INFO
Cara Menggunakan Aplikasi Google Maps Secara Offline Bagi Kawasan Yang Tiada Liputan Internet
Cara Menggunakan Aplikasi Google Maps Secara Offline Bagi Kawasan Yang Tiada Liputan Internet
Terdapat ciri menarik dikenali sebagai Google Maps Offline yang boleh digunakan sekiranya merancang ke kawasan yang mempunyai ketiadaan liputan internet. Google Maps sentiasa berguna apabila anda berada di kawasan baharu.
Menerusi fungsi ini, anda boleh memuat turun peta untuk kegunaan tanpa sambungan internet pada peranti. Sebaik sahaja anda memuat turun peta, anda akan dapat mencari dan mendapatkan arah tanpa sambungan internet dengan peta ini. Berikut merupakan cara menggunakan Google Maps Offline yang tersedia pada aplikasi tersebut.
1. Pertama sekali, anda perlu masuk ke aplikasi Google Maps dan klik pada gambar profil yang terletak di bahagian carian.
2. Kemudian, tekan pada menu Offline Maps.
3. Lalu, pilih pula menu Select Your Own Map.
4. Seterusnya, pada paparan berikut anda boleh pilih peta kawasan yang ingin dimuat turun untuk digunakan secara offline nanti. Saiz fail muat turun peta akan bergantung pada kebesaran liputan kawasan yang ingin dituju.
5. Akhir sekali, anda hanya perlu klik pada Download Now untuk memuat turun bagi menyimpannya pada storan peranti.
Untuk makluman, peta yang telah dimuat turun perlu dikemas kini dalam tempoh 15 hari sebelum ia tiba pada tarikh luput. Jadi, Google Maps akan mengemas kini peta yang disimpan secara automatik apabila disambungkan pada WiFi. Anda juga masih boleh menggunakan peta offline ini walaupun terdapat sambungan internet mudah alih ketika membuka aplikasi lain.
Secara asasnya, peta yang telah dimuat turun akan disimpan pada storan dalaman peranti anda. Namun begitu, anda juga boleh menjimatkan ruang dengan menyimpan peta-peta ini pada mikro SD yang terdapat pada peranti yang hanya eksklusif pada Android 6.0 dan ke atas sahaja.
Dengan adanya fungsi Google Maps Offline dapat memudahkan anda meneruskan perjalanan dengan lebih yakin tanpa perlu risau akan ketiadaan liputan pada sesebuah kawasan. Malah, anda boleh menyimpan sejumlah peta sebagai persediaan sebelum perjalanan untuk penjimatan bateri juga.
Selain menggunakan peta tanpa sambungan internet, anda juga perlu mengetahui cara berkongsi koordinat sebenar apabila berlaku kecemasan.
Sumber Gambar: Aplikasi Google Maps
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.