INFO
Rupanya Buah Durian Yang Banyak Berbuah Dari Kampung Boleh Pos! Begini Caranya Mudah Sahaja, Kosnya Pun Murah

Rupanya Buah Durian Yang Banyak Berbuah Dari Kampung Boleh Pos! Begini Caranya Mudah Sahaja, Kosnya Pun Murah
Pada masa sekarang ni telah masuk musim durian, di kampung ada pokok durian dan buahnya sekarang berbuah banyak. Tapi masalah sekarang ni nak balik kampung susah dan memang tidak lepas la. Hanya mampu tengok dan jenguk gambar sahaja lah.
Tetapi khabar baiknya sekarang ada alternatif lain. Tidak dapat balik kampung makan durian kita boleh minta orang kampung untuk pos durian. Jangan tidak tahu durian pun kita boleh pos juga! Caranya anda boleh ikut perkongsian dari Razira Razali.
Durian juga boleh pos tau!
Sekarang buah durian pun boleh pos. Bagi ibu dan ayah yang tengah banyak buah durian di kampung dan mahu bagi anak yang jauh tidak dapat balik merasa, anda boleh buat macam ini.
Cara-cara nak pos durian
1. Frozen kan durian dulu sebiji-sebiji (yang ini mak letak semalaman saja dalam chest freezer).
2. Sediakan kotak polisterin, lapik kotak polisterin dengan surat khabar atau kain tuala.
3. Susun buah durian biar padat. Boleh muat 8 biji durian.
4. Balut keseluruhan kotak dengan plastik wrap.
5. Cari contact Parcelhub berdekatan dan boleh pergi pos. Sebelum pos sebaiknya contact Parcelhub terlebih dulu untuk pastikan alamat penerima boleh dihantar secepat mungkin).
6. Berat 1 kotak ni anggaran 10kg dengan kos pos RM30 menggunakan Parcelhub. Pos hari Rabu, hari Khamis dah sampai. Jaminan parcelhub barang sampai dalam tempoh 3 hari paling lewat tapi 2 hari dah sampai.
INFO: Pastikan check dulu dengan courier service sebelum hantar. Confirm dulu alamat yang kita nak hantar boleh terima pakej dengan cepat. Jaminan yg diberi paling lewat 3 hari sebab tempat PKPD. Bagi tempat yang tidak ada masalah boleh sampai 2 hari.
Majalah ilmu: Harap dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita semua. Sesiapa yang teringin sangat makan durian tu boleh lah ikut cara ni ya.
Selamat mencuba!
Sumber: Razira Razali / Vanillakismis
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.