Keluarga
Barang Yang Tidak Perlu Di simpan Dalam Peti Sejuk.

Barang Yang Tidak Perlu Di simpan Dalam Peti Sejuk.
Kita selalu meletak hampir semua barang dan makanan yang kita beli ke dalam peti sejuk. Kadang kala ia boleh merosakkan kualiti bahan makanan itu.
1. Bawang
Menyimpan bawang di dalam peti sejuk boleh menyebabkan petisejuk kita berbau. Apatah lagi jika ia telah dipotong atau dihiris. Simpan bawang di rak dapur dalam bekas yang kering.
2. Kentang
Kentang juga tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk dan harus disimpan di luar petisejuk dalam keadaan kering.
3. Sos
Sos akan menjadi lebih pekat dan sukar dituang semasa hendak digunakan. Ia boleh disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik dengan penutup botolnya ditutup rapat.
4. Roti
Menyimpan roti dalam petisejuk boleh menyebabkannya lebih keras dan kurang enak. Roti juga menyerap bau makanan lain yang ada dalam peti sejuk.
5. Makanan dalam tin
Jika masih ada makanan dalam tin yang masih berbaki, ia elok dikeluarkan daripada bekasnya dan disimpan dalam bekas plastik dan kaca sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
6. Makanan panas
Menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk akan menyebabkan lebih banyak tenaga elektrik yang digunakan untuk mengekalkan suhu peti sejuk agar sentiasa sejuk.
7. Rempah ratus
Elakkan menyimpan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam dan lain-lain di dalam peti ais. Ia boleh menyebabkan peti sejuk berbau herba. Ia harus disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik.
8. Mentega
Mentega akan menjadi keras di dalam peti sejuk dan menjejaskan rasanya. Ia harus disimpan dalam bekas yang ditutup ketat pada suhu bilik.
9. Madu
Madu tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Cuma elakkan dari tempat yang panas dan terdedah pada cahaya matahari.
10. Bahan bukan makanan
Keluarkan bahan bukan makanan seperti bahan kosmetik dari peti sejuk. Ia boleh mencemarkan bahan makanan yang disimpan bersamanya.
Rujukan : News Australia via Dr Zubaidi Hj Ahmad
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu
Keluarga
“Dah la Pandai Hafal Quran, Fasih Cakap Jepun Pula” Cantik Pula Masyallah – Ramai Kagum Kisah Aina Afiqah Raih 10A SPM

“Dah la Pandai Hafal Quran, Fasih Cakap Jepun Pula” Cantik Pula Masyallah – Ramai Kagum Kisah Aina Afiqah Raih 10A SPM
Nama seorang pelajar bernama Aina Afiqah binti Sahipol Nizam tiba-tiba jadi perhatian ramai sejak beberapa hari lalu. Bukan setakat kerana dia meraih keputusan 10A dalam SPM 2024, tapi kisah latar belakangnya yang cukup luar biasa buat ramai rasa kagum dan tersentuh.
Di sebalik wajah manis Aina, tersimpan kisah disiplin dan perjuangan yang tidak ramai tahu. Aina bukan saja cemerlang dalam akademik, malah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran, selain dinobatkan sebagai Tokoh Sahsiah Terpuji Banat 2024 di institusi pengajiannya, MATIS Madinatul Huffaz.
Namun apa yang lebih mengejutkan, Aina juga mampu bertutur fasih dalam bahasa Jepun.
Kacukan Malaysia-Jepun, tapi dididik dengan nilai Islam sejak kecil
Aina merupakan anak kacukan Malaysia dan Jepun. Ibunya berasal dari Jepun manakala ayahnya rakyat Malaysia. Sejak kecil, dia dibesarkan dalam suasana yang penuh disiplin dan nilai agama. Bahasa Jepun menjadi bahasa harian di rumah, membuatkan Aina membesar dengan tiga bahasa — Melayu, Inggeris dan Jepun.
Di sebalik latar belakang antarabangsa itu, kedua ibu bapa Aina tetap menitikberatkan pendidikan agama dan akhlak. Maka tak hairanlah bila Aina berjaya menjadi hafizah dalam usia muda.
@tahfizmadinatulhuffaz 10A ✅ Hafizah ✅ Tokoh Sahsiah ✅ Cakap Jepun ✅ Macam checklist superhero 🤭 Siapa kata pelajar tahfiz tak boleh all-rounder? #MadinatulHuffaz #maahadtahfizgombak #maahadtahfizkl #fasttrackspm #spm2024 ♬ original sound – MATIS Madinatul Huffaz
Bapa gembira ketika dapat tahu keputusan SPM
Sebuah video yang dimuat naik oleh pihak sekolah menampakkan detik penuh emosi apabila bapa Aina dilihat memberi ucapan dalam bahasa jepun tanda syukur sambil tersenyum bergurau dgn anaknya. Ramai yang menyifatkan momen itu sebagai detik paling menyentuh hati sepanjang video tular berkenaan.
Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan kata-kata semangat buat Aina dan keluarganya.
Antara komen yang mencuri perhatian ialah apabila ramai mengakui tidak menyangka seorang pelajar tahfiz mampu mendapat keputusan akademik secemerlang itu.
Netizen teruja Aina boleh bercakap Jepun
Dalam satu lagi video lain yang turut tular, Aina dilihat bercakap dalam bahasa Jepun dengan lancar dan yakin. Ramai yang terkejut dan menyangka dia merupakan pelajar dari Jepun.
Namun apabila didengar betul-betul, ada yang berseloroh mengatakan sebutan Jepun Aina ada sedikit loghat Kelantan. Lucu tetapi mencairkan hati netizen yang terus menyokong gadis ini untuk terus ke hadapan.
Bukan biasa-biasa, tapi inspirasi generasi muda
Dalam dunia yang penuh cabaran hari ini, kisah seperti Aina Afiqah membawa sinar harapan buat ibu bapa, guru-guru dan masyarakat. Dia membuktikan bahawa pelajar tahfiz bukan hanya hebat dalam agama, tetapi juga mampu mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik dan bahasa.
Ramai yang berharap Aina terus menggunakan kelebihan yang ada untuk berdakwah di peringkat antarabangsa, terutamanya kepada masyarakat Jepun yang semakin terbuka terhadap Islam.
@yayasanannabawi Replying to @AsyrafPais ini kisah dia. Patut lancar je bahasa jepun dia kan 😂. Semoga kisah adik afiqah boleh beri inspirasi kepada semua. #yayasanannabawi #matanshahalam #japanesegirl #inspirasiramadan ♬ Aesthetic – Tollan Kim
Siapa sebenarnya Aina Afiqah?
Pelajar lepasan SPM 2024 dengan keputusan 10A
Hafizah 30 juzuk al-Quran
Tokoh Sahsiah Terpuji Banat 2024
Fasih dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Jepun
Berasal dari keluarga kacukan Malaysia-Jepun
Kejayaan Aina Afiqah bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi simbol bahawa gabungan ilmu dunia dan akhirat boleh melahirkan generasi muda luar biasa. Ia juga menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain bahawa segala impian boleh dicapai dengan disiplin, usaha dan doa yang berterusan.
Semoga kisah ini membuka mata lebih ramai pihak tentang potensi anak-anak Malaysia hari ini. Tak mustahil satu hari nanti Aina akan jadi suara penting yang membawa nama Islam dan negara ke persada dunia.
Keluarga
Anak Rita Rudaini mencapai keputusan cemerlang dengan straight A sebagai hadiah ulang tahun untuk ibunya.

Anak Rita Rudaini mencapai keputusan cemerlang dengan straight A sebagai hadiah ulang tahun untuk ibunya.
Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Dalam entri Instagram, Rita berterima kasih kepada Allah kerana Ryan berjaya kekal dalam Top 10 batch student, kali ini di MRSM Sungai Besar.
“Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 batch student lagi, tapi kali ni dekat MRSM Sungai Besar pula. Tahniah, ibu akan pastikan anak-anak ibu cemerlang dalam akhlak dan pendidikan. Doa ibu selalu bersama anak-anak,” tulisnya.
Pencapaian Ryan turut mendapat perhatian rakan-rakan artis yang mengucapkan tahniah kepada Rita dan Ryan. Rita, yang sebelum ini berkahwin dengan bintang bola kebangsaan, Aidil Zafuan pada 2008, kini fokus untuk memastikan anak-anaknya cemerlang dalam segala aspek kehidupan.
Keluarga
Masitah Kita cabut mata dia! Kita cabut penglihatan dia kita tengok dia masih lagi tak, boleh as positive as she is Masitah’

Kita cabut mata dia! Kita cabut penglihatan dia kita tengok dia masih lagi tak, boleh as positive as she is Masitah’
Masitah : “I wanted to prove, not to anybody else but to God that I am so thankful for whatever He gave me or whatever He takes from me, I will be Insha-Allah the best version of Masitah”
Itulah ucapan penuh dari kata-kata Masitah Mohd Afandy, 32, merupakan Ketua Pegawai Eksekutif NM Aircond Sdn. Bhd. yang telah diduga menjadi seorang berkelainan upaya iaitu buta oleh kerana telah terlibat dalam kemalangan pada 21 Mac 2023 di Lebuhraya PLUS Ayer Keroh, Arah, Selatan ketika perjalanan pulang ke Johor selepas selesai memberi perkongsian orientasi bagi pelajar-pelajar di akhir semester di Kolej Komuniti Sabak Bernam.
Akibat daripada kemalangan tersebut, Masitah atau lebih mesra dipanggil Mashy berkata kepala dibahagian sebelah kanan beliau retak dan muka disebelah kanan pecah menyebabkan rumah mata juga pecah punca penglihatannya rosak atau buta.
Disamping itu, kaki kanan beliau juga patah dan masih dalam proses pemulihan di mana perlukan masa dalam 5 bulan untuk beliau mula berjalan.
“Dan saya janji Insha-Allah diberi rezeki tidak mempunyai penglihatan tidak akan mengurangkan level of manfaat yang saya akan berikan kepada lebih ramai orang dan saya berjanji juga, Insha-Allah saya akan keep on inspiring other people sebab saya nak jadi seperti mana yang Rasulullah SAW cakap “Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat.” katanya.
Kecacatan yang menimpa diri Masitah itu mendorong dirinya menjadi seorang yang sangat positif dan memberikan motivasi kepada orang ramai selepas rakaman diaplikasi TikToknya meraih banyak pujian baru-baru ini. Hal ini menyedarkan orang ramai agar sentiasa redha dan terus bersyukur sekaligus memberikan kekuatan kepada seseorang dalam setiap ujian yang menimpa kerana Allah sayangkan hamba-Nya dan pasti ia merupakan satu nikmat yang mana tak semua orang dapat merasainya.
Dalam perkongsian video itu, menunjukkan sikapnya seorang yang ceria dan bersemangat menceritakan perkembangan dirinya selepas dari kemalangan membuat orang ramai tertanya-tanya bagaimana beliau boleh menjadi seorang yang positif dan redha dengan ujiannya.
Mengupas dengan lebih mendalam mengenainya, Masitah mengucap rasa syukur dengan orang disekelilingnya yang memberikan impak positif dan gembira dalam dirinya membuatkan dia lebih tabah dan terus kuat menerimanya.
“Apa yang saya boleh share menjadi seorang yang buta menariknya adalah saya tidak lagi takut gelap dan apabila kita tidak nampak kita kurang judges orang dan saya berharap dan bertanya kepada Allah, Allah adakah kerana ujian penglihatan ni saya dapat masuk syurga? Kalau ye, then saya redha. Alhamdulillah” katanya.
Beliau melihat ujian ini sebagai satu lagi tahap dalam permainan yang telah disusun oleh Allah kepadanya supaya terus lebih cekal dan memberi inspirasi terhadap orang-orang yang sedang berusaha untuk terus redha dalam setiap ujian yang diberi.
Antara sumber positif beliau adalah suaminya sendiri yang mana banyak membantunya dari perspektif berbeza. Ketika baru kemalangan dan mengetahui seorang pekerjanya meninggal dunia akibat kemalangan itu beliau ada beritahu kepada suaminya bahawa Allah lebih sayangkan pekerja, Mok atau nama sebenar Muhammad Quzaimie Izzaudin bin Mahmod dan disebabkan itulah Allah ambil dia.
Namun dalam hati beliau ada terdetik, mungkin Allah tak sayangkannya itu sebab Allah tidak mengambilnya, namun belum sempat beliau merasa sedih suaminya terus menguatkan katanya memang betul Allah sayangkan Mok namun Allah sayangkan beliau dengan cara berbeza dan ia menjadi sumber positif kepada beliau sehingga hari ini.
Seterusnya adalah mentornya, Datuk Wira Dr Azizan Osman, ketika di unit rawatan rapi (ICU) mentornya ada berhubung dengan beliau dan maklumkan Allah masih ada tugas lagi nak beri kepadanya dan beliau rasakan pasti ada benda besar yang Allah akan beri pada masa akan datang.
“Benda yang paling saya rindu pun mungkin sebab kini tidak lagi dapat menatap muka suami, ibu dan juga pekerja saya. Bila rindu itu datang nak tengok muka mereka, itu sahaja yang buatkan saya sedih. Tapi selalunya muka mereka akan muncul dalam mimpi, jadi saya akan gembira balik dan dapat lepaskan rindu menatap wajah mereka,” katanya.
Walau bagaimana, perasaan sedih itu akan ada cuma Masitah tidak membuat kesedihan itu sebagai satu perkara yang boleh membuat beliau tersungkur dan terus berpanjangan. “Proses penyembuhan mengambil masa” akuinya lagi.
Lain daripada itu, beliau menasihatkan agar orang ramai jangan rasa ujian dalam kehidupan ini adalah satu pengakhiran malah ianya adalah satu permulaan dalam kehidupan kita. Dengan itu, beliau melihat perspektif ujian ini adalah gurauan di mana Allah sedang bergurau dengan orang yang dia sayang sebab itu lah dengan ujian ini dia dapat merapatkan kita dengan-Nya.
“Kalau kita sentiasa mencari hikmah atau mencipta hikmah dalam perspektif positif, Insha-Allah kita akan lebih kuat menghadapi kehidupan serta bersyukur atas segala nikmat diberikan.
“Sebab kadang-kadang apa kita rasa itu seronok namun ia bukanlah terbaik untuk kita namun yang kita tidak suka itulah sebenarnya yang terbaik,” ungkapnya lagi.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA6 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA6 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA6 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah









