Petua
Cara Menanam Tomato di Rumah: Panduan Lengkap Langkah Demi Langkah
Cara Menanam Tomato di Rumah: Panduan Lengkap Langkah Demi Langkah
Cara menanam tomato tidaklah terlalu susah malah lebih menyeronokkan kerana menanam tomato di rumah memberikan pelbagai manfaat termasuk penjimatan kos dan hasil segar yang bebas bahan kimia. Selain itu, menanam tomato juga mudah dan senang yang sesuai untuk mengisi masa lapang anda. Artikel ini membimbing anda langkah demi langkah berkaitan cara menanam tomato dengan berjaya.
Cara Menanam Tomato:
Penyediaan Tapak Penanaman
Tomato memerlukan cahaya matahari yang banyak dan tanah yang subur dengan saliran baik. Tambahkan kompos atau baja organik untuk kesuburan tomato.
Menanam Benih Tomato
1. Penyemaian Benih
Semaikan benih dalam bekas semaian dengan medium yang sesuai sama ada menggunakan tanah biasa atau cocopeat juga boleh dan pastikan mendapat cahaya matahari yang cukup.
2. Pemindahan Anak Benih
Pindahkan anak benih ke pasu, polybag atau tanah apabila pokok benih tomato mempunyai 2-3 helai daun sebenar.
Penjagaan dan Pemeliharaan
1. Penyiraman
Siram tomato secara konsisten, tetapi jangan terlalu banyak sehingga menyebabkan air bertakung.
2. Pembajaan
Gunakan baja NPK setiap 2-3 minggu untuk nutrien mencukupi. Atau anda juga boleh menggunakan baja organik seperti kulit bawang dan baja tinja ayam.
3. Pemangkasan dan Penyokongan
Pangkas daun dan ranting yang tidak perlu tetapi memerlukan kayu sokongan atau sangkar tomato.
4. Pengawalan Penyakit dan Serangga Perosak
Kenali penyakit seperti hawar daun dan perosak seperti ulat. Lalu semburkan racun serangga.
Menuai Hasil Tomato
1. Masa Menuai
Tuai apabila buah berwarna merah sepenuhnya dan agak lembut.
2. Cara Menuai
Petik dengan memutarnya perlahan-lahan.
Tomato adalah salah satu tanaman yang mudah ditanam jika diberi perhatian yang cukup dari segi penyiraman, pembajaan dan pengawalan serangga. Dengan mengikuti cara-cara menanam tomato di atas, anda boleh menikmati hasil tomato yang segar dari kebun sendiri.
FAQ
1. Bolehkah saya menanam tomato di dalam pasu?
Ya, asalkan pasu cukup besar dan mempunyai saliran baik.
2. Berapa kerap saya perlu menyiram pokok tomato?
Sekurang-kurangnya sekali sehari atau dua kali sehari pada cuaca panas.
3. Apakah jenis baja yang sesuai untuk tomato?
Baja NPK yang seimbang.
4. Bagaimana cara mengawal perosak pada tanaman tomato?
Gunakan kawalan biologi atau racun organik.
5. Berapa lama masa yang diambil untuk tomato matang?
Sekitar 60-85 hari bergantung kepada varieti dan keadaan persekitaran.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.