Connect with us

SEMASA

Atlet Boling Malaysia Nor Farah Ain Abdullah, Bergelar Juara Dunia pada Penampilan Sulungnya.

Avatar of farhan nizam

Published

on

Nor Farah Ain Abdullah

Atlet Boling Malaysia Nor Farah Ain Abdullah, Bergelar Juara Dunia pada Penampilan Sulungnya.

Nor Farah Ain Abdullah

Atlet boling Malaysia, Nor Farah Ain Abdullah, tidak dapat percaya bahawa dia menjadi juara dunia pada penampilan pertamanya di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands. Kemenangan mudahnya dalam acara wanita 6-2, 6-3 menentang lawan dari Malta, Connie Rixon telah menambah dan menyemarakkan semangatnya untuk kejohanan akan datang.

Nor Farah Ain Abdullah berkata, “Kali pertama mewakili negara dalam kejohanan yang jauh, saya masih rasa seperti dalam mimpi walaupun telah menang dan mendapat pingat emas. Saya masih tidak percaya bahawa saya telah menjadi juara?”

“Yang penting, lakukan yang terbaik dan alhamdulillah saya berjaya,” kata Nor Farah Ain Abdullah.

Nor Farah Ain Abdullah

Izzat Shameer juga berjaya meraih pingat gangsa dalam acara berpasangan campuran bersama Nor Farah Ain dan menyumbang pingat perak dalam acara perseorangan lelaki. Malaysia meraih satu emas, satu perak, dan satu gangsa, menjadikan mereka juara keseluruhan kejohanan tersebut.

Izzat Shameer berkata, pada hari pertama latihan, agak sukar kerana bola yang mereka sediakan agak berbeza.

“Bola mereka agak besar, sedangkan bola kita agak kecil, jadi apabila kami mendapat bola kami sendiri, baru kami rasa yakin,” katanya.

Nor Farah Ain Abdullah

Izzat Shameer, yang sebelum ini telah beraksi dua kali pada tahun 2013 dan 2023 tetapi hanya berjaya mara ke suku akhir telah membuatkan beliau tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya apabila penampilannya kali ini berbuah hasil.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.