Connect with us

SEMASA

Usaha Anggota Polis PDRM Untuk Menghulurkan Bantuan Kepada Yang Memerlukan Raih Pujian Warganet

Published

on

Usaha Anggota Polis PDRM Untuk Menghulurkan Bantuan Kepada Yang Memerlukan Raih Pujian Warganet

Usaha Anggota Polis PDRM Untuk Menghulurkan Bantuan Kepada Yang Memerlukan Raih Pujian Warganet

Keadaan Di Malaysia sekarang ini ramai sangat rakyat yang terkesan dengan keadaan pandemik yang berlaku di dunia ini. Banyak keluarga semakin lama lanjutan PKP ini mereka semakin kekurangan stok makanan untuk meneruskan kehidupan. Ramai dah rakyat yang tidak tahu akan dimana lagi untuk mencari rezeki. Situasi sesetengah rakyat Malaysia yang didalam kesusahan ketika ini telah membuatkan ramai pihak terpanggil untuk menghulurkan bantuan kepada mereka.

Dari dalam kerajaan hinggalah mereka yang bukan kerajaan (NGO) semuanya salingvbantu-membantuvuntuk mengusahakan memberi sumbangan untuk meringankan beban penduduk di Malaysia dengan tanpa mengira kaum, agama ataupun kepercayaan.

Anggota Polis menghulurkan bantuan

Namun yang demikian, melalui satu perkongsian di laman Facebook rasmi bekas perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, satu video anggota polis telah memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan telah mendapat perhatian ramai masyarakat.

Melalui video itu lagi, dapat dilihat bonet kereta peronda polis itu penuh dengan pelbagai barang-barang makanan bagi untuk diagih-agihkan kepada mereka yang berada di kawasan tersebut.

Satu kapsyen yang disertakan dalam posting berkenaan juga turut memuji inisiatif yang dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memberi bantuan kepada orang awam selaras dengan prinsip yang mereka tegakkan, “polis dan masyarkat berpisah tiada.”

Jasa dan bakti semua mereka tersangatlah dihargai

Dengan perkongsian tersebut juga, rata-rata warganet telah meninggalkan komen positif keatas usaha yang dilakukan oleh pihak berkuasa terbabit dalam membantu orang awam yang sedang kesusahan.

Mereka juga berharap agar tindakan sebegitu dapat memberi contoh kepada orang lain untuk bersama-sama memberikan sumbangan kepada masyarakat yang sedang susah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Screenshot 2021 07 06 at 8.41.59 PM

Merasa bangga jika semua polis macam ini

Screenshot 2021 07 06 at 8.42.13 PM

Harap kebaikkan anda mendapat ganjaran

Screenshot 2021 07 06 at 8.42.28 PM

Tidak ambil gambar pun untuk bagi sumbangan

Screenshot 2021 07 06 at 8.42.35 PM

Majalah ilmu: Terbaik abang polis. Semoga usaha mereka yang berusaha membantu sesama masyarakat mendapat ganjaran dari tuhan. Semoga wabak ini segera berakhir, sama-sama kita doakan. Semoga tuhan mengampuni segalah dosa-dosa kita. Aamiin

Sumber: Facebook Najib Razak / Ohmymedia

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMASA

Kehilangan Ibu Bapa, Terpaksa Kerja Siang Malam — Menteri Hulur Bantuan RM20,000

Published

on

Kehilangan Ibu Bapa Terpaksa Kerja Siang Malam — Menteri Hulur Bantuan RM20000 2

RM20,000 Untuk Sebuah Harapan

Kisah Selveston, Anak Yatim yang Tidak Pernah Berhenti Bermimpi

Seorang pelajar universiti yang kehilangan kedua-dua ibu bapanya dalam tempoh singkat kini menerima bantuan kewangan berjumlah RM20,000 bagi menamatkan pengajiannya. Bantuan itu disalurkan selepas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim, tampil menghulurkan pertolongan.

Kisah menyentuh hati itu kemudian dikongsi oleh Sim di laman Facebook beliau sebagai peringatan bahawa di sebalik angka dan dasar, wujud insan biasa yang berjuang demi masa depan. Ia juga menjadi seruan agar masyarakat tidak berputus asa walaupun diuji dengan dugaan paling berat.

622274868 1452632699551971 5099735688432486193 n

Kehilangan Dalam Masa Singkat

Menurut Sim, Selveston terlebih dahulu kehilangan bapanya akibat komplikasi jantung. Tidak lama kemudian, ibunya pula meninggal dunia setelah lama bertarung dengan penyakit kanser.

Sejak kecil, kehidupan mereka tidak pernah mewah. Namun rumah kecil itu penuh dengan kasih sayang. Kini, pada usia 25 tahun, Selveston terpaksa berdiri sendiri, tanpa tempat bergantung, sedangkan ramai rakan sebayanya masih mempunyai keluarga sebagai sokongan.

Sim menyifatkan Selveston sebagai seorang yang pendiam, tetapi setiap kata yang dilafazkan jelas menggambarkan beban berat yang dipikul seorang diri.

622096279 1452632659551975 8260800879826697 n

Mula Bekerja Seawal Usia 15 Tahun

Sejak remaja, Selveston sudah belajar tentang erti berdikari. Pada usia 15 tahun, dia mula bekerja sebagai pengawal keselamatan bagi membantu perbelanjaan keluarga.

Dia menyimpan wang sedikit demi sedikit dengan satu impian — melanjutkan pelajaran ke universiti tanpa membebankan ibu bapanya. Usahanya membuahkan hasil apabila dia diterima masuk ke University of Cyberjaya.

Namun, walaupun bergelar mahasiswa, dia tetap bekerja setiap hari, termasuk melakukan penghantaran Grab, demi menyara kehidupan. Dia percaya, selepas tamat pengajian, dia mampu memperoleh pekerjaan lebih baik dan membalas jasa ibu bapanya.

Takdir, bagaimanapun, mengubah segalanya.

617416805 1452632722885302 1225177509207855985 n

Beban Kewangan yang Menghimpit

Selepas pemergian kedua-dua ibu bapanya, Selveston terpaksa menanggung kos rumah keluarga di Pulau Pinang serta membantu sepupunya yang berstatus OKU. Dalam masa sama, dia juga perlu membayar yuran universiti dan sewa rumah di Kuala Lumpur.

Setiap hari selepas tamat kelas, dia menunggang motosikal berjam-jam mencari rezeki. Hujung minggu juga tidak pernah menjadi waktu rehat.

Sim mendedahkan bahawa ada hari Selveston tidak mempunyai wang mencukupi sehingga terpaksa berlapar.

Lebih memilukan, Selveston baru-baru ini terlibat dalam kemalangan langgar lari ketika bekerja, menyebabkan kecederaan di bahagian lutut. Akibatnya, dia tidak lagi mampu bekerja buat sementara waktu dan kehilangan sumber pendapatan.

“Saya Cuma Mahu Habiskan Ijazah”

Apabila ditanya sama ada dia mampu terus bertahan, Selveston hanya tersenyum kecil, menunduk, dan berkata dengan suara perlahan:

“Saya cuma mahu habiskan ijazah.”

Dia dijangka bergraduasi pada bulan November dan kini berada di fasa terakhir pengajian. Sim menenangkannya dengan berkata bahawa dia sudah hampir ke garisan penamat dan tidak perlu lagi memikul semuanya seorang diri.

622219271 1452632706218637 2702808332191496692 n

Bantuan RM20,000, Harapan Baharu

Steven Sim memberikan bantuan awal sebanyak RM5,000 bagi memenuhi keperluan mendesak Selveston. Beliau turut berjanji menanggung baki kos termasuk yuran pengajian, sewa rumah dan perbelanjaan sara hidup.

Jumlah keseluruhan bantuan mencecah hampir RM20,000.

Matlamat utama, kata Sim, adalah supaya Selveston dapat memberi sepenuh tumpuan untuk menamatkan pengajian tanpa dibelenggu tekanan kewangan.

Beliau menutup perkongsiannya dengan kata-kata penuh harapan, bahawa ibu bapa Selveston pasti bangga dengan ketabahan dan pencapaiannya hari ini.

Kehilangan Ibu Bapa, Terpaksa Kerja Siang Malam — Menteri Hulur Bantuan RM20,000

Continue Reading

Pendidikan

RM60,000 Halang Impian Jadi Doktor — Uncle Kentang Hulurkan Harapan Buat Pelajar Malaysia

Published

on

RM60000 Halang Impian Jadi Doktor — Uncle Kentang Hulurkan Harapan Buat Pelajar Malaysia

RM60,000 Halang Impian Jadi Doktor — Uncle Kentang Hulurkan Harapan Buat Pelajar Malaysia

Impian seorang gadis muda Malaysia untuk menjadi doktor hampir berkubur, bukan kerana kegagalan akademik, tetapi kerana kekangan kewangan.

Selepas berjaya memperoleh tawaran ke Universiti Monash, masa depan gadis itu kelihatan cerah. Namun kegembiraan itu hanya bertahan seketika apabila yuran pendaftaran sebanyak RM60,000 perlu dijelaskan dalam tempoh yang singkat.

Bagi keluarganya, jumlah itu bukan kecil. Masa semakin suntuk, dan mereka terpaksa berkejar dengan waktu untuk mencari dana demi menyelamatkan impian anak mereka.

uncel 1

Ayah Berusaha, Namun Masih Kekurangan RM40,000

Dalam satu perkongsian di Facebook, Uncle Kentang mendedahkan bahawa bapa gadis tersebut mempunyai simpanan KWSP, namun hanya boleh dikeluarkan sepenuhnya selepas setahun.

Dengan usaha sendiri, beliau berjaya mengumpul RM20,000 melalui pelbagai cara. Namun, baki RM40,000 masih menjadi tembok besar yang menghalang.

Dalam keadaan terdesak, bapa itu memberanikan diri menghubungi Uncle Kentang, walaupun beliau sendiri merupakan ahli Jawatankuasa Pelawat Hospital Sungai Buloh serta seorang Rotarian.

Katanya, ini bukan soal maruah — ini soal masa depan anak.

uncel 2

Berani Bersuara Demi Impian

Bagi membantu orang ramai memahami situasi sebenar, Uncle Kentang meminta gadis itu merakam video rayuan.

Walaupun gementar, dia mengumpul keberanian untuk berkongsi kisahnya.

Menurut Uncle Kentang, ramai anak muda memilih untuk diam kerana takut dipandang rendah atau dikritik di media sosial.

Namun gadis ini memilih untuk bersuara, kerana dia tidak mahu melihat impiannya hilang begitu sahaja.

Sahabat 30 Tahun Tampil Membantu

Selepas usaha mendapatkan tajaan daripada seorang ahli perniagaan tidak berhasil, Uncle Kentang menghubungi sahabat lamanya selama 30 tahun, GS Lau.

Tanpa banyak soal, setelah mendengar kisah tersebut, GS Lau bersama keluarganya bersetuju memberi pinjaman mesra untuk menampung baki yang diperlukan.

Uncle Kentang menegaskan, bantuan tidak sepatutnya dinilai berdasarkan bangsa atau latar belakang.

“Jika impian itu benar dan layak diperjuangkan, kita wajib membantunya,” katanya.

Surat Terima Kasih yang Menyentuh Hati

Selepas menerima bantuan, gadis itu menulis sepucuk surat penuh emosi kepada mereka yang menghulurkan tangan ketika dia hampir berputus asa.

Dia secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada Tuan dan Puan GS Lau serta keluarga, kerana mempercayai impiannya.

Mereka kemudian bertemu dalam satu makan tengah hari vegetarian, di mana proses penyerahan dana disempurnakan — bukan sekadar transaksi, tetapi simbol kepercayaan terhadap masa depan.

Bila Kebaikan Menyelamatkan Impian

Uncle Kentang menutup perkongsiannya dengan rasa syukur kerana diberi peluang menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.

Beliau mendoakan agar gadis tersebut berjaya dalam pengajian dan suatu hari nanti menjadi doktor yang memberi kembali kepada masyarakat.

Apa yang bermula sebagai krisis kewangan, kini menjadi kisah tentang harapan, kebaikan hati, dan kuasa komuniti.

Kerana kadang-kadang, satu tangan yang menghulur mampu mengubah seluruh masa depan seseorang.

Continue Reading

SEMASA

isteri Kehilangan Terjawab: Nadia Kesuma Disahkan Meninggal Dunia Di Jeddah, Anak Dedah Punca Sebenar

Published

on

Nadia Kesuma Disahkan Meninggal Dunia

Tanda Tanya Kehilangan Nadia Kesuma Terjawab, Disahkan Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

Kehilangan pelakon terkenal, Nadia Kesuma, sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah akhirnya terungkai apabila wanita itu disahkan telah meninggal dunia akibat sakit jantung pada Khamis lalu.

Berita duka itu disahkan sendiri oleh anak perempuannya menerusi satu hantaran di Threads sebentar tadi, sekali gus menamatkan spekulasi dan tanda tanya orang ramai yang sejak beberapa hari lalu tertanya-tanya mengenai nasib pelakon berkenaan.

Nadia Kesuma Disahkan Meninggal Dunia

“Assalamualaikum semua, saya ingin memaklumkan bahawa mama saya, Nadiah Kasumawati Abdul Karim telah pun kembali ke Rahmatullah pada 15 Januari lalu (Khamis) kira-kira pukul 8.05 pagi,” tulisnya.

3405453

Dalam perkongsian sama, anak arwah turut memaklumkan bahawa ibunya meninggal dunia disebabkan sakit jantung selepas dibawa ke hospital pada hari yang sama arwah tiba di Lapangan Terbang Jeddah.

Namun begitu, perkara yang lebih meruntun perasaan apabila keluarga dimaklumkan mengenai pemergian arwah lewat, iaitu sekitar jam 11.10 malam, dan makluman tersebut disampaikan oleh pihak agensi pelancongan yang menguruskan perjalanan umrah berkenaan.

“Tiada pihak yang memaklumkan kepada kami sekeluarga tentang keadaan arwah sehinggalah malam ini,” katanya lagi sambil mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak henti-henti mendoakan kesejahteraan ibunya.

haji

Pemergian Nadia Kesuma turut disahkan oleh suami arwah, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, serta sahabat baiknya, pelakon Anne Abdullah, menerusi platform media sosial masing-masing.

Terdahulu, Nadia Kesuma atau nama sebenarnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 49, dilaporkan hilang dan tidak dapat dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada Rabu lalu, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat dan rakan artis.

Arwah merupakan antara 21 jemaah yang menyertai kumpulan umrah dan ziarah bersama sebuah agensi pelancongan, dengan perjalanan bermula dari 14 hingga 28 Januari ini.

Pemergian mengejut pelakon yang pernah membintangi filem Syaitan Munafik dan Kudeta ini nyata meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja kepada keluarga, malah seluruh peminat yang mengikuti perjalanan seninya selama ini.

Continue Reading

Trending