SEMASA
“Doakan Anak Kami…” — Bapa Rayu Rakyat Malaysia Menjelang Pembedahan Pemindahan Hati Di China

MELAKA – Dalam linangan air mata dan penuh harapan, seorang bapa muda merayu seluruh rakyat Malaysia agar tidak putus mendoakan kelancaran pembedahan pemindahan hati anaknya yang dijadualkan berlangsung di Hospital Shanghai, China, esok.
Muhammad Ikmal Haziq Mazlan, 24, bakal mendermakan sebahagian hatinya kepada anak sulungnya, Nur Asyura Medina Muhammad Ikmal Haziq, 2 tahun 4 bulan, yang menghidap penyakit biliary atresia (BA). Katanya, ketika ini dia dan keluarga hanya berserah sepenuhnya kepada doa orang ramai agar prosedur berisiko tinggi itu berjalan lancar.
“Pembedahan dijadualkan pada pukul 9 pagi esok. Harapan kami sekeluarga agar orang ramai terus mendoakan Medina supaya kembali sihat seperti kanak-kanak lain. Doakan segala urusan dipermudahkan dan Medina dijauhkan daripada sebarang komplikasi,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Ikmal, tarikh pembedahan dimaklumkan pihak doktor selepas anaknya menjalani beberapa pemeriksaan awal sejak tiba di China pada Khamis lalu. Setakat ini, keadaan Medina dilaporkan stabil dan bersedia untuk menjalani prosedur tersebut.
Melaporkan Medina yang bertarung nyawa akibat penyakit itu bakal menerima sebahagian hati daripada bapanya dalam pembedahan dengan anggaran kos rawatan mencecah RM185,000. Pembedahan sepatutnya dilakukan ketika Medina berusia setahun, namun terpaksa ditangguhkan kerana kekangan dana, selain keadaan hati kanak-kanak itu yang kini sudah mula mengeras dengan prognosis 50-50.
Ikmal memaklumkan, kos pembedahan kini telah mencukupi hasil sumbangan pelbagai pihak, termasuk Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh yang menyumbang RM120,000 daripada simpanan haji, serta RM62,000 yang dikutip menerusi Yayasan Nanyang Press.
SEMASA
PR Singapura Tutup Plat Nombor Kereta Dengan Pita Hitam Untuk Isi RON95, Didenda RM9,000 Oleh Mahkamah

PR Singapura Tutup Plat Nombor Kereta Dengan Pita Hitam Untuk Isi RON95, Didenda RM9,000 Oleh Mahkamah
Seorang lelaki yang menetap di Singapura sebagai pemegang status Penduduk Tetap (PR) didenda oleh Mahkamah Majistret Kulai hari ini kerana mengubah suai nombor pendaftaran kenderaannya bagi membolehkan dia mengisi petrol RON95.
Menurut laporan The Star, lelaki berusia 64 tahun, Long Sa Kow, didakwa mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan yang bukan milik kereta buatan Jerman berwarna peraknya di sebuah stesen minyak di Batu 21/4, Jalan Johor Bahru–Air Hitam kira-kira jam 10.30 malam pada 2 Januari.
Didakwa menutup awalan plat Singapura untuk guna RON95 bersubsidi di Johor
Ditegur hakim kerana mengganggu prosiding
Semasa prosiding, Long meminta pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Inggeris kerana dia tidak memahami Bahasa Malaysia atau Mandarin.
Beliau kemudiannya mengaku bersalah di hadapan Majistret R. Salini.
Ketika fakta kes dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, Long mula mempersoalkan butiran kes, menyebabkan hakim menegurnya sebanyak dua kali:
“Biarkan jurubahasa menghabiskan pembacaan fakta terlebih dahulu. Jangan ganggu.”
Apabila Long menyatakan beliau tidak bersetuju dengan fakta kes, mahkamah menangguhkan prosiding selama 30 minit bagi membolehkan penjelasan dibuat dalam bahasa Inggeris.
Didenda RM9,000
Selepas rehat, mahkamah dimaklumkan bahawa Long didakwa mengubah suai nombor pendaftaran kenderaannya dengan menutup beberapa huruf supaya dia boleh mengisi petrol RON95, yang hanya diperuntukkan kepada rakyat Malaysia.
Polis menjalankan siasatan selepas satu rakaman video perbuatannya tular, dan mendapati nombor enjin serta casis kenderaan tersebut didaftarkan di Singapura.
Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman denda antara RM5,000 hingga RM20,000, atau penjara antara satu hingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.
Timbalan pendakwa raya S. Thiviya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang boleh memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam.
“Mahkamah juga perlu mengambil kira niat tertuduh yang mengubah nombor pendaftaran kenderaannya untuk menikmati hak dan keistimewaan yang dikhaskan kepada penduduk tempatan serta kenderaan berdaftar Malaysia.
“Ini seharusnya menjadi pengajaran kepada semua dan peringatan supaya tidak sewenang-wenangnya mengubah nombor pendaftaran kenderaan demi kepentingan peribadi,” katanya.
Peguam Long, Sharmaine Fairuz Mohd Zulkifli daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, merayu agar denda diringankan dengan alasan anak guamnya seorang pesara, mempunyai tiga orang anak dan tidak mempunyai pendapatan tetap.
Long kemudian diperintahkan membayar denda RM9,000, atau sembilan bulan penjara jika gagal membayar. Beliau membayar denda tersebut di tempat kejadian.
SEMASA
Telur Dadar Cecah RM50 Lebih? Pasar Terapung Thailand Dikecam Pelancong

Telur Dadar RM50 Lebih Undang Amarah, Pasar Terapung Thailand Dikecam Pelancong
Pasar Terapung Damnoen Saduak di wilayah Ratchaburi, Thailand yang terkenal sebagai tarikan pelancongan kini terpalit kontroversi apabila seorang pelancong mendakwa dicaj sehingga 400 baht (sekitar RM50+) hanya untuk telur dadar kosong. Lebih mengejutkan, hidangan nasi goreng bersaiz besar yang hanya mengandungi telur dan sayur turut didakwa dijual pada harga 1,400 baht, sekali gus mencetuskan kemarahan ramai.
Aduan tersebut tular di media sosial apabila pengadu mempersoalkan kewajaran harga makanan yang disifatkan terlalu melampau, walaupun di kawasan pelancongan. Isu ini akhirnya menarik perhatian pihak berkuasa tempatan yang terus menjalankan pemeriksaan ke atas restoran terbabit.
Pemilik restoran berkenaan mengakui harga yang dikenakan sememangnya tinggi, namun mendakwa ia berpunca daripada kos operasi yang besar termasuk sewaan, gaji pekerja, harga bahan mentah serta bayaran kira-kira 900 baht bagi setiap bot pelancong yang singgah. Walaupun menu memaparkan harga dengan jelas, pihak berkuasa menasihatkan restoran itu supaya menurunkan harga, dan pemilik bersetuju untuk berbuat demikian.
Difahamkan, restoran sama sebelum ini juga pernah menerima aduan apabila menjual pad thai pada harga 900 baht, sebelum menurunkannya kepada 500 baht selepas diberi amaran. Sepanjang cuti Tahun Baharu lalu sahaja, 14 kedai di pasar tersebut didakwa kerana gagal memaparkan harga menu. Kes ini turut mengingatkan orang ramai kepada kontroversi telur dadar ketam cef selebriti Jay Fai di Bangkok yang pernah didenda selepas pelanggan terkejut dikenakan bayaran sehingga 4,000 baht.
SEMASA
Pelajar Kolej Maut Dirempuh Kereta Hilang Kawalan di Lebuhraya Senai–Desaru

Satu kemalangan tragis meragut nyawa seorang pelajar kolej apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam pertembungan dengan sebuah kereta di Kilometer 67.4 Lebuhraya Senai–Desaru, malam tadi. Mangsa, Intan Darwiena Abdullah, 20, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.
Allahyarham merupakan pelajar jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Kolej Vokasional ERT Azizah, Johor Bahru. Pemergian mengejutnya mengundang rasa pilu dalam kalangan ahli keluarga, rakan serta warga institusi pendidikan yang mengenali arwah sebagai seorang pelajar yang baik dan berdedikasi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman memaklumkan, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu wanita tempatan berusia 35 tahun hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal Honda Beat yang ditunggang mangsa. Pemandu kereta dilaporkan mengalami sakit dada dan sedang menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi.
Menurut beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati di jalan raya dan mematuhi peraturan trafik bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Pemergian Intan Darwiena menjadi peringatan bahawa keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab bersama.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA6 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah









