Connect with us

SEMASA

Asteroid 4660 Nereus Bersaiz Tiga Kali Ganda Padang Bola Sepak Yang Berbahaya Bakal Hampiri Bumi

Published

on

Asteroid 4660 Nereus Bersaiz Tiga Kali Ganda Padang Bola Sepak Yang Berbahaya Bakal Hampiri Bumi

Asteroid bersaiz hampir tiga kali ganda lebih besar daripada padang bola sepak akan bergerak menghampiri Bumi pada bulan depan.

Menurut Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), batu angkasa yang dinamakan 4660 Nereus itu digelar sebagai “Asteroid Berpotensi Berbahaya (PHA)”.

Ia berpotensi memusnahkan Bumi sekiranya bertembung, namun laluannya kali ini dilaporkan tidak memberi ancaman kepada manusia.

Pihak NASA meramalkan 4660 Nereus akan mendekati Bumi pada 11 Disember ini dengan jarak 3.9 juta kilometer (km) atau 10 kali ganda jarak antara Bumi dan Bulan.

Malah, batu angkasa itu diramalkan tidak akan mendekati Bumi lagi sehingga 2 Mac 2031 atau pada November 2050 dan Februari 2060 akan datang serta hanya mengelilingi matahari pada setiap 664 hari.

Menurut NASA, Ahli Astronomi, Eleanor F Helin menemui asteroid itu pada tahun 1982 dan dikategorikan dalam kumpulan asteroid Apollo kerana melintasi laluan Bumi semasa mengelilingi matahari.

Sementara itu, pelbagai rancangan para saintis mengenai misi ke asteroid itu dirancang namun ia tetap gagal.

NASA turut bercadang menghantar robot penyiasat ‘Robotic Asteroid Shoemaker Rendezvous (NEAR)’ dan Jepun ingin menghantar robot kapal angkasa ‘Hayabusa’ ke Nereus, tetapi mereka akhirnya memilih sasaran lain.

Sumber: Daily Star, Agensi

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!