doa-doa ini semuga menjadi amalan ketika keluar dari rumah untuk kemana-mana sahaja walaupun dekat atau jauh.

DOA MEMULAKAN PERJALANAN DIAMALKAN KETIKA KELUAR RUMAH UNTUK BERULANG ALIK KE TEMPAT KERJA YANG DIBERIKAN OLEH AR WAH.

Dalam Islam, doa memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian seorang Muslim. Doa bukan sahaja menjadi medium untuk mendekatkan diri kepada Allah, tetapi juga sebagai permohonan pertolongan, perlindungan, dan keberkatan dalam setiap aspek kehidupan. Salah satu doa yang sering diamalkan adalah doa memulakan perjalanan.

Doa memulakan perjalanan adalah satu amalan doa yang dibaca oleh umat Islam ketika hendak memulakan sesuatu perjalanan, sama ada perjalanan jauh atau dekat. Doa ini bertujuan untuk memohon keselamatan, kelancaran perjalanan, dan perlindungan daripada sebarang musibah.

Amalan membaca doa sebelum memulakan perjalanan adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar yang menyebut bahawa Rasulullah SAW mengajarkan umatnya untuk membaca doa tertentu ketika hendak keluar dari rumah dan memulakan perjalanan. Doa ini menjadi satu sunnah yang diamalkan oleh umat Islam dari generasi ke generasi.

Antara doa yang diamalkannya :

  •  Doa Keluar Rumah.
  • Doa Menaiki Kenderaan Darat.
  • Doa Selamat Dari Sebarang Kecederaan.

1. DOA KELUAR DARI RUMAH. ( Doa memulakan perjalanan )

uio

Maksudnya:

“DENGAN NAMA ALLAH AKU MENYERAHKAN DIRIKU KEPADA ALLAH, TIDAK ADA DAYA UPAYA MELAINKAN DENGAN PERTOLONGAN ALLAH”

2. DOA MENAIKI KENDERAAN DARAT. ( Doa memulakan perjalanan )

doa

Maksudnya:

“MAHA SUCI ALLAH YANG MEMUDAHKAN INI BAGI KAMI DAN TIADALAH KAMI BERKUASA MEMPERGUNAKANNYA JIKA TIDAK KERANA KURNIA-MU. SESUNGGUHNYA KAMI AKAN KEMBALI KEPADA TUHAN KAMI.”

3. DOA SELAMAT DARI SEBARANG KECEDERAAN. ( Doa memulakan perjalanan )

“INNALLAZI FAROTHO A’LAI KALLQURANN NALAAROD DUKAA ILAII MAAD”

(Akan dimasukkan imagenya nanti beserta terjemahannya)

h 1

DOA TAMBAHAN DARI CAPTAIN JIKA TERBABIT DALAM KEMALA NGAN ATAU DITIMPA KECELA KAAN.

Maksudnya:

“DENGAN NAMA ALLAH, TIADA , TIADA DAYA UPAYA KECUALI DENGAN PERTOLONGAN ALLAH YANG MAHA AGUNG”

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.