Connect with us

Petua

Di Thailand Buah-Buahan Selalu Je Ada Tak Kira Musim, Inilah Rahsia Orang Thailand Untuk Pokok Galak Berbuah

Avatar of kidin

Published

on

egfeg

Di Thailand Buah-Buahan Selalu Je Ada Tak Kira Musim, Inilah Rahsia Orang Thailand Untuk Pokok Galak Berbuah

Teknologi negara jiran Thailand begitu maju ke depan berbanding dengan pertanian di negara kita, boleh dilihat dengan mesin-mesin yang digunakan di sana untuk pertanian, ada teknologi yang belum sampai di negara kita tetapi sudah ada di Thailand.

Ada yang mengatakan petani di sana menggunakan banyak baja dan racun kimia, tetapi tahukah anda sebenarnya di sana ramai pertani telah bertukar kepada baja organik yang dihasilkan dengan bahan semula jadi yang hasilnya lebih baik berbanding baja kimia.

Jom baca perkongsian dari page Ladang Muhammad rahsia pekebun Thailand ini hasilkan hormon air kelapa dengan telur sebagai vitamin pokok cepat berbunga dan berbuah lebat.

Geram tak tengok pekebun-pekebun di Thailand pokok buahnya yang masih muda tapi buah merimbun. Malah ada buah lebih banyak dari daun. Ada orang kata mereka guna baja kimia. Tapi hakikatnya bahan mudah diperolehi ini yang digunakan untuk membuat hormon penggalak buah. Anda patut cuba.

Bahan-bahan:

2 kg Kulit telur dibasuh bersih dan dikeringkan
2 kg Gula Perang
1 biji Ragi tapai
1 botol Yakult
2 kotak Susu segar
2 biji Air kelapa muda

6790

Cara-cara:

-Kisar halus kulit telur dengan mengunakan pengisar kering

-Adun kesemua bahan bersama di dalam satu bekas

-Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali

-Selepas 14 hari, saringkan bahan untuk mengambil pati air perapan

-Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur

-Gunakan 10 ml pati bersama 20 Liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali

Menurut perkongsian portal Maetmut Garden, vitamin ini berperanan sebagai vitamin dan baja semula jadi sekaligus menggantikan penggunaan racun kimia.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.