INFO
Dengan Aplikasi Artificial Intelligence (AI) Climate Central, Kita Dapat Kenal Pasti Kawasan Yang Kita Duduki Berpotensi Banjir Atau Sebaliknya
Dengan Aplikasi Artificial Intelligence (AI) Climate Central, Kita Dapat Kenal Pasti Kawasan Yang Kita Duduki Berpotensi Banjir Atau Sebaliknya
Banjir yang melanda baru baru ini memberi banyak pengajaran buat kita. Salah satunya adalah persediaan berdepan dengan bencana ini. Terlebih dahulu kita perlu kenal pasti kawasan yang kita duduki berpotensi banjir atau sebaliknya. Ia boleh dibuat dengan menggunakan aplikasi Artificial Intelligence (AI) Climate Central.
Panduan untuk melihat sama ada kawasan yang berada di bawah paras banjir ini dikongsi oleh Wan Hasifi Amin. Berikut adalah penjelasan daripada beliau.
Awas jika kita tinggal di kawasan di bawah paras banjir tahunan
Aplikasi Artificial Intelligence (AI) Climate Central ini menunjukkan sebahagian besar daripada bandar-bandar besar di Selangor berada di Bawah Paras Banjir Tahunan pada tahun 2030. Adalah sekitar 8 tahun lebih lagi. Tak lama pun lagi kan?
Bandar besar yang dimaksudkan adalah seperti Shah Alam, Setia Alam, Kuala Selangor, Jeram, Tanjung Karang, Kapar, Telok Panglima Garang dan bandar-bandar lain. Negeri-negeri lain di Malaysia juga banyak yang terlibat.
.
Rakan-rakan sekalian boleh check lokasi rumah masing-masing juga. Adakah rumah anda berada di bawah paras banjir dalam tempoh lebih kurang 8 tahun lagi.
Saya sudah cek dan rumah saya berada dalam zon bawah paras banjir tahunan. Baru-baru ini pun memang rumah saya di Shah Alam sudah pun dilanda banjir.
URL Central Climate
https://coastal.climatecentral.org/…/101.7282/2.8679/…
Ada dua persoalan sekarang ini. Yang pertama, boleh percaya ke teknologi Artificial Intelligence yang disediakan oleh Climate Central ini?
Untuk pengetahuan semua, saya pun rasa sedikit skeptikal pada mulanya. Namun setelah membaca latar belakang badan dan orang-orang yang mengusahakan aplikasi ini, saya rasa yakin dengan anggaran yang ditunjukkan oleh aplikasi ini.
Aplikasi ini ditaja oleh Universiti Yale yang merupakan salah sebuah universiti bertaraf Ivy Leage dan yang antara yang terbaik di dunia. Pengusahanya pula terdiri daripada beratus orang cerdik pandai.
Persoalan yang kedua pula. Bersediakah kita?
Sering kali dengar orang bercakap tentang ‘climate change’, ‘clean energy’ dan sebagainya. Namun, sejauh manakah masyarakat terutamanya para pemimpin kita menghayati perkara ini? Adakah sekadar topik untuk mengisi slot diskusi atau diikuti dengan tindakan.
Sempatkah kemajuan teknologi sekarang bergerak untuk memulihkan bumi yang semakin hari semakin tenat ini. Mampukah revolusi berlaku dalam sekitar 8 tahun ini. Mampukah Malaysia? Mampukah dunia? Semakin hari, lapisan ozon semakin nipis, suhu di kutub semakin meningkat, ais di kutub semakin mencair dan kesannya paras air laut semakin meningkat di seluruh dunia. Mampukah kita?
Semoga bermanfaat.
Sumber: Wan Hasifi Amin
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.