Connect with us

Petua

Cara Tanam Anggur Dalam Kalbat, Tumbuh Subur Dan Berbuah Lebat

Published

on

Cara Tanam Anggur Dalam Kalbat, Tumbuh Subur Dan Berbuah Lebat

Menanam anggur Dalam Kalbat menjadi perbincangan ramai orang yang hobi berkebun, terutamanya mereka yang berfikir untuk mendapatkan sesuatu yang baru. Tanam Anggur Dalam Kalbat. Ramai tak percaya pokok anggur sesuai tumbuh subur iklim Malaysia.

Ada pula yang cakap, kalau boleh tubuh subur pun buahnya masam. Salah tu, sebenarnya tu tak kena dengan caranya. Hafiz Husin ada cara tersendiri untuk hasilkan medium tanaman yang sesuai untuk pokok anggur.

Saje belanja tip penyediaan media tanaman anggur cara saya. Sebeanrnya saya tak ada lah tau sangat teknik yang betul, tapi macam ni lah yang saya buat setiap kali tanam pokok anggur.

Untuk lebih mudah diurus dan elak akar anggur merosakan struktur kediaman, En Hafiz tanam pokok anggur dalam kalbat. Ini caranya:

1. Sediakan medium tanaman dari campuran 1 bahgian tanah kompos, satu bahagian pasir, satu bahagian sekam bakar, satu bahagian sekam mentah, satu bahagian top soil dan sedikit kapur pertanian (kapur pertanian ni agak-agak je, Ia bagi tujuan neutralkan keasidan tanah dan masukkan ke dalam kalbat.

2. Mula-mula korek atau buat lubang berkedalaman 2 kaki.

3. Sediakan tinja kambing yg dah reput dalam 1 bekas dan masukkan ke dalam lubang yang telah dikorek tadi.

4. Timbus semula lubang yang di gali tadi dengan medium campuran yang telah disediakan.

5. Ginilah rupanya adunan tadi..biarkan dulu tanah ni dalam 7-14 hari untuk “menyejuk’..Tujuannya supaya media terkompos dgn sempurna. Atau jika nampak anak2 rumput mulai tumbuh di atas permukaan media, itu membawa petanda anak pokok anggur sedia utk dipindahkan.

6. Setelah cukup tempoh 1-2 minggu, korek semula lubang dan gunting bahagian belakang polybag anak pokok anggur.

7. Masukkan anak pokok sekali dgn polybag ke dalam lubang.

8. Kambus tanah di celah-celah rongga luar polybag dan siram. Dah siappp, jangan siram kerap sangat ye musim hujan ni. Agak-agak tanah macam nak mengering baru siram. Sebab akar anak anggur sangat sensitif dengan air yang berlebihan. Sekian.

Sumber : Hafiz Husin

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!