Connect with us

INFO

Desa Cattle Dairy Farm: Cara Beli Tiket Masuk Online Desa Cattle Dairy Farm Kundasang

Published

on

Desa Cattle Dairy Farm

Desa Cattle Dairy Farm: Cara Beli Tiket Masuk Online Desa Cattle Dairy Farm Kundasang

Terletak di kaki Gunung Kinabalu, Desa Cattle Dairy Farm ( desa cow farm kundasang)  adalah destinasi yang menakjubkan di Sabah yang menawarkan pengalaman luar biasa bagi pelawat yang ingin merasai suasana ladang tenusu. Dengan udara yang segar dan pemandangan yang memukau, ia adalah tempat yang sesuai untuk keluarga dan pelancong menikmati ketenangan alam semula jadi.

Diasaskan pada tahun 1980-an, Desa Cattle Dairy Farm kini menjadi salah satu ladang tenusu utama di Malaysia. Ladang ini bukan sahaja berfungsi sebagai pengeluar produk tenusu berkualiti tinggi tetapi juga sebagai destinasi pelancongan yang popular.

Desa Cattle Dairy Farm terletak di Kundasang, Ranau, Sabah. Pemandangan yang ditawarkan di sini amat menakjubkan, dengan latar belakang Gunung Kinabalu yang cantik dan kawasan hijau yang luas.

Desa Cattle Dairy Farm

Cara Beli Tiket Masuk

Panduan Pengguna Untuk Sistem Tiket Desa Dairy Farm Secara Dalam Talian

Untuk memudahkan pelawat, tiket masuk ke Desa Cattle Dairy Farm boleh dibeli secara online melalui laman web rasmi mereka. Ini membantu mengelakkan kesesakan dan menjimatkan masa.

  1. Pelawat perlu mendaftar akaun untuk membuat pembelian tiket masuk secara dalam talian.
  2. Untuk mendaftar akaun: Layari https://farmbooking.desaplus.com
  3. Untuk panduan lengkap : (SILA BACA PANDUAN DI SINI)

Harga Tiket.

Dewasa (umur 13 tahun ke atas) : RM 5
Kanak-kanak (umur 7 - 12 tahun)* : RM 4
Free (Child below 7 years / Disabled (OKU))* : RM 0
* Anak-anak hendaklah sentiasa ditemani oleh ibu bapa/penjaga.

Apakah Waktu Operasi Desa Cattle Dairy Farm?

Desa Cattle Dairy Farm, merupakan destinasi menarik yang terletak di kaki kundasang sabah. Waktu operasi untuk lawatan ke ladang ternakan ini adalah seperti berikut:

Sesi pertama: 8.00 pagi – 11.00 pagi
Sesi kedua: 11.00 pagi – 2.00 petang
Sesi ketiga: 2.00 petang – 5.00 petang

Aktiviti Menarik di Desa Cattle Dairy Farm?

Desa Cattle Dairy Farm merupakan destinasi pelancongan yang sangat menarik untuk dilawati di Kundasang, Sabah. Terletak di Tanah Tinggi Mesilau, tempat ini menawarkan suasana yang menyerupai landskap indah di New Zealand, menjadikannya tempat yang sempurna untuk percutian yang santai dan mendamaikan.

Desa Cattle Dairy Farm

Lawatan Ladang Tenusu

Salah satu aktiviti utama di Desa Cattle Dairy Farm adalah lawatan ladang tenusu. Pelawat berpeluang melihat dengan lebih dekat proses pemerahan susu harian serta operasi ladang tenusu secara terperinci. Selain itu, anda juga boleh memberi susu botol kepada anak lembu yang comel.

Memberi Makan Anak Lembu

Aktiviti memberi makan anak lembu adalah salah satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan. Pelawat boleh memberi susu dan makanan kepada anak lembu yang baru lahir, satu pengalaman yang pastinya menyeronokkan dan mendidik, terutamanya untuk kanak-kanak.

Mencuba Produk Tenusu Segar

Desa Cattle Dairy Farm juga terkenal dengan produk tenusu segarnya. Anda boleh mencuba susu segar dengan pelbagai perisa, ais krim, mentega, dan keju yang dihasilkan di ladang. Rasa produk-produk ini yang enak dan asli pasti segar dari ladang.

Bersantai di Taman dan Kawasan Rekreasi

Selain aktiviti ladang, pelawat juga boleh bersantai di taman bunga dengan lanskap yang menarik  ditambah pula pemandangan gunung kinabalu lebih jelas dan dekat. Suasana tenang dan damai, menjadikannya tempat yang ideal untuk berehat dan menikmati pemandangan semula jadi sambil memasang lagu-lagu bollywood, menarik bukan ?

Desa Cattle Dairy Farm

Menikmati Hidangan di Restoran Ladang

Tidak lengkap lawatan ke Desa Cattle Dairy Farm tanpa mencuba hidangan di restoran ladang. Restoran ini menyajikan pelbagai hidangan tempatan dan barat yang menggunakan hasil tenusu segar dari ladang. Nikmati makanan yang lazat sambil menikmati pemandangan ladang yang menenangkan.

Membeli Cenderahati Unik

Pelawat juga boleh membeli pelbagai cenderahati dan produk tenusu di kedai yang terdapat di ladang. Ini termasuk keju, mentega, dan susu segar yang boleh dibawa pulang sebagai kenang-kenangan atau hadiah untuk rakan dan keluarga.

Berkenalan dengan Pekerja dan Lembu Ladang

Di sini, pelawat berpeluang berinteraksi dengan pekerja ladang dan lembu-lembu yang terdapat di ladang. Anda boleh belajar tentang rutin harian mereka dan memahami lebih lanjut tentang operasi ladang tenusu moden di Malaysia.

Pengalaman Unik di Desa Cattle Dairy Farm

Lawatan ke Desa Cattle Dairy Farm adalah pengalaman yang unik dan mendidik. Ia memberikan pelawat peluang untuk melihat sendiri operasi ladang tenusu moden di Malaysia serta memahami industri tenusu dengan lebih mendalam. Tempat ini bukan sahaja menarik untuk pelancong dewasa, tetapi juga mendidik untuk kanak-kanak yang ingin belajar tentang kehidupan di ladang.

Desa Cattle Dairy Farm

Tips Jika anda mengunjungi Desa Cattle Dairy Farm

Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu anda merancang lawatan anda dengan lebih lancar:

  1. Beli Tiket Secara Online untuk mengelak  beratur panjang di kaunter tiket.
  2. Datang awal pagi, sekitar Jam 6 pagi hingga ke 9 pagi, Agar anda dapat menikmati pemandangan yang indah dan mengelakkan kesesakan pengunjung, disarankan untuk datang awal. Selain itu, anda juga dapat menyaksikan sesi perah susu lembu yang menarik.
  3. Berpakaian sesuai: Suhu di Desa Cattle Dairy Farm boleh menjadi sejuk terutama di waktu pagi dan petang dan tengah hari agak panas. Pastikan anda berpakaian sesuai serta membawa jaket atau sesuai mengikut cuaca untuk menikmati lawatan anda dengan lebih baik.
  4. Berhati-hati : Bagi yang memandu sendiri, sepanjang perjalanan dari pekan kundasang ke Desa Cattle Dairy Farm kaeadaan jalan berbukit dan curam, pastikan anda mahir dalam pemanduan dan mengunakan gear rendah semasa menuruni bukit.
  5. Jika boleh, rancang perjalanan anda di bukan musim cuti sekolah, kaeadan jalan raya yang sesak di atas bukit sangat mencabar di musim cuti sekolah. akan tetapi jika menggunakan pemandu pelacong tiada masalah.

Dengan mengikuti tips-tips di atas, anda dapat menikmati lawatan anda ke Desa Cattle Dairy Farm dengan lebih lancar dan mempunyai pengalaman yang terbaik. Selamat menikmati keindahan alam dan suasana yang unik di destinasi ini!
Jadikan Desa Cattle Dairy Farm sebagai destinasi percutian anda yang seterusnya di Sabah. Dengan pelbagai aktiviti menarik dan suasana yang mendamaikan, ia pasti akan memberikan anda kenangan yang tidak akan dilupakan.

Kesimpulannya, Desa Cattle Dairy Farm bukan sahaja menawarkan produk tenusu yang berkualiti tinggi tetapi juga pengalaman pelancongan yang unik dan mendidik. Dengan pemandangan yang menakjubkan, aktiviti interaktif, dan komitmen terhadap amalan lestari, tidak hairanlah ladang ini menjadi destinasi popular di Sabah. Jika anda mencari pengalaman yang berbeza, penuh dengan alam semula jadi dan pendidikan, Desa Cattle Dairy Farm adalah tempat yang sempurna untuk dikunjungi.

desa cattle dairy farm

Maklumat Tambahan, Jika anda pencinta alam sejati, nak mencari homestay menarik ? Pemandangan gunung amat la dekat bawah bukit Desa Cattle Dairy Farm, boleh buat tempah penginapan di The Olive Homestay Kundasang.

Boleh hubungi : 019-968 9414

418571866 122117499872146867 2675207070281094632 n

 

 

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

​“Yang langgar elok pula hidup!” – Kamal Adli berang dua beradik lumba kereta mewah, ragut nyawa empat sekeluarga

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260602 174236 0000

“Yang langgar elok pula hidup!” – Kamal Adli berang dua beradik lumba kereta mewah, ragut nyawa empat sekeluarga

SIKAP tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang menjadikan jalan raya awam sebagai litar lumba terus mengundang tragedi berdarah apabila empat nyawa sekeluarga yang tidak bersalah melayang dalam sekelip mata.

​Insiden menyayat hati yang berlaku di Kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam, Johor itu turut mendapat perhatian pelakon popular, Kamal Adli.

​Kamal, 40, meluahkan rasa kesal dan berang dengan tindakan melulu pemandu terbabit yang langsung tidak memikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Kamal Adli Luah Rasa Bengang

​Menerusi hantaran di platform Threads, suami kepada aktres Uqasha Senrose ini menyifatkan perbuatan berlumba di jalan raya yang sibuk terutamanya ketika musim orang ramai pulang ke kampung sebagai satu tindakan yang tidak masuk akal.

“Memang bodoh boleh berlumba tengah jalan-jalan sibuk orang balik dari kampung! Sampai orang tak bersalah yang meninggal! Bodoh gila!

“Yang langgar elok pula hidup! Tempatkan mereka bersama orang-orang beriman,” tulisnya penuh emosi.

 

​Dalam pada itu, rata-rata netizen di ruangan komen turut bersetuju dengan kenyataan Kamal dan menzahirkan rasa simpati yang mendalam terhadap nasib malang yang menimpa keluarga berkenaan.

Kronologi Kemalangan Ngeri

​Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 1.15 tengah hari Isnin, kemalangan ngeri itu melibatkan lima buah kenderaan iaitu dua buah Mercedes-Benz A250, sebuah BMW 530e, Toyota Vios, Perodua Alza dan Proton Wira.

​Siasatan pihak polis mendapati kemalangan berpunca daripada tindakan dua kenderaan mewah yang dipandu secara laju dan melulu.

​Akibatnya, kereta BMW berkenaan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kenderaan yang dinaiki empat sekeluarga tersebut.

Pelumba Rupanya Adik-Beradik

​Lebih mengejutkan, pemandu Mercedes-Benz yang terselamat dan pemandu BMW yang maut rupa-rupanya merupakan pasangan adik-beradik.

​Pemandu BMW berusia 22 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah pada bahagian dada. Manakala adiknya yang berusia 19 tahun, pemandu Mercedes-Benz, kini ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

​Tragedi ini turut mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang menggesa pihak polis menyegerakan siasatan agar tindakan pendakwaan yang setimpal dapat diambil terhadap pelaku.

Majalah ilmu 

Sumber: ohmymedia

Continue Reading

INFO

​’Satu Keluarga Habis Licin…’ – Angkara Ego Kereta Mewah Berlumba, 4 Beranak Dijemput Ajal Serentak Di Simpang Renggam

Published

on

1 20260602 114046 0000

‘Satu Keluarga Habis Licin…’ – Angkara Ego Kereta Mewah Berlumba, 4 Beranak Dijemput Ajal Serentak Di Simpang Renggam

SIAPA sangka, perjalanan petang yang disangka tenang bertukar menjadi sebuah tragedi berdarah yang paling menyayat hati. Kegembiraan sebuah keluarga hancur berkecai dalam sekelip mata apabila empat ahli keluarga terkorban serentak dalam satu kemalangan ngeri melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam.

​Lebih memilukan, insiden hitam ini dipercayai berpunca daripada sikap mementingkan diri dan ego pemandu dua buah kenderaan mewah yang memandu secara laju dan melulu di jalan awam.

Detik Cemas Rempuhan Berantai, BMW Meluncur Masuk Laluan Bertentangan

​Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.15 tengah hari itu membabitkan sebuah kereta Mercedes-Benz A250 dan sebuah BMW 530e. Kedua-dua kenderaan berkenaan dipercayai dipandu secara berbahaya dari arah Kluang menuju ke Simpang Renggam.

​”Pemandu BMW 530e yang dipandu lelaki tempatan berusia 22 tahun itu dipercayai hilang kawalan akibat dipandu terlalu laju sebelum ia meluncur masuk ke laluan bertentangan.

​”Kereta terbabit kemudiannya merempuh empat buah kenderaan lain yang sedang bergerak di laluan berkenaan iaitu Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira dan sebuah lagi Mercedes-Benz,” katanya.

​Akibat impak rempuhan yang tersangat kuat, kereta BMW tersebut dilaporkan tercampak lalu terjatuh ke dalam gaung di seberang jalan.

Empat Beranak Dalam Toyota Vios Maut Di Tempat Kejadian

​Sesiapa sahaja yang melihat foto kejadian pasti akan menitiskan air mata. Rempuhan itu telah mengorbankan pemandu Toyota Vios, seorang lelaki berusia 36 tahun, isterinya (33 tahun), seorang warga emas (73 tahun) dan seorang kanak-kanak perempuan sekecil 10 tahun. Dipercayai, kesemua mereka adalah ahli keluarga terdekat.

​Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan. Sementara itu, pemandu BMW berusia 22 tahun pula disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

​Tragedi ini turut menyebabkan dua lagi kanak-kanak berusia 11 dan tujuh tahun yang menaiki Perodua Alza mengalami kecederaan parah di kepala dan kini sedang bertarung nyawa di Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang. Beberapa pemandu lain turut mengalami kecederaan di kaki, muka, dan dada.

Remaja 19 Tahun Ditahan Polis, Netizen Mula Berang

​Susulan kejadian tersebut, pihak polis telah menahan pemandu Mercedes-Benz A250 yang baru berusia 19 tahun bagi membantu siasatan. Kenderaannya turut dirampas, bagaimanapun ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah.

​Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda jika sabit kesalahan.

​Berita ini ternyata mengundang kemarahan netizen di media sosial. Rata-rata mengecam tindakan pemandu-pemandu tersebut yang menjadikan jalan raya awam sebagai litar lumba peribadi sehingga mengorbankan nyawa orang lain yang tidak bersalah.

“Moga Ada Syurga Buat Kalian…” – Netizen Banjiri Ruangan Komen Dengan Doa

​Menjengah ke ruangan komen di platform media sosial, suasana pilu menyelubungi netizen apabila memikirkan nasib waris yang ditinggalkan. Bayangkan, dalam satu tengah hari, terus hilang empat ahli keluarga sekaligus.

“Ya Allah, luluh hati saya membaca berita ni. Hilang satu keluarga sekaligus. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” tulis seorang netizen.

“Tolonglah haramkan pemandu-pemandu melulu macam ni daripada guna jalan raya. Kerana ego nak tunjuk hebat, anak orang lain jadi yatim piatu, keluarga orang lain hancur!” komen seorang lagi dengan nada kesal.

​Pihak polis turut menasihati semua pengguna jalan raya agar sentiasa bertimbang rasa dan berhati-hati ketika memandu. Ingatlah, keluarga kita da



n keluarga orang lain sedang menunggu di rumah.

​Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat para mangsa yang terkorban dan doakan kesembuhan buat anak-anak kecil yang masih kritikal di hospital.

Majalah ilmu

Sumber: borakdaily

Continue Reading

INFO

​‘Tolong Kuat Ibu, Kami Tunggu Di Rumah’ – Warkah Rindu Anak Pendaki Wanita Hilang Di Gunung Batu Putih Sentuh Hati Netizen

Published

on

1 20260602 102442 0000

​‘Tolong Kuat Ibu, Kami Tunggu Di Rumah’ – Warkah Rindu Anak Pendaki Wanita Hilang Di Gunung Batu Putih Sentuh Hati Netizen

Anak Pendaki Wanita Hilang

SEJAK dilaporkan hilang pada 24 Mei lalu di Gunung Batu Putih, Tapah, Perak, misi pencarian pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, masih menjadi tumpuan utama seluruh rakyat Malaysia.

​Terbaharu, tular di media sosial satu luahan hati yang amat menyayat hati daripada anak mangsa yang setia menanti kepulangan ibunya di rumah.

​Warkah ringkas namun penuh emosi itu dikongsikan semula oleh pengguna akaun TikTok @darwisyahfaizal, sekali gus mengundang simpati dan air mata dalam kalangan netizen.

Anak Pendaki Wanita Hilang

Anak Pendaki Wanita Hilang

“Ibu Insan Paling Kuat Saya Kenal”

​Menerusi hantaran tersebut, si anak menyatakan keredaan dan ketabahannya dalam mendepani ujian yang amat berat ini, biarpun mengakui ada ketikanya dia berasa sangat tidak berdaya.

“Hai Ibu, saya tahu ibu kuat. Malah, ibu adalah antara insan paling kuat yang saya kenal. Saya tak dapat membayangkan apa yang sedang ibu lalui sekarang, tapi saya sentiasa berdoa agar Allah memberikan ibu kekuatan, ketenangan dan perlindungan untuk terus bertahan,” tulisnya.

 

​Lebih meruntun jiwa, anak mangsa turut menitipkan kata-kata semangat agar ibunya tidak berputus asa di dalam hutan belantara berkenaan.

​Dia juga memegang erat pesanan ibunya yang sering mengingatkan tentang kebaikan pencipta dalam apa jua keadaan sekalipun.

“Kami semua sedang menanti kepulangan ibu. Ada masanya saya berasa sangat tak berdaya, tapi saya cuba ingat kata-kata ibu: ‘Allah Maha Baik’. Ibu tak keseorangan. Allah sentiasa bersama ibu, dan kami juga sentiasa bersama ibu dari sini. Kami sayang ibu sangat-sangat,” luahnya lagi.

FB IMG 1780369564050

Anak Pendaki Wanita Hilang

Netizen Banjiri Ruangan Komen Dengan Doa

​Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata warga maya tidak dapat menahan sebak malah turut menumpahkan air mata membaca titipan rindu seorang anak kepada ibunya itu.

​Ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada keluarga mangsa agar terus cekal sementara menanti perkhabaran gembira daripada pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

“Allahuakbar, luruh jantung baca luahan anak dia. Semoga ada keajaiban buat Puan Jaslinda. Ya Allah, pulangkanlah ibu ini ke pangkuan anak-anaknya dalam keadaan selamat,” komen seorang netizen.

“Tak dapat bayangkan perasaan anak dia sekarang. Semoga pasukan SAR dipermudahkan urusan dan diberikan petunjuk segera,” tambah seorang lagi pengguna TikTok.

​Untuk rekod, operasi SAR bagi mengesan Jaslinda Saludin yang hilang di kawasan pergunungan tersebut masih giat dijalankan oleh pihak berkuasa dengan bantuan pelbagai agensi dan malim gunung.

Anak Pendaki Wanita Hilang

​Sama-sama kita doakan agar Puan Jaslinda segera ditemui dengan selamat.

Majalah ilmu

Sumber: borakdaily

Continue Reading

Trending