Petua
Cara yang betul supaya ikan yang disimpan tersebut tetap segar seperti mana baru beli
Cara yang betul supaya ikan yang disimpan tersebut tetap segar seperti mana baru beli
Ikan segar mempunyai jangka hayat yang pendek, sekiranya anda membeli atau menangkap ikan, maka cara terbaik untuk memakan hidangan lazat adalah dengan memasaknya segera. Namun jika kita memilih untuk menyimpan ikan segar tersebut maka syarat penyimpanan mestilah betul supaya ikan tersebut tetap segar lebih lama.
CARA BETUL SIMPAN IKAN SUPAYA TETAP SEGAR LEBIH LAMA
Kaedah atau cara penyimpanan bahan mentah seperti ikan perlulah dengan cara yang betul supaya ikan yang disimpan tersebut tetap segar seperti mana baru beli. Jika tidak disimpan dengan cara yang betul, ikan akan mula rasa tak sedap dan tak manis, memang juadah yang dihasilkan kurang enak.
Bagaimana cara menyimpan ikan agar tetap segar seperti bari beli? Cari jawapannya dalam Artikel ini!
Puan Normah Bahari berkongsi salah satu cara betul simpan ikan agar tetap segar dan manis macam baru beli melalui perkongsiannya di dalam group Masak Apa Hari Ini (MAHN). Malah ada beberapa ahli yang sudah mencuba dan hasilnya mereka akui ikan masih segar walaupun sudah disimpan selama lebih dua minggu.
CARA MENYIMPAN IKAN YANG BETUL DIDALAM FREEZER
LANGKAH PERTAMA :
Seperti biasa, ikan segar yang dibeli hendak disiang, dibuang ususnya kemudian dibilas, dibersihkan. Kemudian potong ikan mengikut kesesuaian.
Siang dan potong ikut kesesuaian
Bersihkan ikan. Guna bekas berjaring lebih mudah
LANGKAH KEDUA :
SUSUN ikan yang telah disiang dan dibersihkan di dalam bekas untuk SEKALI MASAK
LANGKAH KETIGA :
Setelah susun kedalam bejas untuk sekali masak, TUANGKAN AIR SEHINGGA MENUTUPI IKAN TERSEBUT, kemudian frozenkan
BILA NAK MASAK :
Keluarkan dan biarkan ia cair.
Kalau nak masak pagi, keluarkan dari malam.
Bila nak masak tengahari, keluarkan waktu pagi. In sha Allah ikan kita tetap segar macam baru beli.
Boleh juga digunakan untuk simpan ayam, sotong atau udang. Caranya sama macam step di atas.
Mudah-mudah, perkongsian ini dapat membantu para isteri, ibu-ibu khususnya dalam menyajikan juadah masakan yang segar dan sedap kepada ahli keluarga. Selamat mencuba!
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Sumber: Normah Bahari
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.